Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Ahmad letak jawatan

Posted: 13 Feb 2011 08:17 AM PST

MESKIPUN dirayu supaya tidak mempedulikan desakan dan asakan dari luar yang mahu beliau mengosongkan kerusinya, 'Panglima Harimau Berantai' Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail (gambar) tetap dengan keputusan untuk meletakkan jawatannya sejurus berakhirnya mesyuarat majlis tertinggi badan induk kebangsaan itu malam kelmarin.

Keputusannya itu pantas menjentik emosi semua ahli majlis tertinggi PSM yang hadir kerana mereka sama sekali tidak menyangka Ahmad bakal tampil dengan kenyataan itu pada mesyuarat berkenaan sedangkan beliau tidak pernah melahirkan hasrat berbuat demikian kepada mana-mana individu.


Berikutan peletakan jawatannya, kedudukan selaku pemimpin nombor satu PSM ketika ini diambil alih sementara oleh Timbalan Presiden, Shafian Ali sambil dibantu beberapa naib presiden badan induk kebangsaan itu.

Ahmad yang sudah memegang jawatan tertinggi PSM itu sejak kira-kira sembilan tahun lalu, pernah berkata bahawa beliau akan meletakkan jawatan andai Malaysia gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas daripada temasya Sukan Asia Guangzhou hujung tahun lalu dan apa yang berlaku kelmarin membuktikan beliau memang serius dengan kata-katanya itu.


Peletakan jawatan Ahmad disahkan Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahaya dan beliau berkata, semua ahli majlis termasuk warga PSM yang lain benar-benar terkejut dengan keputusan itu.


"Memang kami tidak sangka beliau akan meletakkan jawatannya. Memang beliau ada melahirkan hasrat untuk berbuat demikian sebelum Sukan Asia lagi tapi kami tidak sangka beliau serius dengan kata-katanya. Bagi kami, Malaysia tidak gagal di Sukan Asia Guangzhou cuma kita tidak dapat membawa pulang emas.

"Secara keseluruhannya, kita kembali sebagai pencabar utama Thailand dalam acara sepak takraw dan itu sebenarnya satu kejayaan selepas kita tewas kepada lawan seperti Korea Selatan, Indonesia dan Myanmar," kata Arshad dengan nada sebak.


Difahamkan, selepas mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan, Ahmad dihalang semua ahli majlis untuk keluar daripada mesyuarat, sebaliknya diminta duduk dan beliau turut dirayu memikirkan semula keputusannya itu. Ahmad diminta mengetepikan desakan luar supaya beliau berundur kerana hanya warga PSM sendiri yang faham masalah dalaman mereka.

Ahmad ketika dihubungi semalam berkata: "Berilah saya masa untuk berfikir. Saya perlu mengotakan janji saya selepas kita tidak membawa pulang emas dari Sukan Asia. Sudah tiba masanya PSM mempunyai pemimpin baru yang boleh membawa perubahan dan kejayaan kepada sukan sepak takraw negara.


"Bagi saya, apa yang saya janjikan, sudah saya tunaikan dan saya pernah berkata untuk meletakkan jawatan saya selepas kerja saya selesai. Inilah masanya kerana kerja saya sudah selesai dan sudah sampai masanya saya berundur. Saya hormat dan terharu dengan permintaan serta rayuan ahli majlis untuk saya mengekalkan jawatan, tapi berilah saya masa untuk berfikir terlebih dulu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Siapa layak jadi pengganti

Posted: 13 Feb 2011 08:17 AM PST

BERDASARKAN kepada perlembagaan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), hanya presiden persatuan sepak takraw negeri yang menjadi ahli gabungan PSM yang boleh dicalonkan untuk memegang jawatan selaku pemimpin nombor satu badan induk kebangsaan itu.

"Memang jawatan Presiden PSM hanya boleh diisi presiden persatuan sepak takraw negeri saja. Itu termaktub dalam perlembagaan PSM," kata Setiausaha Agung, Datuk Arshad Yahaya.


Peraturan itu secara tidak langsung mengecilkan lagi skop mencari siapakah individu terbaik boleh diharapkan bagi menggantikan Datuk Ahmad Ismail yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden PSM, malam kelmarin - keputusan yang sudah mula dibayangkan sebelum bermulanya Sukan Asia Guangzhou lagi.

Bukan bertujuan mengangkat Ahmad tetapi berdasarkan kepada penelitian awal, rasanya tidak akan ada individu yang mahu mengambil risiko dengan memimpin persatuan sukan Melayu yang penuh dengan masalah itu.


Siapakah lagi yang mahu mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyara perjalanan serta segala perbelanjaan yang diperlukan PSM dan sebagai manusia normal, sudah tentu jawapannya ialah tidak. Ahmad memegang jawatan nombor satu PSM sejak kira-kira sembilan tahun lalu dan difahamkan beberapa banglo miliknya, sudah tergadai semata-mata mahu memastikan sepak takraw terus mendapat tempatnya di negara ini.


Semuanya gara-gara badan induk kebangsaan itu tidak mempunyai sebarang penaja utama dan justeru, semua kewangan PSM terpaksa ditanggung Ahmad dan tidak hairanlah jika warga kerja PSM ketika ini tidak rela melihat beliau meletakkan jawatan sedangkan semuanya bergantung kepadanya.

Bagi yang faham, buatlah kajian sendiri bermula dari Perlis hingga ke Sabah, siapakah yang sanggup berkorban seperti dilakukan Ahmad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen