Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Fahmi tolak pujian berlebihan

Posted: 19 Dec 2010 02:38 PM PST

TIDAK dinafikan kelibat Khairul Fahmi Che Mat ada kaitan dengan kemaraan skuad negara ke final Piala Suzuki AFF tapi penjaga gol muda itu pantas menafikan bicara hangat itu ketika ini.

"Kejayaan ini hasil kerja sepasukan," katanya, semalam yang enggan sama sekali meletakkan dirinya selaku wira tunggal sekali pun ramai beranggapan aksinya menyelamatkan beberapa percubaan tepat Vietnam pada saingan separuh akhir antara faktor utama anak didik K Rajagobal melangkah ke perlawanan akhir edisi 2010.

Hakikatnya terbukti apabila penjaga gol Kelantan itu yang pertama kali menyarung jersi kebangsaan hanya sekali tertewas sepanjang kempen kali ini dan pada saingan separuh akhir - kebal sepanjang 180 minit bertemu Vietnam tempoh hari.

"Mungkin nasib menyebelahi saya, tetapi saya rasa kerja keras semua pemain adalah punca utama kita berjaya ke final. Kami berjaya mengekalkan disiplin dan strategi permainan diterapkan jurulatih (Rajagobal).

"Kini masih ada baki 180 minit yang perlu dihadapi bagi memastikan kempen kali ini benar-benar berjaya."

Penjaga gawang berusia 21 tahun itu turut berharap dapat mencatat sejarah paling manis dengan menjulang Piala Suzuki AFF, tahun ini selepas membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia, Oktober lalu.
"Saya harap kejayaan pada kempen kali ini akan menjadi perangsang buat saya untuk terus mengukir kerjaya cemerlang sebagai penjaga gol, sekali gus membantu negara membentuk skuad mantap pada masa depan," katanya.

Sesungguhnya, kejayaan layak ke final harus mengundang bicara peminat tanah air yang pasti bersetuju andai disebut kemaraan skuad bola sepak negara ke final Piala Suzuki AFF buat kali kedua dalam tempoh 14 tahun sejak diperkenalkan ada kaitan dengan kemampuan pasukan kendalian Rajagobal mengekang asakan lawan.

Bermula dengan barisan pertahanan kental diterajui Mohd Fadhli Mohd Shas dan Mohd Muslim Ahmad, gawang negara tampak begitu kebal dan jika barisan ini berjaya dibolosi, kubu terakhir dikawal ketat Khairul bukan calang-calang kebal.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

muhammad zaim nakhaie

tahniah kepada pasukan malaysia kerana dapat melangkah ke peringkat akhir

k

nasib je tu. mainan x cantik pun

lieza

tahniah... hrap psukn m`sia akan membwa pulang piala suzuki AFF... amin...

nuraija

setuju sesngt penjaga gol kita ni seorg yg brbkt n mempunyai kemahiran yg baik....semoga fahmi menjadi penjaga gol yg brjaya,,,

mohd alhafis

tahniah kepada pemain2 negara...coach k rajagopal..dan peminat setia.yg menyokong team negara..semoga team negara menperbaiki lagi tahap permainan...menentang indonesia 26 dan 29 nanti...insyallah malaysia akan menang..GO2 HARIMAU MALAYA..

almo

tahniah pasukan bola sepak MALAYSIA, penjaga gol memang terbaik, tapi saya nak bagi pandangan sikit,kalau boleh bahagian pertahanan dan midfield cuba pegang bola lama sikit,ni tak sikit2 terus sepak ke atas dan tak de sape pun dapat,cuba lebih banyak control bola dari pada sepak tak tentu hala, by the way, ALL THE BEST!!=)

shuhada

c0ngrate guys
n
gud luck f0r da next trnment keyh~~
malaysian f0otbll da best~~
yeah :)

nadzri

Tahniah kepada semua pemain.Anda semua hebat dengan strategi pertahanan.Kena ubah strategi vs dgn indonesia kerana pasti tlh analisis utk pecahkan benteng pertahanan dan Fahmi.Semoga berjaya.

ani

tahniah-- keepup the good works

Kudien Bulungan

Tahniah Msia & jumpa Indon di final Piala AFF Suzuki. Klu Msia memang - kita layak dinobatkan juara sejati Asia Tenggara krn semua pemain adalah rakyat Msia.Skuad Indon ada pemain 'beli'. Tanpa Gonzales - Indon mungkin kalah kpd Filipina. Ayoh! skuad Msia..buktikan kita boleh. Fokus dan berdisiplin di padang. Insya Allah dgn semangat 1 Msia - kita menang. Bukan mustahil kita kalahkan Indonesia wlu ada jutaan rakyatnya yg sanggup menyokong Gonzales dan Irfan utk berjuang.

shah_chucky

jaga gonzales dgn okto ketat2....malaysia boleh!!!

zackfais

mmang steady r pnjaga gol,n benteng malaysia...apex naik nma nma klantan dan nma negara skali..hdup bola malaysia!!!moga brjaya mnjulang piala suzuki...amain..

bpacho

tahniah kpd skuad MALAYSIA krn dpt msuk final,t'utama kpd keeper krn mjaga amanah sbgai pjaga gol no 1 negara...jgn lupa solat hajat tnda sykur kpd ALLAH...AMEN

syafiq

penuhkan stadium mase final nanti..!!!
tanhniah layak ke final..

Zali Trg

Tahniah..masuk final.Jk mhu juara mestilah kawal bola dgn lbh baik.Jgn dpt bola terus tendang.Cube tengok permainan masa klh ..

mian

Tahniah kpd pihak pengurusan, jurulatih dan semua pemain. Namun jangan lupa jasa jurulatih semasa di sekolah kerana jurulatih di sekolah la yang mula membimbing para pemain ini.Semoga MALAYSIA berjaya menjuarai kejohanan ini.

Sazwan_HijauKuning

tahniah malaysia.. pulun malaysia pulun

sri siantan

Jgn terlalu merendah diri atau terlalu meninggi diri. Biar bersederhana. Apa pun terus berusaha & tingkatkan semangat berpasukan. Malaysia boleh.

adsim

merendah diri adalah sifat terpuji, tetapi itu yg layak diberikan kpd Khairul Fahmi.. Harap defend Malaysia tidak seteruk first game, overall setakat ni, semua posisi mula menampakkan keserasian dan harap2 team negara perbaiki teknik hantaran dan kawalan bola... xsabar menunggu 9 tonggak pulih untuk tgk kemampuan sebenar pasukan

PENGKRITIK

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA YANG BERJAYA MENCIPTA KEMENANGAN. MASIH ADA SATU PERLAWANAN. BAIKI SEGALA KELEMAHAN YANG ADA TERUTAMA BAHAGIAN SERANGAN DAN PERTAHANAN AGAR TIDAK BERULANG SEPERTI PERLAWANAN YANG SEBELUM INI. CARI STRATEGI MENIPU LAWAN DENGAN TAKTIK YANG BOLEH DICIPTA. PASTIKAN PIHAK LAWAN TERKELIRU DENGAN CORAK PERMAINAN KITA.UBAH RENTAK SERANGAN DENGAN PERBAGAI TAKTIK. SEMOGA BERJAYA.

wan kamal

diharap pemain negara bermain dengan cemerlang di final.

Que

Jangan puji lebih-lebih. tugas belum selesai. Udah dapat piala baru boleh puji k.. focus2.

johan

Tahniah, anda dan rakan sepasukan anda telah berjaya mengharumkan nama MALAYSIA.
Teruskan hingga BERJAYA di final nanti, Insyallah

ezad_alzaza

sentiasa fokus pada perlawanan..mungkin itulah rahsia pemain kita..tp fahmi paling terbaek...ole3

aslam amir

sokong Fahmi.moga-moga dapat kekalkan prestasi hingga ke peringkat final.lunaskan dendam ke atas indonesia..GOMO MALAYSIA GOMO!!!

api

Assalamualaikum....
tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya ke peringkat akhir...saya hanya ingin memebri pandgn...yg pertama pertahanan indonesia mmg kebal jadi bg penyerang pasukn negara cube adekn jaringn cubaan jauh juge sekali sekale, kemudian sy rase style main pasukn negara juga perlu lebih berani dan cepat..kalau boleh atur cuba atur bola dgn long passing lebey byk...dan yg penting sentiasa bersedia dan alert pada bola dan pasukn lawan..saya harap pasukn negara berjaya...! (^^)

esem

Tahniah kepada pasukan Malaysia,sejarah sukan bola sepak akan berulang...

norazmi

FAHMI MEMANG CERMELANG

amrie

penjaga gol paling mantap..

KHAIRUL

Teruskan kecemerlangan. Gemilang hingga keakhir masa.Piala Suzuki milik kita. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk squad Harimau Malaya.

cikabu

tahniah dan syabas diucapkan kpd penjaga gawang pasukan Malaysia atas pretasi terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung.Diharapkan prestasi ini dapat dikekalkan di final nanti.harap Malaysia menang Piala AFF Suzuki.Sama-sama kita doakan!

amarvespaqlate

hope malaysia main molek la,jgn biarkan kita kehilangan bola begitu cepat,pemain harus mempunyai keyakinan utk menghantar bola,sekiranya direalisasikan Malaysia pasti berada dalam kelas sebenar bola sepak,Gomo MALAYSIA Gomo

lan

saya ucapkan tahniah atas kejayaan skuad negara yang bjaya ke akhir piala suzuki 2010.saya juga kagum pemain pemain msia yang bermain dgn corak menyerang dgn pantas.untuk kuna permainan yang lincah saudara menambatkan hati peminat bsepak msia.tahniah ducapkan kpd pemain msia.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

RM9,000 setiap pemain

Posted: 19 Dec 2010 02:36 PM PST

Sukan

HABUAN lumayan RM9,000 menunggu setiap pemain bola sepak negara andai menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kali dengan jumlah berkenaan mungkin meningkat sebelum final timbal balik pertama di tempat sendiri pada 26 Disember ini.

Sejumlah RM88,200 bagi Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF 2010 sudah dikutip sehingga semalam oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) atas inisiatif Kementerian Belia dan Sukan selepas kerajaan sudah berjanji menyumbang RM5,000 kepada setiap pemain jika berjaya melepasi final timbal balik pada 26 dan 29 Disember ini.

"Ini adalah jumlah dijanjikan jika muncul juara," kata menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek, semalam. "Ganjaran diberi berdasarkan skim Shakam Sukan Sea. RM5,000 kepada setiap pemain kerana meraih pingat emas. Jumlah ini sama di peringkat Asean. Syarikat swasta menjanjikan ganjaran kepada pemain."

Dia menambah: "Rakyat harus memberi sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada pemain mengharumkan nama negara." Sumbangan ini dikelolakan SAM dan akan dipaparkan dalam akhbar.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen