Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Makin garang

Posted:

Makin garang

Makin garang

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


AMIRULHADI (kiri) mempamerkan aksi cemerlang apabila menjaringkan salah satu gol Malaysia pada aksi menentang Hong Kong semalam Malaysia menang 2-0.


SELEPAS kejayaan menjulang trofi pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Disember tahun lalu, skuad bola sepak kebangsaan meneruskan rentak garang.

Kali ini, skuad bimbingan K. Rajagobal itu tampil dengan prestasi penuh konsisten apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam satu aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan pemain sayap Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal muncul wira selepas masing-masing meledak satu gol pada minit ke-43 dan 90.

Meskipun sekadar mencatat kemenangan ke atas pasukan yang menduduki ranking lebih rendah berbanding skuad negara, kualiti serta corak permainan yang dipamerkan anak-anak buah Rajagopal pada perlawanan itu wajar diberikan pujian.

Ketika ini, Skuad negara menghuni ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong pula di tangga ke-143.

Jika sebelum ini ada segelintir pihak menganggap kejayaan yang dilakar barisan pemain negara pada Piala Suzuki AFF tahun lalu tidak akan bertahan lama, ternyata andaian tersebut jauh meleset sama sekali.

Kemenangan ke atas Hong Kong itu sudah mampu membuktikan segala-galanya biarpun diakui masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

Bagaimanapun, anak-anak buah Rajagopal wajar diberikan kredit di atas usaha serta komitmen mereka bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak tanah air di pentas antarabangsa.

Ini boleh dianggap sebagai permulaan dan diharapkan barisan pemain negara yang ada ketika ini mampu melangkah lebih jauh lagi.

Andai rantau Asia Tenggara berjaya ditakluk, tidak mustahil skuad negara mampu layak beraksi ke saingan Piala Asia dan siapa tahu ke Piala Dunia pula.

Pada aksi semalam, hampir 10,000 ribu penonton hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara yang jelas menguasai perlawanan berbanding Hong Kong.

Jika tidak disebabkan tiang gol, anak-anak buah Rajagobal sudah pasti meraih gol awal menerusi rembatan voli penyerang baru kelab Indonesia, Pelita Jaya, Mohd. Safee Mohd. Sali dari luar kotak penalti seawal mini ke-12.

Skuad negara terus garang apabila melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Hong Kong namun masih gagal memecah kebuntuan.

Namun, gol yang dicari-cari skuad negara akhirnya menjelma menerusi gerakan solo Safiq ke dalam kotak penalti pada minit ke-43 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, Rajagobal melakukan enam pertukaran dan kemasukan Amirulhadi yang masuk menggantikan Mohd. Ashaari Samsudin ternyata membuahkan hasil apabila dia menjaringkan gol kedua skuad negara pada lewat babak perlawanan.

Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat stadium dalam perhatian

Posted:

Empat stadium dalam perhatian

Empat stadium dalam perhatian

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my



EMPAT buah stadium yang masih belum memenuhi piawaian yang ditetapkan bagi aksi saingan Liga Super dan Liga Premier diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, sekiranya masalah itu gagal diselesaikan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Negeri (FA), mereka tidak mempunyai pilihan selain meneruskan aksi pada sebelah petang.

"Sehingga kini ada tempat lagi stadium yang masih belum menepati piawaian yang telah ditetapkan terutamanya daripada aspek lampu limpah dan juga padang.

"Jadi... kami (JKPT) telah membuat keputusan untuk memberikan tempoh sehingga hujung bulan ini bagi pihak FA negeri menyelesaikan masalah tersebut.

"Sekiranya tidak, mereka akan meneruskan aksi pada sebelah petang sahaja," kata Hamidin pada sidang media seleps mempengerusikan mesyuarat JKPT kali keenam di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan, berdasarkan laporan semasa yang diterima pihaknya, keempat-empat stadium itu kini sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan dan dijangka boleh digunakan untuk aksi sebelah malam bermula awal Mac depan.

"Selepas kami mengadakan pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan yang dijalankan itu, kami menjangkakan segala masalah itu akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya awal Mac depan," jelas Hamidin yang merupakan Naib Presiden FAM.

Empat stadium itu adalah Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu, Stadium Kuching, Sarawak dan Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Hamidin memberitahu, pihak JKPT juga akan membuat pemantauan yang lebih kerap terhadap aliran kewangan FA negeri dan kelab-kelab.

Ia bertujuan bagi memastikan agar timbul isu-isu berbangkit mengenai kewangan FA negeri dan kelab-kelab terutama dalam soal pembayaran gaji pemain, pemotongan Skim Caruman Wang Pekerja (KWSP) dan SOCSO.

"Jika sebelum ini pemantauan terhadap aliran kewangan FA negeri dan kelab hanya dibuat ketika awal serta penghujung saingan tetapi kali ini pihak JKPT akan membuat pemantauan yang lebih kerap.

Mungkin selepas ini pemantauan akan dilakukan selang tiga bulan sekali," jelas Hamidin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TSG uji kemampuan di jelajah Mumbai

Posted:

TSG uji kemampuan di jelajah Mumbai

TSG uji kemampuan di jelajah Mumbai

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


PELUMBA TSG menerima bendera Terengganu sebelum berangkat ke Mumbai semalam.


SELEPAS tampil konsisten pada Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) bulan lalu, pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) kini meneruskan misi untuk menawan pentas antarabangsa dengan menyertai Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Mumbai di India pada 11 hingga 13 Februari ini.

Tampil pada kejohanan berstatus 1.1 kategori Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu, TSG meletakkan sasaran untuk menduduki kelompok sepuluh terbaik daripada 20 pasukan yang bakal bertanding.

Malah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ibni Amin Busu juga mengharapkan sekurang-kurangnya seorang daripada enam pelumba TSG yang bersaing pada kejohanan itu mampu berada dalam kedudukan 20 pelumba terbaik.

Menurutnya, Jelajah Mumbai yang merupakan kejohanan kedua disertai TSG sejak ditubuhkan penghujung tahun lalu adalah medan terbaik untuk menguji kemampuan sebenar barisan pelumba negeri.

Katanya, pada Jelajah LTdL lalu, beberapa pelumba dari Terengganu seperti Anuar Manan dan Mohd. Harrif Salleh telah berjaya menempatkan diri dalam kedudukan podium.

"TSG akan diwakili oleh enam pelumba termasuk seorang dari Jepun pada Jelajah Mumbai ini dan mereka adalah pelumba yang tidak beraksi pada Kejohanan LTdL 2011 bulan lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu, semalam.

Antara yang terpilih ialah Yusrizal Usoff, Mohd. Sobri Abdullah, Mohd. Faiz Sharifuddin, Mohd. Nor Amirul Fakaruddin Marzuki, Nor Umardi Rosdi dan Motoi Nara dari Jepun.

Tambah Ibni Amin, pemilihan keenam-enam pelumba ini juga adalah berdasarkan keupayaan dan kekuatan mereka untuk bersaing dalam perlumbaan landai seperti Jelajah Mumbai.

"Mereka tidak beraksi pada LTdL lalu kerana pada kejohanan itu kita telah menyenaraikan pelumba-pelumba yang pakar dalam pendakian seperti Mohd. Shahrul Mat Amin dan Mohammad Saufi Mat Senan.

"Anuar Manan pula yang mempunyai kelebihan beraksi di kawasan landai tidak dapat bersama pasukan TSG ke Jelajah Mumbai kerana sedang beraksi mewakili negara pada Kejohanan Asia di Korat, Thailand," jelasnya.

Jelajah Mumbai akan melibatkan dua peringkat perlumbaan iaitu di Nashik sejauh 170km dan Mumbai 108km.

Sementara itu, Yusrizal yang diberi tanggungjawab selaku ketua pasukan pada kejohanan kali ini yakin dapat menggunakan pengalamannya beraksi pada Sukan Komanwel di India tahun lalu untuk mencatat keputusan terbaik.

"Jelajah Mumbai adalah platform terbaik untuk kami mendapatkan pendedahan terutamanya apabila beraksi bersama pelumba-pelumba terbaik dari Asia dan Eropah.

"Kami harap dapat meraih sekurang-kurangnya satu kedudukan podium bagi merealisasikan sasaran pasukan untuk menempatkan diri dalam kelompok sepuluh pasukan terbaik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen