Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Drama baru

Posted:

Drama baru

Drama baru

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


KOAM merancang untuk membawa atlet olahraga negara mengadakan latihan pusat di Kompleks Sukan Ranau di Sabah sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2011.


KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ada hajat besar.Tapi sayang, hajat mereka itu tidak pernah memenuhi hasrat dan impian negara.1,001 macam program dilakukan tetapi hasilnya mengecewakan seperti yang telah terbukti kebelakangan ini khususnya pada temasya Sukan Asia dan SEA.

Terbaru, KOAM merancang mahu mengadakan latihan pusat atlet mereka di luar Lembah Kelang dengan harapan mereka cukup bersedia bagi menghadapi Sukan SEA di Jakarta, Indonesia penghujung tahun ini.

Sabah menjadi pilihan seperti yang diumumkan oleh Timbalan Presidennya, Karim Ibrahim, semalam.

Yang sedihnya, kenapa KOAM tidak mahu mempergunakan sepenuhnya kompleks sukan serta kemudahan yang serba lengkap di Bukti Jalil.

Menurut Karim, latihan pusat empat fasa itu bermula awal Februari ini sehinggalah temasya Sukan SEA 2011 membuka tirainya.

"Keputusan itu dibuat selaras dengan usaha KOAM yang ingin melakukan perubahan terhadap corak kepimpian serta latihan yang diterapkan terhadap atlet-atlet dibawah naungannya.

"Selepas 100 tahun KOAM ditubuhkan, kini sudah tiba masanya kami melakukan perubahan demi pembangunan sukan olahraga negara.

"Biarlah kali ini kami bawa atlet-atlet semua berlatih di luar pengawasan MSN (Majlis Sukan Negara) kerana kami percaya ia bakal menjadi landasan terbaik buat mereka untuk terus mengharumkan nama negara.

"Jika sebelum ini atlet-atlet banyak merungut kerana kurangnya latihan serta kejohanan-kejohanan di luar negara, kem latihan pusat ini bakal menjadi salah satu batu loncatan untuk mereka merasainya," jelas Karim ketika sesi sidang media di Bukit Jalil, semalam.

Ditanya mengapa Sabah menjadi lokasi pilihan, Karim menjawab: "Kami mahu didik atlet-atlet semua untuk menjadi lebih berdisiplin dan mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya tanpa ada sebarang gangguan," ujarnya.

Bagi merealisasikan impian tersebut, KOAM telahpun mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk mengadakan latihan pusat itu yang mana Kompleks Sukan di Ranau, Sabah menjadi keutamaan.

"Kompleks sukan ini baru siap dibina dan memiliki trek yang berkualiti tinggi memang sesuai untuk dijadikan tempat latihan.

"Selain itu, dengan kedudukannya di atas bukit, ia juga beraltitud tinggi dan cuacanya sejuk.

"Cuma... beberapa fasiliti termasuklah gimnasium masih lagi belum ada namun kami sudah melakukan perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah dan ia bakal siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini," kata Karim.

Seramai 50 atlet elit dan pelapis dijangka akan terbabit dengan kem latihan pusat ini.

Melihatkan kepada usaha serta perancangan yang dibuat KOAM itu, ia merupakan satu langkah yang tepat andai kita mahu melihat barisan atlet olahraga negara melakarkan kejayaan pada temasya Sukan Sea nanti.

Sebagai rekod, acara olahraga menyumbangkan enam pingat emas ketika temasya Sukan SEA 2009 di Laos.

Begitupun, ia masih belum boleh dianggap membanggakan selepas KOAM pada awalnya meletakkan sasaran untuk membawa pulang sembilan pingat emas daripada bumi Laos.

Selain Sukan SEA, kem latihan pusat ini juga adalah sebagai persiapan bagi barisan atlet olahraga negara untuk menghadapi Kejohanan Olahraga Trek dan Balapan Asia di Cobbay, Jepun Julai depan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Zolkples terkejut isu takraw

Posted:

Zolkples terkejut isu takraw

Zolkples terkejut isu takraw

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


JURULATIH skuad sepak takraw negara dilaporkan menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab dalam MSN. - Gambar hiasan


"KENAPA baru sekarang? "Itu reaksi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ketika diminta mengulas mengenai pendedahan seorang jurulatih skuad elit sepak takraw negara kelmarin.

Zolkples yang terkejut dengan laporan itu berkata, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengenai perkara tersebut.

"Saya baru mengetahui masa- lah itu hari ini (semalam). Selama ini, saya tidak pernah mendapat laporan daripada mana- mana pihak mengenai perkara itu.

"Kenapa baru sekarang dibangkitkan? Kalau betul perkara itu berlaku, kenapa ia tidak dimaklumkan kepada saya atau PSM?

"Kalau dimaklumkan awal, mungkin ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau yang kini berada di Kuching, Sarawak diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa, seorang jurulatih menjadi 'mangsa' seorang individu dari MSN.

Selain campur tangan dalam urusan skuad sepak takraw negara, individu tersebut juga didakwa gagal menjalankan tugasnya selaku perantara antara MSN dan PSM.

Menurut laporan tersebut, situasi itu telah menyebabkan barisan jurulatih skuad negara sedang berkira-kira untuk meletakkan jawatan secara beramai- ramai.

Kelompok jurulatih daripada skuad elit negara, pelapis dan wanita itu tidak lagi tahan dengan kerenah dan sikap individu tersebut yang didakwa semakin 'besar kepala' termasuk mencampuri urusan yang bukan dalam bidang tugasnya.

Mengulas lanjut, Zolkples berkata, barisan jurulatih ini tidak perlu meletak jawatan kerana ketika ini MSN dan PSM belum membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak mereka.

"Kami masih belum membuat keputusan lagi dan nasib mereka akan diputuskan pada mesyuarat yang akan diadakan tidak berapa lama lagi," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih, Iskandar Arshad yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Buat masa ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen. Biarlah pihak atasan PSM dan MSN yang menilai perkara itu. Saya sendiri terkejut apabila membaca laporan itu.

"Setakat ini, saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan individu yang dimaksudkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Penyediaan Atlet Sepak Takraw, Muhamad Asri Abdul Jalil tidak gentar dengan dakwaan itu keran ia dianggap tidak betul.

Asri berkata, beliau mungkin individu yang dimaksudkan kerana selama ini menjadi perantara di antara PSM dengan MSN.

"Saya tidak takut meskipun sekiranya saya adalah individu yang dimaksukan. Apa yang boleh saya katakan, laporan tersebut tidak benar sama sekali.

"Biarlah pihak atasan yang menilai dan membuat keputusan mengenai laporan itu," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan