Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Valencia semarak impian United

Posted:

Valencia semarak impian United

Valencia semarak impian United


VALENCIA (kanan) kembali memperkuat jentera United pada aksi suku akhir Piala FA menentang Arsenal di Old Trafford awal pagi esok.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sudah tidak sabar untuk melihat penampilan semula Antonio Valencia bagi menaikkan semula perjuangan skuad The Red Devils itu.

Pemain sayap Ecuador itu mengalami patah buku lali ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Rangers pada September lalu.

Setelah enam bulan berehat, Valencia kembali disenaraikan United untuk aksi suku akhir Piala FA menentang Arsenal di Old Trafford awal pagi esok.

Namun, kehadiran Valencia menyaksikan Ferguson pula kehilangan Nani yang terpaksa diketepikan lima minggu akibat kecederaan ketika bertemu Liverpool minggu lalu.

Menurut Ferguson, kehadiran bekas pemain Wigan itu mampu memberi tonik baru buat barisan kendaliannya.

"Dia (Valencia) telah mempamerkan aksi yang cukup mantap musim lalu. Dia memiliki kekuatan dan keseimbangan ketika membawa bola.

"Biarpun Nani turut melakukan persembahan yang baik musim ini, kami cukup merasai ketiadaan Valencia sepanjang enam bulan ini," kata Ferguson.

Namun, Ferguson hanya dapat menggandingkan Nani dan Valencia pada awal April depan yang pastinya menjadi tempoh terpenting dalam mengejar kejuaraan musim ini.

"Kami boleh menggunakan Nani atau Valencia pada sayap kiri. Ia pasti memberi kami ruang dan kepantasan," jelasnya.

Valencia, 25, dibawa Ferguson ke Anfield ketika United tewas 1-3 di tangan Liverpool minggu lalu tetapi dia tidak dimasukkan pada perlawanan tersebut.

Ketiadaan Nani pula membuka ruang buat Gabriel Obertan mencuri tempat dalam kesebelasan utama. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wenger label UEFA diktator

Posted:

Wenger label UEFA diktator

Wenger label UEFA diktator

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) melabelkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sebagai diktator setelah dia didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak sopan ketika aksi Liga Juara-Juara bertemu Barcelona pada Rabu lalu.

Menurut Wenger, badan induk bola sepak Eropah itu sepatutnya lebih bersiap perikemanusiaan.

Wenger dan pemain tengah Arsenal, Samir Nasri didakwa UEFA kerana menggunakan bahasa kurang sopan terhadap pengadil dari Switzerland, Massimo Busacca pada penghujung perlawanan tersebut yang menyaksikan Arsenal tewas 1-3 dan tersingkir menerusi agregat 3-4.

Wenger dan Nasri mempertikaikan tindakan Busacca melayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah kepada penyerang Arsenal, Robin van Persie kerana sengaja menyepak bola setelah wisel ditiupkan.

"Kami semua faham pengadil boleh melakukan kesilapan dalam tindakannya tetapi kini ia menjadi seperti diktator. Tiada lagi tolak ansur.

"Saya rasa dalam sesuatu perlawanan, tindakan seumpama itu tidak sepatutnya. Sudah tentu saya tidak akan mengaku bersalah terhadap sebarang dakwaan.

"Saya tak faham kenapa saya dianggap bersalah. Ia satu tindakan memalukan apabila pengadil melayangkan kad merah tersebut. Ia tindakan yang silap," kata Wenger.

Tambah pengurus veteran itu, aksi pertama di Emirates sesuatu yang menarik manakala aksi kedua di Nou Camp telah dimusnahkan oleh pengadil.

"Semua orang kini hanya akan ingat insiden kad merah itu. Tapi UEFA sepatutnya lebih berperikemanusiaan dan meminta maaf tentang apa yang berlaku.

"Mereka tidak boleh menghukum orang yang tidak melakukan apa-apa kesalahan," jelas Wenger.

Kes melibatkan Wenger dan Nasri itu akan didengar UEFA pada 17 Mac ini. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wozniacki bidas mulut pengkritik

Posted:

Wozniacki bidas mulut pengkritik

Wozniacki bidas mulut pengkritik

INDIAN WELLS, California - Entah mana silapnya, kedudukan Caroline Wozniacki selaku pemain tenis wanita No. 1 dunia kini mula dipersoalkan.

Ada segelintir pihak terutamanya pihak media mendakwa pemain Denmark itu masih belum layak bergelar jaguh No. 1 dunia kerana dia tidak pernah meraih kejuaraan dalam kejohanan-kejohanan Grand Slam.

Berikutan itu, Wozniacki dikatakan kurang senang dengan dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya itu.

"Saya tidak percaya saya perlu membuktikan sesuatu kepada mana-mana pihak sekalipun.

"Kamu tidak boleh menduduki ranking No. 1 dunia dengan hanya menjuarai kejohanan-kejohanan kecil sahaja.

"Saya tahu saya merupakan seorang pemain yang baik dan saya telah mencatatkan keputusan yang baik dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini," kata Wozniacki yang kini berusia 21 tahun.

Wozniacki mara ke pentas final kejohanan Grand Slam pertamanya pada Terbuka Australia 2009 tetapi tewas di tangan pemain jauh lebih berpengalaman, Kim Clijsters dari Belgium.

Begitupun, Wozniacki masih ada sebab untuk mendabik dada apabila meraih gelaran juara dalam tiga kejohanan WTA pada tahun yang sama.

Tahun lalu pula, dia berjaya meraih enam gelaran juara dalam sirkit WTA.

Ia sekaligus melonjakkan kedudukannya ke ranking No. 1 dunia buat pertama kali pada Oktober 2010.

"Saya sentiasa dahagakan kedudukan teratas dunia. Ia merupakan impian setiap pemain dan saya telah bekerja keras untuk mengecapinya.

"Jika kamu bertanya kepada orang di luar sana sama ada mereka mahu menjadi pemain tenis No. 1 dunia, sudah pasti mereka menjawab, ya.

"Mereka juga akan mengatakan perkara yang sama jika ditanya untuk bergelar juara pada kejohanan Grand Slam.

"Saya pula mahu melakukan kedua-duanya. Apabila saya menamatkan karier saya kelak, kita akan lihat sejauh mana pencapaian saya. Setakat ini, semuanya berjalan dengan baik," jelas Wozniacki. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen