Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Misi pertahan pendahulu liga

Posted:

Misi pertahan pendahulu liga

Misi pertahan pendahulu liga

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Norshahrul Idlan Talaha (kiri) akan menjadi taruhan jentera serangan Kelantan untuk menewaskan pasukan Johor FC dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp Pasir Gudang, Johor, malam ini.


KOTA BHARU - Kelantan mahu meneruskan momentum kemenangan apabila berkunjung ke Stadium JCorp Pasir Gudang bertemu Johor FC dalam saingan Liga Super malam ini.

Turun selaku pasukan pilihan, The Red Warriors dijangka tidak berdepan laluan sukar dan rentak cemerlang yang ditunjukkan oleh pasukan bimbingan Datuk M. Karathu itu, pasti menghadirkan gerun kepada pihak lawan.

Namun, kemenangan bergaya skuad bimbingan Azuan Zain dalam perlawanan terakhir di gelanggang sendiri ketika menumbangkan Sabah 3-0, turut mengundang resah kepada Karathu.

Menurutnya, Kelantan tiada pilihan selain mencatatkan kemenangan jika mahu terus menerajui puncak liga sambil mengharapkan seteru utama, Selangor seri atau kecundang.

Biarpun pernah menumbangkan Johor FC dalam dua perlawanan sebelum ini termasuk dalam saingan Piala FA, Karathu tetap enggan mendabik dada dan mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mengambil mudah perlawanan malam tersebut.

"Walaupun kita pernah menang sebelum ini, namun ia tidak boleh dijadikan sebagai ukuran. Kejayaan menewaskan Sabah tempoh hari pasti memberikan semangat yang tinggi buat mereka untuk menumbangkan kita dalam perlawanan ini.

"Saya harap barisan pemain dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan dan bermain sebagai satu pasukan. Ini penting jika kita mahu membawa pulang tiga mata," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tambahnya, beliau akan mempertaruhkan barisan terbaik dalam pertembungan tersebut bagi memastikan kemenangan memihak kepada Kelantan.

"Saya pasti mereka akan menggunakan formasi 3-5-2, jadi kita kena beri perhatian. Ketika aksi di Kota Bharu dulu mereka terlebih dahulu menjaringkan gol tetapi kita berjaya bangkit dengan kemenangan 4-1.

"Oleh itu, kita kena rangka satu strategi yang terbaik dalam perlawanan ini jika tidak mahu berputih mata," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Red Giants tempang pemain cedera

Posted:

Red Giants tempang pemain cedera

Red Giants tempang pemain cedera

SHAH ALAM - Selangor hanya mampu menarik sedikit nafas lega dengan kembalinya pemain tengah berpengalaman, Hardi Jaafar daripada penggantungan perlawanan Liga Super 2011.

Namun, beban kecederaan ramai tonggak masih belum terlepas daripada bahunya.

Seperti ketika diikat 1-1 di Terengganu, Sabtu lalu, Amirulhadi Zainal, Khairul Anuar Baharum dan Razman Roslan berkemungkinan besar terpaksa melupakan pula pertemuan berjiran Gergasi Merah dengan Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.

Malah, jika tahap kecergasan penyerang utama, Fadzli Saari dan Bunyamin Umar yang turut tercedera dan masih menimbulkan keraguan, hasrat jurulatih Merah Kuning, K. Devan memintas semula Kelantan di teraju liga, bakal terancam menerusi perlawanan ini.

"Daripada empat tonggak yang tiada di Kuala Terengganu lalu, hanya Hardi yang mungkin dapat kembali selepas digantung perlawanan namun lega saya tidak berpanjangan kerana Fadzli dan Bunyamin pula menyertai senarai pemain yang cedera sebelumnya," katanya.

Selangor diikat 1-1 oleh Si Helang yang diterajui bekas pertahanan negara, Razip Ismail dalam perlawanan pusingan pertama Liga Super 2011 di Stadium Shah Alam pada 12 Februari lalu dengan Fadzli menjaringkan gol pendahuluan itu.

"Walau apa pun rintangannya, kami akan tetap cuba menurunkan barisan yang terbaik mungkin apabila berjumpa Kuala Lumpur kerana kami amat mengidamkan tiga mata dan sudah bertekad untuk tidak mencicirkan sebarang mata atau mengulangi kesilapan lalu.

"Menentang Kuala Lumpur juga penting bagi kami kerana jika dapat mengumpul keputusan baik daripada kelapan-lapan perlawanan sepanjang bulan ini, ia bakal mencorakkan peluang kami mempertahankan gelaran liga," katanya.

Jika dibandingkan pendahulu liga, Kelantan yang mengunjungi Johor FC di Pasir Gudang, Selangor lebih berpeluang cerah kembali ke teraju tetapi masih perlu mengawasi pencabar di tempat ketiga, Terengganu yang melayani pasukan tercorot, Perlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan