Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Pengadil silap lagi - Ferguson

Posted: 02 May 2011 03:04 PM PDT

Sukan

pix_gal0
SEKALI lagi, Sir Alex Ferguson menyalahkan mutu pengadilan buruk sebagai punca kekalahan 1-0 Manchester United kepada Arsenal yang membuka luas perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pengurus United itu percaya pengadil Chris Foy silap apabila tidak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-88 berikutan kekasaran Gael Clichy terhadap Michael Owen, walaupun turut mengakui Arsenal juga dinafikan sepakan penalti apabila Nemanja Vidic menggunakan tangan ketika menampan hantaran lintang Theo Walcott pada babak pertama.

Selepas menyaksikan Chelsea merapatkan jurang kepada hanya tiga mata 24 jam sebelum itu apabila menang 2-1 ke atas Tottenham, Ferguson kini memerah kepala untuk merangka agenda tertentu menjelang kunjungan The Blues ke Old Trafford, Ahad ini bagi perlawanan penentuan kejuaraan. Perebutan kejuaraan memihak kepada Chelsea 11 bulan lalu apabila Didier Drogba menjaringkan gol kemenangan walaupun berada dalam kedudukan ofsaid dan tidak dapat tidak, Ferguson mahu mengelakkan perkara sama berlaku.

"Ia perlawanan besar yang mana keputusan pengadil perlawanan tidak tepat," kata Ferguson. "Ia seimbang daripada segi kedua-dua pasukan layak mendapat sepakan penalti tetapi saya sukar untuk melihatnya (bola terkena tangan Vidic) tetapi Clichy tahu kesilapannya, malah dia mengangkat tangan kerana rasa bersalah.

"Kini ia memberi Chelsea peluang besar dan itu yang berlaku apabila anda mendapat keputusan seperti ini. Mereka (Chelsea) memperolehnya di Old Trafford musim lalu dan itu yang saya bimbangkan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ganggu!

Posted: 02 May 2011 02:16 PM PDT

Sukan

Chong Wei perlu bebas daripada sebarang masalah untuk tempoh setahun ini - Kok Chi

JANGAN ganggu Lee Chong Wei untuk tempoh setahun ini!

Itulah harapan disuarakan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang mahu pemain nombor satu dunia itu memberikan tumpuan penuh sehingga Sukan Olimpik London 2012 tanpa dibelenggu sebarang kontroversi berkaitan bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

"Saya tidak rasa mereka berdua bermusuh (antara Chong Wei dan Misbun), saya cadangkan mereka berdua diberikan masa untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. "Buat masa ini, kita bagi dia (Chong Wei) kebebasan dan tunggu sehingga habis Olimpik," katanya selepas menyaksikan kejayaan jaguh negara dari Bukit Mertajam itu merangkul gelaran juara Siri Super Terbuka India selepas mengalahkan Peter Gade Christensen 21-12, 12-21, 21-15, kelmarin.

Mengulas kemenangan Siri Super kali ketiga itu, Kok Chi berkata, Chong Wei perlu mengekalkan momentum permainan cemerlang yang dipamerkan sehingga London 2012 nanti dan memastikan dia tidak dilanda sebarang kecederaan yang boleh menggugat prestasi permainannya.

"Sasarannya (Chong Wei) mestilah untuk Olimpik dan dia tidak boleh lupakan objektif utama iaitu merangkul emas di London nanti. Jika ditakdirkan dia hanya memperoleh pingat perak, ia satu kegagalan buat dirinya.

"Chong Wei harus menerapkan keyakinan diri yang tinggi untuk menang dan tidak mudah mengaku kalah apabila bertemu musuh ketat seperti Lin Dan. Apa yang penting, dia perlu bijak menjaga diri supaya tidak cedera dan terganggu dengan sebarang masalah yang boleh menjejaskan mutu permainannya," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan