Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee mahu lebur gawang Markus

Posted:

Safee mahu lebur gawang Markus

Safee mahu lebur gawang Markus

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SAFEE mahu menamatkan kekebalan penjaga gol, Indonesia pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad ini.


HANYA dua pemain, iaitu penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha dan pertahanan Thailand, Suree Sukha berjaya membolosi kekebalan penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2010 setakat ini.

Namun statistik itu langsung tidak membimbangkan penyerang utama Malaysia, Safee Sali yang mahu meleburkan rekod cemerlang penjaga gawang Indonesia berusia 29 tahun itu.

Malah Safee, 26, turut menganggap benteng pertahanan Indonesia tidaklah begitu kuat untuk dibolosinya pada aksi final timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini dan di Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu depan.

"Pentas final ini merupakan peluang terbaik Malaysia setelah kita tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung 1 Disember lalu.

"Saya tahu harapan yang diletakkan di bahu saya cukup tinggi selepas saya menjaringkan dua gol ketika menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil minggu lalu.


PENJAGA gol Indonesia, Markus (kiri) tampil dengan aksi cemerlang setakat ini.


"Apa pun saya mengharapkan sokongan daripada rakan sepasukan lain terutama Norshahrul. Tidak kiralah siapa yang menjaringkan gol, yang penting Malaysia berjaya mengatasi Indonesia.

"Bagi saya, pertahanan Indonesia tidaklah begitu kebal sebenarnya kerana saya tak nampak keistimewaan mereka di posisi tersebut berbanding jentera serangan mereka," kata Safee.

Setakat ini, penyerang utama Indonesia yang 'diimport' dari Uruguay, Cristian Gonzales mendahului senarai penjaring terbanyak dengan tiga gol.

Namun Safee, Norshahrul dan penyerang gantian Malaysia, Amri Yahyah masih berpeluang bergelar penjaring terbanyak apabila masing-masing sudah menyumbat dua gol.

Turut berpeluang, lima pemain Indonesia yang juga sudah menjaringkan dua gol iaitu Irfan Bachdim, Bambang Pamungkas, Muhammad Ridwan, Arif Suyono dan Firman Utina.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Malaysia pasukan underdog'

Posted:

'Malaysia pasukan underdog'

'Malaysia pasukan underdog'

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


BARISAN pemain Malaysia yang akan berentap pada final Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia.


KEKALAHAN 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Gelora Bung Karno, Jakarta 1 Disember lalu tidak boleh dijadikan ukuran kerana skuad negara akan turun sebagai pasukan underdog apabila kedua-dua pasukan berentap pada final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 pada Ahad ini dan 29 Disember ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar kecil) berkata, kekalahan yang dialami oleh skuad bola sepak negara sebelum ini seharusnya dijadikan pengajaran buat para pemain agar lebih berhati-hati dan komited pada pertemuan 'ulangan' ini.

Tengku Abdullah memberitahu, baginda yakin dengan keupayaan pemain negara dan amat berbangga dengan kekuatan mental yang dipamerkan ketika mereka beraksi di hadapan penonton Vietnam pada perlawanan separuh akhir kedua, Sabtu lalu.

Pada perlawanan itu, Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 dengan Vietnam, sekali gus melayakkan diri ke final dengan agregat 2-0 dan akan menentang Indonesia yang berjaya menumpaskan Filipina 1-0 Ahad lalu.

Tengku Abdullah berkata, berdasarkan prestasi skuad negara ketika menentang Vietnam, beliau mendapati Malaysia bermain terlalu bertahan dan ia boleh membawa padah jika pemain pertahanan membuat kesilapan semasa menentang Indonesia nanti.

"Bahagian pertahanan dan hadapan perlu seimbang kerana kita memerlukan gol awal.

Kita perlu menjaringkan sebanyak yang boleh ketika bertemu Indonesia, dan jika boleh lebih banyak daripada lima gol yang kita bolos kepada Indonesia (pada perlawanan pembukaan lalu).

"Kekalahan 1-5 kepada Indonesia sepatutnya menjadi pengajaran yang baik dan untuk mereka bermain dengan lebih baik, saya pasti jurulatih (K.Rajagobal) lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan seterusnya," kata Tengku Abdullah ketika ditemui pemberita di Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan malam kelmarin selepas menjalani pembedahan kecil di bahagian hidung, Jumaat lalu.



Tambah Tengku Abdullah, baginda menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung menerusi televisyen dari katilnya di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, baginda berharap agar para pemain dapat menggunakan peluang sebaik-baiknya apabila beraksi di halaman sendiri pada hari Ahad ini untuk meraih kemenangan.

"Saya berbangga dengan para pemain kerana boleh menahan tekanan daripada penyokong Vietnam (baru-baru ini) dan mereka seharusnya mengekalkan ujian mental sebegitu apabila berhadapan dengan penyokong Indonesia di Jakarta kelak (29 Disember).

Baginda berkata, selain daripada kecergasan fizikal, pemain juga perlu memiliki kekuatan mental untuk berjaya.

"Skuad negara telah membuktikan mereka mencapai tahap kekuatan mental yang tinggi di Vietnam, bermain tanpa rasa takut dan gentar. Jadi mereka kini perlu mengekalkannya dengan penuh keazaman," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen