Harian Metro: Arena |
Posted: 07 Feb 2011 09:48 AM PST TIDAK pernah terlintas rasa terkilan di hati walaupun impian untuk beraksi di luar negara hanya tiba ketika usia sudah menjejak 27 tahun. Mungkin bagi sesetengah pihak, dalam usia sebegitu, lebih baik bermain di tempat sendiri kerana setakat mana sangatlah kudrat mampu diperah. Tetapi itulah dia Mohd Safee Sali - penyerang yang terkenal mempunyai tekad dan semangat yang cukup kuat walaupun keluarganya sendiri tidak sepenuh hati melepaskannya merantau ke Pelita Jaya FC - sebuah kelab berpangkalan di Karawang, Jawa Barat dan mendapat jolokan The Young Guns.
"Memang sudah lama saya memasang impian untuk keluar tetapi apakan daya, baru kini berpeluang. Walaupun sudah berusia 27 tahun tetapi keinginan untuk bermain di tempat lain tidak pernah padam. Saya bersyukur kerana apa yang diimpikan, datang juga akhirnya," kata Safee.
Safee akan berlepas ke Indonesia pada Isnin ini dan aksi terakhirnya ialah menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Majikannya, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dijangka mengabadikan perlawanan itu buat penyerang kesayangan mereka dengan menyerahkan tanggungjawab selaku kapten kepada Safee pada perlawanan itu.
"Penghijrahan seperti ini bagus untuk mengembangkan karier. Sampai bila kita nak maju kalau asyik di tempat sendiri saja. Peluang menimba pengalaman seperti ini harus dimanafaatkan oleh semua pemain bola sepak kita," katanya. |
Posted: 07 Feb 2011 09:47 AM PST "SECARA peribadi, saya hilang seorang rakan dan saya pasti semua pemain Selangor akan terasa ketiadaannya selepas ini. Sesungguhnya kami kehilangan seorang penyerang berbakat dan sukar untuk dicari ganti. Apapun, saya doakan supaya dia berjaya menjalani kehidupan baru di Indonesia," kata kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah. Semalam, pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Kelana Jaya diserbu puluhan wartawan termasuk wartawan Indonesia - satu senario yang agak sukar untuk dilihat hatta sidang akhbar membabitkan pasukan skuad kebangsaan sekalipun.
Aksi menentang Kuala Lumpur pada saingan Liga Super, 12 Februari ini adalah perlawanan terakhir Safee bersama Selangor kerana dua hari selepas itu, penyerang berusia 27 tahun itu akan berlepas ke Indonesia dan dia bakal membuat penampilan pertama bersama kelab itu selewat-lewatnya Mac ini.
Devan juga berkongsi rasa yang sama dengan Amri dan mengakui Safee pergi di saat Selangor mula bangkit selepas tewas di tangan Kelantan pada perlawanan Piala Sumbangsih dan pemergiannya pasti meninggalkan kesan terhadap kelancaran jentera serangan skuad Gergasi Merah itu.
"Saya akan menggilirkan penyerang yang ada demi memperoleh gandingan terbaik dan proses itu terpaksa bermula serta merta. Secara tidak langsung, ini peluang terbaik semua pemain untuk membuktikan kemampuan," kata Devan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan