Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Apr 2011 12:31 PM PDT TINDAKAN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mendesak supaya pihak pengurusan Kompleks Sukan Ranau, Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) memenuhi tuntutan mereka dengan menetapkan jangka waktu sehingga hujung bulan ini mengecewakan Pengurus Besar, Mahmood Kalong. Mahmood berkata, ketika mereka sedaya upaya cuba membantu KOAM melaksanakan program latihan atlet kebangsaan di Ranau, beliau tidak menyangka Timbalan Presiden badan induk olahraga tanah air, Karim Ibrahim sanggup menuduhnya sengaja melambat-lambatkan program itu.
"Kami berusaha memenuhi tuntutan mereka tapi kompleks ini bukan saja untuk olahraga tapi untuk semua sukan. Apa mereka mahu tiada dalam pelan asal. Bila sudah siap dibina baru nak cakap mahu jadikan kompleks sukan ini sebagai pusat olahraga dan terus minta macam-macam," katanya.
Menurut Mahmood, pihaknya sudah menerima senarai peralatan asas yang diperlukan KOAM tapi cadangan untuk mendapatkan peralatan itu dari Tawau dan Kota Kinabalu tidak praktikal.
"Kami akan cuba bantu dan berbincang dengan pihak Persatuan Olahraga Amatur Sabah bagi menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 21 Apr 2011 12:29 PM PDT PRESTASI kurang menjadi Harimau Muda A dalam Liga Super termasuk ketika tumpas kepada Kedah 1-0 kelmarin nyata mengecewakan jurulatih Ong Kim Swee. Namun beliau tetap yakin masih mempunyai masa memperbaiki kelemahan sebelum sebilangan besar pemain skuad itu berdepan tugas getir berdepan Lebanon dalam aksi pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 Jun depan.
Rekod itu mengundang rasa kurang senang Kim Swee yang mula mencongak strategi terbaik bagi mengelakkan kekalahan berterusan yang boleh menjejaskan moral pemain menjelang perlawanan pertama pusingan kedua menentang Lebanon di Beirut 19 Jun ini.
Sebelum ini, Kim Swee pernah membuat keputusan mengejut dengan memasukkan hampir separuh pemain SSBJ ketika menentang Johor pada pusingan kedua Piala FA bagi merehatkan pemain sebelum perlawanan pusingan pertama kelayakan Olimpik menentang Pakistan. Keputusan itu menyebabkan Harimau Muda A tersingkir daripada saingan Piala FA dengan keputusan 2-1.
Namun beliau berharap, Muslim akan dapat diturunkan pada perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, esok.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan