Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sharbinee disiasat

Posted: 04 Sep 2012 12:54 PM PDT

SPRM turut ambil keterangan Che Mat, Butler, Muslim dan Ismail

Penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie semalam dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung dakwaan 'menjual permainan' ketika menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah , Sabtu lalu.

Turut member i keterangan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan jurulatih Peter Butler.
Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa selain Che Mat dan Butler, beberapa pegawai PBSNT turut dipanggil memberi keterangan.

Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ri yang dipalit dengan isu dakwaan membawa wanita masuk ke bilik hotel di Alor Setar, baru-baru ini turut dipanggil membantu siasatan.

Pemain dan beberapa pegawai dipanggil pada pagi semalam manakala Butler dipanggil memberi keterangan selama dua jam mulai jam 2 petang.

"Kita mula menjalankan siasatan hari ini (semalam), tetapi ia masih dalam peringkat siasatan awal dan kita membenarkan semua yang dipanggil itu pulang selepas keterangan mereka diambil," katanya kepada pemberita, semalam.
Beliau berkata, kesemua yang dipanggil memberi kerjasama yang baik dan membolehkan pihaknya menjalankan siasatan dengan lancar.

Md Yusoff berkata beliau tidak boleh memberi ulasan lanjut kerana siasatan masih di peringkat awal.

Woods kumpul RM311 juta

Posted: 04 Sep 2012 12:31 PM PDT

Norton (Massachusetts): Tiger Woods (kanan) melakar sejarah selepas menamatkan Kejuaraan Bank Deutsche, pagi semalam di tempat ketiga untuk muncul pemain golf pertama merekodkan nilai wang kemenangan Jelajah PGA melebihi AS$100 juta (RM310.3 juta).

Woods meraih hadiah wang tunai AS$544,000 (RM1.7 juta) selepas melengkapkan saingan empat pusingan di TPC Boston itu sekali gus menjadikan wang keseluruhan kemenangannya mencecah jumlah AS$100.35 juta (RM311.3 juta).

Tempat kedua keseluruhan penerima hadiah kemenangan terbanyak ialah Phil Mickelson yang mengumpul AS$66.8 juta (RM207.2 juta) selepas meraih tempat keempat, pagi semalam.
McIlroy juara

Woods mengumpul sebanyak 74 kejuaraan, kedua terbanyak di belakang Sam Snead yang mengumpul wang tunai kemenangan berjumlah AS$620,126 (RM1.9 juta) sejak memulakan karier pada tahun 1937.

Hadiah wang tunai bagi Jelajah PGA melonjak naik selepas Woods beralih sebagai pemain profesional dan dalam tempoh sama ia mengalami peningkatan besar dalam pendapatan televisyen.

"Sesuatu yang baik apabila dapat melakukan permulaan baik dalam karier dan saya berjaya memenangi beberapa kejuaraan besar pada peringkat awal," kata Woods yang menamatkan saingan dua pukulan di belakang pemenang, Rory McIlroy. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen