Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Siapa bohong?

Posted: 01 Sep 2012 01:25 PM PDT

Butler dakwa ada bukti, enggan mohon maaf

Kuala Terengganu: Itulah persoalan yang timbul selepas jurulatih Terengganu Peter Butler semalam menegaskan mempunyai bukti - Ismail Faruqi Asha'ari dan Muslim Ahmad - membawa masuk perempuan ke bilik hotel di Alor Setar, Selasa lalu.

Butler yang baru tiga bulan menerajui skuad Penyu menegaskan dia juga tidak perlu memohon maaf seperti yang dituntut Ismail dan Muslim, sebaliknya meminta kedua-duanya berbuat demikian kerana mereka sudah mengaku melanggar peraturan dengan pulang lewat ke bilik hotel.
Jurulatih kelahiran England itu juga mendakwa keputusannya menggugurkan kedua-dua pemain itu susulan kesalahan yang dilakukan mendapat sokongan penuh daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut

Falcao buat Chelsea malu besar

Posted: 01 Sep 2012 01:09 PM PDT

Monaco: Juara Eropah, Chelsea dimalukan dengan kekalahan 4-1 kepada jaguh Sepanyol, Atletico Madrid dalam pertembungan Piala Super hasil jaringan hatrik penyerang Colombia, Radamel Falcao di Stadium Stade Louis II, kelmarin.

Falcao meledak tiga gol di separuh masa pertama ketika Chelsea, yang turut menurunkan bekas pemain Atletico, Fernando Torres terus bergelut di babak kedua selepas Miranda melengkapkan derita barisan Roberto di Matteo dengan jaringan keempat.

"Pada separuh masa pertama kami bermain buruk dan mereka amat tajam. Kami bermula perlahan serta goyah jadi mereka menghukum kami. Mereka lebih baik daripada kami pada separuh masa pertama," kata Di Matteo.
Gol Atletico terhasil seawal minit keempat sebelum Falcao, 26, yang dikenali sebagai El Tigre sekali meledak pada minit ke-19 hasil rembatan kaki kiri dari jarak 15 meter sebelum melengkapkan hatrik pada minit akhir permainan babak pertama.

Chelsea cuba bangkit pada babak kedua namun sekali lagi dikecewakan hasil jaringan Miranda pada minit ke-60 sebelum pertahanan, Gary Cahill memberikan gol sagu hati buat The Blues hasil sepakan sudut Frank Lampard.

"Masih banyak yang perlu kami pelajari, kami perlu menjadi lebih baik. Ia memalukan kerana kami tidak mampu menjadi kompetitif seperti final Liga Juara-Juara. Jika kami bermain seperti itu, saya juga akan bertanggungjawab. Ia kekalahan yang buruk namun kami akan bangkit."

Falcao yang diumum pemain terbaik perlawanan mengakui dipancing beberapa kelab gergasi pada jendela perpindahan kali ini.
"Memang benar musim panas ini saya dikaitkan dengan beberapa kelab besar tetapi saya mahu kekal bersama Atletico. Namun, pada masa depan kita tidak tahu. Atletico mempunyai cara untuk mengekalkan saya dan usaha mereka dibalas." - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen