Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Anti klimaks'

Posted: 21 Jan 2011 11:56 AM PST

Sukan

pix_gal0
Lin Dan tarik diri; Pertembungan impian jaguh Olimpik lawan Chong Wei tak jadi

LEE Chong Wei akur terkejut dengan keputusan juara dunia, Lin Dan menarik diri, semalam tetapi jaguh perseorangan negara tetap tidak memandang mudah cabaran seorang lagi wakil Tembok Besar China, Chen Long yang bakal ditentang pada separuh akhir Terbuka Malaysia, hari ini.

"Saya terkejut," katanya sejurus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir - sekali gus menyalakan impian memburu kejuaraan ketujuh dengan menundukkan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-15, 21-16 dalam saingan suku akhir selama 40 minit, malam tadi. "Semua orang menunggu perlawanan ini (Chong Wei menentang Lin Dan) tetapi saya tidak boleh buat apa-apa. Begitupun, saya tidak memandang mudah cabaran Chen Long kerana dia seorang pemain agresif," katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pemain terikat 1-1 selepas Chong Wei menebus kekalahan kepada pilihan ketiga itu di final Grand Prix Emas Malaysia, Jun lalu selepas tunduk pada Terbuka India, tiga bulan sebelum itu.

Apapun, Chong Wei juga sependapat dengan pemenang emas Sukan Olimpik Athens 2004, Taufik Hidayat (cerita muka 54) yang meminta Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil tindakan ke atas pemain yang menarik diri tanpa alasan kukuh.

"BWF kena buat keputusan tetapi bagi saya ini sukan, kadang-kadang ada orang marah (terhadap tindakan yang diambil pemain). Lagipun, kita tidak tahu apa strategi sebenar China," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jai

mungkin itu satu strategi untuk melihat sejauh mana dan skill datuk chong wei beraksi di terbuka malaysia agar mereka ( lin dan ) dapat mencari formulasi pada pertandingan yang lebih besar menentang datuk chong wei..

ir

tarik kerana takut bukannya sakit. itulah tektik lama dalam permainan krn tidak confident dengan permainannya. chong wei... teruskan kemaraan ke final dan kibarkan jalur gemilang di persada dunia.... malaysia BOLEH...

mr.matt

pemain harus profesional....tindakan Lin Dan tidak menghormati peraturan&memandang rendah pihak lawan.

faris

nazmi perlu masuk politik

chu lai mee

kenapa harus tarik diri????

awangotai

dia memang jaguh yg pengecut

adi mahadir

Penarikan diri pemain utama China,Lin Dan dan memberi kemenangan kepada rakan senegara Chen Long merupakan satu strategi pasukan dalam permainan badminton atau apa jua jenis permainan.Penarikan diri pemain China itu atas alasan cedera merupakan suatu diluar jangkaan peminat badminton dunia,khususnya peminat Malaysia.Harap keadaan ini memberi laluan mudah kepada pemain negara Datuk Lee Chong Wei untuk menjuarai Terbuka Malaysia 2011.

des pyan

xperlu terkezut LD wat cmtu.sbb menda ni mmg da boley agak..apa sgtla kejohanan2 cmni pd China.bukan prestij pom.simpan kuku la..bg meletop kt donia,olimpik cmtu..sume rasanya da boley pk..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Giggs sambung aksi semusim lagi

Posted: 21 Jan 2011 11:54 AM PST

Sukan

pix_gal0
LONDON: Semalam, Ryan Giggs mengesahkan akan beraksi untuk Manchester United semusim lagi pada usia 37 tahun dan ia harus memberi tonik tambahan kepada Red Devils apabila menentang Birmingham, hari ini buat melebarkan lagi posisi pendahulu di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketua pegawai eksekutif, David Gill sudah pun mengesahkan keputusan kelab berkenaan memberi kontrak kepada penyerang Wales itu menyambung sumbangan buat musim ke-21 bersama gergasi Inggeris itu.

"Saya gembira masih dapat bermain. Saya juga gembira dengan pujian daripada pengurus (Alex Ferguson). Tapi ini semua untuk pasukan," katanya, semalam. Sementara itu, pemain United sedar mereka perlu segera kembali kepada prestasi terbaik untuk memastikan kekal berada di puncak liga, Mei ini.
"Tentunya kami mahu bermain sebaik yang boleh kerana ia akan memberi peluang lebih baik untuk memenangi perlawanan," kata pemain tengah United, Michael Carrick. "Kita tidak mahu bergelut setiap perlawanan dan bergantung kepada kebolehan individu semata-mata untuk menang. Kita mahu bermain dengan baik secara konsisten. Tapi sasarannya untuk berakhir di tangga teratas - itulah yang kita mahukan."- Agensi
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen