Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei buru gelaran ketujuh

Posted:

Chong Wei buru gelaran ketujuh

Chong Wei buru gelaran ketujuh


KEHADIRAN Misbun (kiri) dijangka mampu membantu Chong Wei menghadapi Taufik Hidayat pada perlawanan akhir hari ini.


SEPERTI diramal, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan halangan sukar untuk mara ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011.

Semalam, pemain ranking No. 1 dunia itu mudah menewaskan pemain muda China, Chen Long 21-9, 21-9 pada aksi separuh di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan Chong Wei layak beraksi di pentas final dan di jadual berdepan perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat hari ini.

Taufik layak ke pentas final selepas menewaskan rakan senegaranya, Simon Santoso 21-15, 21-19.

Pada aksi final hari ini, Chong Wei sudah pastinya ada misi yang tersendiri untuk dilaksanakan.

Sekiranya menang ke atas Taufik, anak jati kelahiran Pulau Pingan itu bukan sahaja berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu malah merekodkan kejuaraan ketujuh secara peribadinya.

"Saya harap saya dapat mempertahankan kejuaraan saya dan melakarkan kejuaran ketujuh dalam kejohanan kali ini," kata Chong Wei yang kini berusia 29 tahun.

Sebagai rekod, Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan peluang Chong Wei untuk merangkul gelaran juara pada kejohanan kali ini adalah sangat cerah.

Ia berdasarkan rekod pertemuannya dengan Taufik yang nyata lebih memihak kepada pemain negara itu.

Dalam 16 pertemuan sebelum ini, Chong Wei mencatatkan kemenangan sebanyak 10 kali.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal tersebut kerana mahu fokus terhadap prestasi dirinya sendiri.

"Saya lebih suka fikirkan mengenai prestasi saya sendiri.

"Apa yang saya harapkan saya mampu tampil dengan prestasi terbaik esok.

"Namun, saya perlu juga berhati-hati kerana Taufik ketika ini dilihat berada pada pretasi terbaiknya juga," jelas Chong Wei.

Sebaik tamat sahaja aksi final hari ini, Chong Wei akan berlepas pula ke Korea Selatan pada sebelah malam bagi menyertai Siri Super Terbuka Korea Selatan 2011 yang akan bermula Selasa ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Taufik janji aksi terbaik di final

Posted:

Taufik janji aksi terbaik di final

Taufik janji aksi terbaik di final

PEMAIN perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat (gambar) berazam untuk tampil dengan prestasi terbaiknya apabila turun beraksi pada aksi final Kejohanan Badminton Malaysia 2011 hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu, Taufik akan turun berdepan Datuk Lee Chong Wei.

Sedar dengan kemampuan lawannya, Taufik lebih senang diletakkan sebagai pemain bukan pilihan untuk mencatatkan kemenangan.

Bagaimanapun, Taufik yang merupakan bekas juara dunia 2005 enggan menyerah kalah begitu sahaja.

Sebaliknya, pemain berusia 30 tahun itu berazam untuk tidak memberikan laluan mudah ke atas Chong Wei bagi mencatatkan kemenangan.

"Saya sudah banyak kali tewas ditangan Chong Wei pada pertemuan sebelum ini.

"Jadi... saya berharap saya mampu tampil dengan aksi lebih kali ini dan seterusnya cuba menyekat kemaraan Chong Wei daripada muncul sebagai juara," kata Taufik.

Sebagai rekod, Taufik baru sekali menggenggam gelaran juara Terbuka Malaysia iaitu pada tahun 2000. Sebagai rekod, Taufik baru sekali menggenggam gelaran juara Terbuka Malaysia iaitu pada tahun 2000.

Terdahulu, Taufik mara ke pentas final selepas menundukkan cabaran rakan senegaranya, Simon Santoso 21-15, 21-19 pada aksi separuh akhir semalam.

Chong Wei pula layak setelah menewaskan pemain China, Chen Long 21-9, 21-9.

Dalam pada itu, Taufik gembira apabila Simon menyatakan kesediaan untuk mengambil alih tempatnya selaku perseorangan utama Indonesia.

"Saya gembira apabila Simon mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menggantikan tempat saya selaku perseorangan utama Indonesia.

"Jika bukan sekarang, ia tetap juga akan berlaku nanti," kata Taufik.

Bagaimanapun, Taufik menjelaskan, bilakah waktunya Simon akan mengambil alih tempatnya itu masih belum pasti lagi.

Ini kerana, Taufik percaya masih belum ada mana-mana pemain muda Indonesia yang layak menggantikan tempatnya selaku perseorangan utama Indonesia ketika ini berdasarkan kedudukan ranking dunia.

"Memang saya berharap dia mampu menggantikan saya tetapi bilakah waktunya, saya masih tidak pasti," jelas Taufik.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mahathir gembira Langkawi kembali

Posted:

Mahathir gembira Langkawi kembali

Mahathir gembira Langkawi kembali


DR. MAHATHIR (kiri) diperkenalkan kepada pasukan yang membuat penampilan pertama di LTdL, Terengganu Cycling Team di Dataran Lang, Langkawi semalam.


SELEPAS tiga tahun 'menyepi', Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali memeriahkan bumi Langkawi, Kedah.

Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas Asia itu diadakan pada tahun 2007.

Situasi itu jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khususnya warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya LTdL di pulau legenda itu.

Berita gembira itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-16 tahun ini.

"Alhamdulillah. Saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi. Selepas beberapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL dapat diadakan semula di Langkawi.

"Tak kena kalau LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini memang bermula di Langkawi.

"Saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian Belian dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi," katanya selepas majlis pengenalan pelumba LTdL 2011 di Dataran Lang, Langkawi semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Datuk Mohid Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamed Salleh dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Abu Samah Wahab.

Terdahulu, Mahathir sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan pelumba setiap pasukan yang bertanding pada saingan LTdL 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, penganjuran LTdL edisi ke-16 tahun ini telah mencapai satu standard yang cukup tinggi dan boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Perlumbaan LTdL bukan sahaja disaksikan oleh rakyat tempatan, malah ditonton kira-kira 350 juta peminat sukan lumba basikal di seluruh dunia.

"Jadi inilah peluang kepada kita untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Dengan penganjuran LTdL melibatkan beberapa buah bandar yang menarik di negara ini, ia sekaligus memberikan gambaran yang baik kepada pelancong luar," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen