Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Sokongan padu Blues

Posted: 19 Feb 2011 09:58 AM PST

LONDON: Carlo Ancelotti menegaskan beliau menerima sokongan padu pemain-pemain Chelsea ketika kelab itu berdepan 10 hari yang mungkin mampu mengubah musim mereka.

Juara berganda musim lalu itu menentang Everton pada perlawanan ulangan Piala FA malam tadi, bertandang ke Copenhagen bagi pertemuan Liga Juara-Juara Eropah Selasa ini dan menanti kunjungan Manchester United seminggu kemudian - semua perlawanan itu perlu dimenangi mereka.


Sekalipun tidak menang dalam dua perlawanan dan menghuni tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL), Ancelotti percaya beliau mampu mengubah keadaan dan mengembalikan semula sentuhan penyerang bernilai 50 juta (RM246 juta), Fernando Torres di tengah-tengah dakwaan moral pasukan merudum sejak pembantunya, Ray Wilkins dipecat November lalu.

"Saya tidak fikir pemain sudah hilang keyakinan terhadap saya," katanya. "Ia tetap sama, dengan Ray dan tanpa Ray. Kami hilang keyakinan kerana kami tidak berdaya melakukan perkara yang kami mahu lakukan di atas padang.


"Torres tidak 100 peratus cergas, tapi dia akan menjaringkan gol. Dan dia akan mengembalikan kepantasan, larian derasnya. Dia berdepan masalah tahun lalu dengan lututnya dan dia cuba pulih dengan cepat untuk bermain pada Piala Dunia.


"Apabila seorang pemain cedera selama lima bulan, untuk kembali dengan kepantasan seperti sebelumnya, anda perlukan masa. Kami mengatur latihan khusus untuk mengembalikan kepantasannya."

Sementara itu, penolong ketua pasukan, Frank Lampard menganggap adalah satu 'bencana' sekiranya Chelsea tidak layak untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

"Kami mesti menamatkan kempen dalam kelompok empat teratas dan tidak boleh hilang tumpuan terhadap bola selepas ini. Ia pasti satu bencana sekiranya kami tidak layak."

Ketika kejuaraan liga semakin jauh daripada jangkauan dan Chelsea sudah mengaku kalah daripada persaingan bagi musim 2010-11 dengan Manchester United berada 12 mata di depan mereka, Lampard menganggap kejayaan dalam pertandingan piala adalah penting.


"Kepentingannya amat besar kerana anda boleh lihat buruan liga amat sukar untuk dipastikan lagi dan ia bermakna lebih penting untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir pertandingan piala terutama Liga Juara-Juara."

Pemain berusia 32 tahun itu juga menyokong Torres sekalipun penyerang antarabangsa Sepanyol itu gagal menyerlah dalam dua perlawanan awal buat kelab barunya itu.

"Dia mampu melakukan perubahan besar," kata Lampard.


"Tidak, dia tidak menjaringkan gol dalam dua perlawanan itu tapi semua tumpuan diberikan terhadapnya.


"Ia satu tanggungjawab besar, orang mahu menanti dia melakukannya dengan segera, tapi dia akan memberikan perbezaan terhadap kami." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wenger minta kekal standard

Posted: 19 Feb 2011 09:57 AM PST

LONDON: Arsene Wenger meminta Arsenal mengekalkan standard yang mereka cipta ketika mengalahkan Barcelona apabila mereka berdepan pasukan League One, Leyton Orient pada pusingan kelima Piala FA, hari ini.

Pasukan Wenger mencipta keajaiban menentang juara La Liga, berikutan kebangkitan pada babak kedua yang mengesahkan mereka sebagai pencabar sejati dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.


Kemenangan itu, bagaimanapun, hadir 11 hari selepas pasukan Wenger mensia-siakan pendahuluan empat gol di Newcastle, mencetus persoalan mengenai konsisten dan kekuatan mental mereka.

Pengurus Gunners itu percaya pasukannya boleh berjaya dalam semua empat pertandingan - Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA dan Piala Liga - namun untuk melakukannya, pasukannya mesti mengelakkan kesilapan berulang.


Jelas ia tidak memerlukan standard atau persembahan yang sama seperti Barcelona buat Arsenal untuk menang dengan selesa di Stadium Matchroom hari ini, namun pengurus itu menggesa pemainnya mengekalkan standard itu.


"Kami boleh lebih dihormati oleh setiap orang sekiranya kami tampil Ahad ini dengan penuh komitmen. Mereka juga boleh menerima hakikat pasukan ini benar-benar berusaha dan tidak memilih pertandingan atau perlawanan," kata Wenger.

"Apabila pasukan anda kompetitif di peringkat tertinggi, anda pastinya komited 100 peratus terhadap setiap perlawanan.


"Media memberikan lebih kepentingan kepada beberapa perlawanan daripada yang lain namun bagi kami, untuk memenangi trofi kami perlu melupakan apa yang media kata dan mampu untuk bertukar daripada satu pertandingan ke satu pertandingan dengan tahap komitmen yang sama." Arsenal gagal memenangi sebarang trofi sejak kejayaan Piala FA 2005 tetapi Wenger tetap yakin pasukannya mampu menyapu bersih semua trofi musim ini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan