Harian Metro: Arena |
Posted: 03 Sep 2012 10:44 AM PDT "MARI kita lakukan ujian poligraf (pengesan pembohongan)!" Itu saranan jurulatih Terengganu, Peter Butler kepada pemain pertahanan, Muslim Ahmad dan pemain tengah, Ismail Faruqi Asha'ri untuk menentukan siapakah yang bercakap benar. Jemu dengan penafian berterusan kedua-dua pemain yang sudah digugurkan dari skuad Penyu, jurulatih berusia 46 tahun itu yakin, ujian poligraf mampu membuktikan sama ada pemain terbabit bercakap benar apabila berkata tidak ada wanita bersama mereka di hotel penginapan pada awal pagi hari perlawanan menentang Kedah di Alor Setar, minggu lalu.
"Saya sanggup bayar harga tiket kapal terbang, penginapan dan bayaran ujian walaupun mereka pilih untuk melakukannya di luar negara kerana yang penting ialah mencari kebenaran.
"Mungkin jika ada pihak yang membuat laporan polis, pita rakaman itu dapat diteliti pihak berkuasa tapi buat masa ini, tiada laporan polis dibuat.
Menurutnya bekas jurulatih Kelantan itu, ujian itu sebenarnya lebih penting kepada kedua-dua pemain berbanding dirinya kerana tindakan menggugurkan mereka daripada pasukan bukan kerana mereka berfoya-foya dengan wanita.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03 |
Posted: 03 Sep 2012 08:37 AM PDT "KALAU boleh memang saya mahu beraksi di sana tapi segala-galanya terpulang kepada keputusan jurulatih (Paul Revington) sama ada sedia melepaskan saya atau sebaliknya." Demikian keluhan penyerang negara, Faizal Saari yang masih tidak pasti sama ada dapat memenuhi tawaran Athletic Terrassa Club dari Liga Sepanyol untuk beraksi bersama mereka ketika khidmatnya juga turut ditagih bagi menggalas tugas bersama skuad negara.
Namun penyerang negara berusia 21 tahun yang beraksi untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini, tidak pasti sama ada impiannya itu bakal menjadi kenyataan kerana segala kata putus terletak kepada pengurusan skuad negara.
"Tapi saya juga faham skuad negara memerlukan khidmat saya. Terpulanglah kepada keputusan mereka, jika saya tidak dibenarkan pergi, saya patuh arahan itu," katanya.
Andai mendapat lampu hijau, Faizal boleh menyertai kelab itu selepas berakhirnya saingan LHM pertengahan bulan depan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan