Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


City tekad sekat United

Posted:

City tekad sekat United

City tekad sekat United


FERDINAND antara nadi utama United pada saingan musim ini.


LONDON – Manchester City akan berusaha memastikan Manchester United gagal meraih gelaran treble musim ini apabila kedua-dua musuh setempat itu bertemu pada saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley awal pagi esok.

Bagi City pula, mereka sudah pasti berusaha menggunakan peluang terakhir ini untuk menamatkan kemarau kejuaraan mereka sejak sekian lama.

Namun persiapan City sedikit terjejas apabila mereka bakal turun tanpa penyerang utama, Carlos Tevez yang mengalami kecederaan hamstring.

Selain itu, keharmonian kem City turut tampak kurang baik ketika ini setelah James Milner menunjukkan reaksi tidak puas hati sewaktu dikeluarkan pada aksi menentang Liverpool awal Selasa lalu.

Menurut pemain pertahanan United, Rio Ferdinand, tanda-tanda perselisihan faham di kem City itu disifatkannya sama sekali tidak akan dibenarkan di kem United di bawah kendalian pengurus, Alex Ferguson.

"Kamu tidak akan nampak pemain menggelengkan kepala atau menunjukkan rasa tidak puas hati ketika dikeluarkan atau merajuk ketika diletakkan di bangku simpanan di United.

"Ini kerana semua pemain berasa selesa dan gembira bersama kelab ini serta mereka memang mahu bersama kelab ini. Jadi andai ini berlaku, pasti akan membuatkan pengurus kami tidak berasa gembira," kata Ferdinand.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini yang beberapa kali menolak tanggapan berlaku ketidakharmonian dalam pasukannya bakal mempertaruhkan Edin Dzeko dan Mario Balotelli atau salah seorang mereka bagi mengisi ketiadaan Tevez.

"Balotelli pasti sedar dia perlu memikul tugas yang lebih berat sepanjang ketiadaan Tevez.

"Jika dia diturunkan, pasti dia berpeluang melakukan yang terbaik dan mampu mengubah nasib malangnya musim ini dengan membawa City ke final," katanya. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor pasang perangkap

Posted:

Selangor pasang perangkap

Selangor pasang perangkap

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

TIADA ruang akan diberikan kepada para pemain Perak apabila berdepan Selangor pada perlawanan tumpuan menemukan dua pasukan teratas Liga Super itu di Stadium Shah Alam malam ini.

Demikian strategi yang akan diatur pengurus merangkap ketua jurulatih Selangor, K. Devan apabila pasukan bimbingannya itu menanti kunjungan Perak yang baru saja membelasah Kelantan 4-0 di Ipoh pada Selasa lalu.

"Saya dapati benteng pertahanan Perak cukup berdisiplin dan gawang mereka paling sedikit dibolosi setakat ini. Jadi kita kena cari jalan bagaimana untuk memecah kekebalan mereka.

"Selain itu, barisan pertahanan kami pula tetap perlu berjaga-jaga dengan gerakan sayap mereka yang cukup pantas serta pelu memastikan bahagian tengah tidak dikuasai sepenuhnya oleh Shahrulnizam Mustapa dan K. Nanthakumar.

"Apa pun kita tak boleh bagi ruang langsung kepada pemain-pemain Perak dan kita sendiri perlu beraksi pada tahap yang lebih tinggi daripada biasa demi memastikan tiga mata penuh di laman sendiri," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tanpa Yosri Derma Raju yang digantung selepas mengumpul tiga kad kuning, pertahanan tengah Selangor malam ini bakal dikemudi Khairul Anuar Baharum dan Nasriq Baharom.

Manakala ketua pasukan, Amri Yahyah yang kembali selepas penggantungan satu perlawanan akan bergandingan dengan Fadzli Saari di bahagian serangan.

Biarpun Selangor sudah dua kali tewas di Stadium Shah Alam pada musim ini iaitu kepada Kelantan dan T-Team, Devan yang baru menyambut hari jadi ke-50 pada Selasa lalu tetap menganggap ia gelanggang keramat Red Giants.

"Bertemu Kelantan pada aksi pertama musim ini memang kita tidak beraksi baik tetapi ketika tewas kepada T-Team minggu lalu, kami telah beraksi dengan baik tetapi nasib tidak menyebelahi.

"Jadi saya mahu barisan depan Selangor tidak membazir peluang terhidang supaya kita tidak melakukan kesilapan sama ketika bertemu T-Team," jelas Devan yang berharap Selangor kekal selaku pendahulu liga selepas tamat perlawanan ke-12 itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hodgson percaya wibawa Torres

Posted:

Hodgson percaya wibawa Torres

Hodgson percaya wibawa Torres

LONDON - Pengurus West Bromwich, Roy Hodgson yakin penyerang baru Chelsea, Fernando Torres (gambar) pasti akan menemui sentuhan jaringannya meskipun masih kebuntuan gol setakat ini.

Torres merupakan penyerang yang diharapkan Hodgson ketika dia menjadi pengurus Liverpool sebelum penyerang Sepanyol itu berhijrah ke Chelsea pada penghujung Januari lalu manakala Hodgson dipecat sebelum diambil West Brom.

Selepas beraksi 11 perlawanan bersama Chelsea, Torres masih gagal menjaringkan sebarang gol.

Biarpun yakin Torres akan kembali menemui sentuhannya, Hodgson tetap berharap penyerang berusia 27 tahun itu tidak menembusi gawang West Brom ketika kedua-dua pasukan bertemu di Hawthorns malam ini.

"Prestasi Torres ketika ini tidak mengejutkan saya kerana dia sememangnya tidak berada pada prestasi terbaik sejak dari awal musim ini bersama Liverpool.

"Dia kemudian berhijrah ke Chelsea dan semua berharap dia terus meledak tetapi itu tidak berlaku. Tapi saya rasa dia tetap berusaha keras ke arah itu," kata Hodgson.

Pengurus West Brom itu turut menyatakan bahawa Chelsea akan tetap menuai hasil daripada pelaburan besar mereka ketika membeli Torres pada baki perlawanan musim ini.

"Kamu pasti akan dapat melihat Torres menjaringkan gol dan memberi sumbangan bermakna kepada Chelsea dalam beberapa perlawanan terakhir ini.

"Tapi saya lebih berharap Torres dapat menjaringkan beberapa gol sebelum kami bertemu Chelsea kerana tidaklah Torres mencari gol sulungnya ketika bertemu pasukan saya.

"Tapi saya tidak akan berasa iri hati jika Torres berjaya meledak satu gol ketika bertemu kami selagi kami pula berjaya mendapatkan dua gol dan menang," jelas Hodgson. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan