Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bulu tangkis pada Misbun

Posted:

Bulu tangkis pada Misbun

Bulu tangkis pada Misbun

Oleh TAN MING WAI dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi menyifatkan bulu tangkis kini telah dihantar ke gelanggang Datuk Misbun Sidek, cuma dia mahu membalasnya atau tidak.

Menurut Kok Chi, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membiarkan pintunya terbuka untuk Misbun membuat pusingan U, jadi segala-galanya kini adalah terpulang jurulatih perseorangan negara itu.

"Sama ada dia pulang atau dia tinggalkan, situasinya semudah itu. Kalau dia tidak berganjak juga, maka biarkanlah.

"Saya rasa tiada apa yang menjadi isu di sini, lagipun seseorang tidak akan tinggal di satu tempat untuk selama-lamanya.

"Kalau dia merasakan keputusan meninggalkan BAM adalah yang terbaik demi masa badminton negara, dia patut pergi.

''Keputusan itu harus dihormati," katanya kepada Utusan Malaysia ketika menghadiri Majlis Anugerah MOM-100PLUS Outdo Yourself di Wisma MOM di sini, semalam.

Kelmarin, BAM dalam mesyuarat exconya meminta Misbun menimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan demi kepentingan negara.

Sementara Misbun pula bersedia mendengar penjelasan BAM tetapi Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Salleh perlu terlebih dahulu membalas surat daripada jurulatih itu sebelum ini.

Ditanya sama ada kesanggupan BAM untuk kompromi mampu mengubah pendirian Misbun, jelas Kok Chi, isunya tetap sama iaitu sejauh mana Misbun bersedia menerimanya.

Bagaimanapun, Kok Chi yakin akan ada juga jalan penyelesaian mengenai kemelut itu akhirnya, namun terpulang kepada hasil perjumpaan Misbun dan BAM nanti.

"Biarlah perbincangan yang bakal diadakan antara Misbun dan BAM dapat dijalankan secara profesional.

"Segala pandangan Misbun harus didengar dengan terbuka dan perkara ini mampu diselesaikan dalam masa dua tiga hari sahaja, sebenarnya tidak begitu rumit," tambah beliau.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Azizulhasni, Nicol Olimpian?

Posted:

Azizulhasni, Nicol Olimpian?

Azizulhasni, Nicol Olimpian?

KUALA LUMPUR - Raja pecut berbasikal, Azizulhasni Awang dan ratu skuasy dunia, Nicol David menjadi calon terdekat untuk ditabalkan Olimpian Lelaki dan Wanita 2010 pada majlis penyampaian Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Wisma MOM di sini, malam ini.

Dengan kejayaan menamatkan kemarau emas 40 tahun Malaysia dalam berbasikal Sukan Asia di Guangzhou, Azizulhasni berpeluang cerah memenanginya sementara sembilan gelaran terbuka dan dua emas temasya itu menjadikan Nicol sukar dicabar untuk mengulangi keputusan anugerah sama pada 1998.

Tiga lagi atlet lelaki yang dinilai bagi anugerah ini dengan berasaskan pencapaian pada Sukan Komanwel Delhi (Oktober) dan Sukan Asia Guangzhou ialah Alex Liew (boling), Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton) dan R. Puvaneswaran (karate).

Dua pencabar Nicol bagi kategori wanita ialah Chai Fong Ying (wusyu Sukan Asia) dengan Pandelela Rinong (terjun akuatik) lebih mampu menyaingi menerusi pencapaian pingat perak Sukan Olimpik Belia Singapura, Sukan Komanwel Delhi dan Sukan Asia Guangzhou.

Ganjaran RM10,000 dan trofi menanti Olimpian Lelaki dan Wanita MOM yang penilaiannya agak berbeza daripada Anugerah Sukan Negara Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi mempunyai persamaan kerana diadakan setiap tahun sejak 1993.

Bagaimanapun, Setiausaha MOM, Datuk Sieh Kok Chi mengesahkan bahawa kejayaan skuad bola sepak negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah kejohanan itu, bulan lalu tidak meletakkan mereka untuk dihadiahkan sesuatu anugerah khas.

"Anugerah Olimpian hanya mengambil kira pencapaian atlet Sukan SEA (setiap tahun ganjil), Asia dan Komanwel (tahun genap) serta Olimpik (tahun lompat)," katanya yang menambah, turut disampaikan malam ini ialah Anugerah Dewan Kemasyhuran dan Trofi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan