Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tak sehaluan jadi punca

Posted: 06 Jan 2011 02:41 PM PST

Sukan

Ahmad Shabery atur pertemuan Misbun, BAM cari jalan penyelesaian

PERSELISIHAN pendapat antara Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjadi punca utama ketua jurulatih perseorangan itu mengambil keputusan mengejut meletakkan jawatannya Isnin lalu.

Perkara itu dinyatakan sendiri Misbun kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika pertemuan tertutup dengan Menteri Belia dan Sukan itu di ibu negara, malam kelmarin.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ahmad Shabery berkata dalam pertemuan itu, yang tidak membabitkan BAM, Misbun meluahkan beberapa perkara serta menjelaskan punca sebenar perletakan jawatannya daripada badan induk badminton kebangsaan itu. "Ya... saya bertemu (Misbun) malam tadi (kelmarin) tetapi tiada pegawai BAM turut serta. Misbun memberi penjelasan mengenai tindakannya itu, terutamanya perbezaan pendapat antara dirinya dengan pegawai BAM.

"Dia ada menyebut beberapa perkara tetapi sebaiknya saya jelaskan perkara utama yang mencetuskan kemelut ini iaitu perbezaan pendapat antara Misbun dengan BAM.

"Misbun memberitahu saya, lebih baik baginya untuk tidak lagi bersama BAM jika perbezaan pendapat itu masih belum dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Akuatik Negeri Sarawak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di Kuching, semalam.

Justeru, Ahmad Shabery akan mengatur pertemuan tiga pihak bersama-sama dengan Misbun dan Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh hujung minggu ini bagi menamatkan kemelut yang tampak menggoncangkan sukan badminton negara.
"Saya akan mengatur pertemuan tiga orang dengan Misbun dan Datuk Nadzmi sebaik saja saya balik ke ibu negara selepas lawatan ke Sarawak ini berakhir," kata Ahmad Shabery yang sudah menghubungi BAM untuk memaklumkan masalah yang diluahkan Misbun kepadanya.

Ahmad Shabery turut spekulasi kononnya Misbun, meletak jawatan dari BAM kerana mahu menubuhkan organisasinya sendiri.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zainun husain

kalau nak badminton terus unggul, berilah peluang kepada orang yang mahir menguruskannya, barulah adil naamanya

jamil67

BAM mesti support setiap pemain dan jurulatih,setiap perancangan baru BAM haruslah dengan mendapat persetujuan dan pandangan pemain dan jurulatih, kerana akhirnya merekalah yang akan berjuang bermati-matian mempertahakan imej malaysia dimata dunia dalam sukan badminton.Pemain ,jurulatih dan pegawai BAM SAMA-SAMA harus meletakan kepentingan negara dalam setiap keputusan yang dibuat

norezah

Buatlah yang terbaik demi kepentingan sukan NEGARA......!!!!!!!

chegu abbas

jagan libatkan politik dan kuasa dalam kemelutan ini bagi menjernihkan kembali air yang keroh

norezah

buat lah yg trebaik demi kepentingan sukan negara......!!!!!!!

uji

negara akan rugi klu dato misbun letak jawatan.

Macam Ade.

hancurnya sesuatu sukan itu akibat campur tangan pegawai2 persatuan, sedangkan jurulatih tahu apa yg hendak di tekankan latihan/perancangan yang akan dirancang untuk meningkatkan prestasi athlit.... duduk diam2 buat urusan pentadbiran. Misbun adalah jaguh 2011.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hodgson, Ancelotti kepanasan

Posted: 06 Jan 2011 02:38 PM PST

Sukan

LONDON: Carlo Ancelotti dan Roy Hodgson berpaut untuk menyelamatkan jawatan masing-masing selepas Chelsea dan Liverpool kedua-duanya mengalami kekalahan mengejut dalam saingan Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Pengurus Chelsea Ancelotti kehilangan kata-kata selepas juara bertahan itu tersungkur 1-0 kepada pasukan tercorot Wolves, keputusan yang melebarkan rentetan prestasi buruk Blues kepada hanya satu kemenangan dalam sembilan perlawanan.

"Pada masa ini amat sukar untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku kepada kami," kata Ancelotti. Jurulatih Itali itu, yang awal minggu ini mengaku bernasib tidak dipecat oleh pemilikan jutawan Chelsea, Roman Abramovich, kini berdepan masa depan yang tidak menentu.

Kemerosotan Chelsea meletakkan mereka di tangga kelima, sembilan mata di belakang pendahulu liga Manchester United, yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Ancelotti tampak sudah memadamkan harapan Chelsea mengekalkan kejuaraan berikutan kekalahan itu tetapi menegaskan dia tidak bimbang dipecat.

"Adakah saya akan terkejut jika dipecat? Ya. Jelas ia bukan keputusan saya tetapi saya berharap dapat meneruskan tugas ini," kata Ancelotti.
Pengurus Liverpool, Hodgson, sementara tidak banyak bercakap mengenai spekulasi masa depan selepas pasukannya tunduk 3-1 di Blackburn.

"Saya tidak bersedia bercakap mengenainya kerana jelas sekali saya kecewa dengan persembahan dan keputusan ini," kata Hodgson. "Saya tiada ulasan untuk dibuat dan saya juga tidak berhasrat untuk menjawab sebarang soalan mengenai isu itu." - AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

manchesterunited

padan muka....lain kali jgn sombong sangat bila dapat piala....korang boleh cakap macam2 kat m.u tp m.u sentiasa melahirkan pemain yang menggegarkan arena bola sepak....

Othman

Pasukan yg kuat tidak akan kuat selama2nya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan