Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Rahsia Barcelona

Posted: 30 May 2011 05:43 PM PDT

Sukan

GUARDIOLA mengucup Piala Liga Juara-Juara Eropah ketika meraikan kejayaan Barcelona menjulang trofi kebanggaan kelab Eropah, Ahad lalu.

GUARDIOLA mengucup Piala Liga Juara-Juara Eropah ketika meraikan kejayaan Barcelona menjulang trofi kebanggaan kelab Eropah, Ahad lalu.

Guardiola pegang falsafah 'Pasukan Impian' Cruyff bina skuad serba mantap

LIONEL Messi mungkin dilihat inspirasi kejayaan Barcelona membenam Manchester United 3-1 dalam final Liga Juara-Juara tetapi pencapaian pengurusnya, Pep Guardiola di luar padang, tidak boleh dinafikan sejak memegang tugas pada 2008.

Guardiola mengemudi Barca memenangi tiga kejuaraan berturut-turut sebaik mengambil alih tugas daripada skuad bermasalah Frank Rijkaard yang dipecat walaupun diperkuat Ronaldinho ketika itu hingga mampu menumbangkan musuh ketat Real Madrid.

Tetapi Ronaldinho yang menjadi tonggak kejayaan Liga Juara-Juara 2006 bersama-sama Deco dan Rafa Marquez jugalah menjadi faktor Barca merudum pada 2008 hingga masalah berlarutan di kalangan ahli lembaga pengarah dan presiden, Joan Laporta hanya terselamat dengan undi tidak percaya yang tipis. Pelantikan Guardiola yang masih cetek pengalaman seolah-olah satu perjudian tetapi dia hadir dengan falsafah bola sepak tersendiri, menggunakan kaedah permainan hantaran pendek pantas dan disiplin tinggi hingga menghidupkan semula legasi 'Pasukan Impian' Johan Cruyff yang memberikan Barca empat gelaran liga dan Piala Eropah di Wembley 1992.

Perpindahan ke Itali pada 2001 pada awal kariernya sebagai jurulatih, turut membantunya belajar kepentingan persiapan pasukan dan disiplin hingga membolehkannya membina barisan berkualiti ketika ini tetapi Guardiola tetap merendah diri dan menafikan dia cuba menyaingi 'Pasukan Impian' Cruyff.

"Merekalah (Cruyff) perintis dan kita tidak akan dapat menyamainya walau menang banyak trofi. Merekalah skuad yang menamatkan kemarau panjang kelab ini. Selepas itu, ada (Louis) Van Gaal, Rijkaard dan saya tetapi pasti mustahil tanpa sumbangan mereka sebelum ini," kata Guardiola.

Pembangunan pemain muda yang bakal diserap dalam sistem pasukan utama adalah satu lagi elemen penting yang dibina Cruyff hingga melahirkan pemain seperti Carles Puyol dan Xavi Hernandez dan Guardiola kini dapat melihat Sergio Busquets dan Pedro yang mula mengetuk pintu skuad utama.
Guardiola terus memegang falsafah Cruyff dan meraikannya di Wembley yang pernah menyaksikan sebagai pemain, dia membantu mentornya itu mengubah sejarah Barca tetapi dia juga sedar selain pemain muda, dia turut mengendalikan sekumpulan pemain unik seperti Messi. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harimau Malaya tetap tampil aksi memukau

Posted: 30 May 2011 05:37 PM PDT

Sukan

BARISAN 24 pemain kebangsaan disenaraikan K Rajagobal bagi menghadapi Hong Kong dalam perlawanan persahabatan Jumaat ini bakal menampilkan keseimbangan antara pengalaman dan kudrat muda yang dijangka mampu meneruskan rentak cemerlang Harimau Malaya tahun ini.

Kehadiran 10 nama baru termasuk penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki, Safee Sali yang kini menyarung jersi kelab Indonesia Pelita Jaya, dilihat berupaya mengulangi kemenangan ke atas Hong Kong sebelum ini apabila skuad negara berkunjung ke negara itu.

Tanpa mahu mengganggu persiapan skuad Olimpik kendalian Ong Kim Swee, Rajagobal terpaksa mengetepikan lapan pemain muda yang menjadi tonggak kedua-dua skuad berkenaan tetapi bukan bermakna barisan pilihannya kali ini kurang berbisa. Dengan rata-rata pemain disenaraikan kerana aksi cemerlang sepanjang Liga Super, percaturannya dijangka tertumpu kepada penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya yang mungkin digandingkan dengan penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha.

Kepulangan Baddrol Bakhtiar juga memberi lebih pilihan buat Rajagobal mencorak jentera serangannya tetapi matlamat utama bukan memburu kemenangan, sebaliknya menilai kemampuan pemain baru di peringkat antarabangsa.

Hadi yang kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super, bertekad menampilkan kemampuan terbaiknya bagi memikat Rajagobal, sekali gus menjadi muka tetap dalam skuad kebangsaan.

"Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan kepercayaan jurulatih," katanya selepas sesi latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.
Daripada 24 pemain yang dipanggil ke kem latihan bermula kelmarin antaranya Nasril Nourdin, Syed Adney Syed Hussein, Nasriq Baharom, Mohamad Azmi Muslim, Baddrol, S Chanturu, Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari dan Mohd Farisham Ismail, hanya 22 akan dibawa ke Hong Kong.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan