Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Belum buat keputusan

Posted: 30 May 2011 12:27 PM PDT

PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali tidak menolak sebarang kemungkinan untuk meninggalkan Indonesia jika persatuan bola sepak negara itu dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk bola sepak antarabangsa Fifa.

Katanya, dia akan menunggu keputusan yang akan dikeluarkan Fifa mengenai isu itu sebelum membuat keputusan mengenai kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC dalam Liga Super Indonesia (ISL).


"Mengenai masalah PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia), saya masih menunggu keputusan yang akan dikeluarkan Fifa. Sekarang saya tengah fikir mengenai masa depan tapi kena tunggu keputusan mengenai hukuman itu dulu," katanya yang berpindah dari Selangor ke Pelita Jaya Februari lalu.

Masalah dalaman yang gagal diselesaikan PSSI menyebabkan mereka dijangka akan digantung daripada terbabit daripada menyertai sebarang kejohanan bola sepak antarabangsa termasuk pusingan kelayakan Piala Dunia serta Sukan Sea yang dianjurkan di Palembang November ini.


Sekiranya dihukum, PSSI masih boleh terus menganjurkan liga tempatan namun reputasinya pasti sudah terjejas apatah lagi tanpa pengiktirafan badan induk bola sepak antarabangsa.


Ditanya mengenai kemungkinan akan kembali ke pangkuan pasukan tempatan selepas tamat musim di Indonesia, Safee berkata, dia masih berharap untuk dapat mengembangkan karier di luar negara.

"Selagi boleh saya mahu terus kekal (di Indonesia), kalau tak boleh mungkin saya akan cuba bersama pasukan lain di negara jiran," katanya yang menyumbat enam gol dalam sembilan perlawanan untuk Pelita Jaya.


Safee pulang ke tanah air selepas mendapat panggilan jurulatih kebangsaan K Rajagobal untuk menyertai latihan pusat bermula semalam bersama dengan 23 pemain lain bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Hong Kong Jumaat ini.

Ternyata penyerang sensasi itu amat teruja untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kali terakhir beraksi membantu Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan sebelum berhijrah ke Indonesia.


"Saya yakin pengalaman di Indonesia akan membantu saya beraksi lebih baik bersama skuad kebangsaan. Tidak kira pemain itu ada nama ataupun tidak, tempat dalam skuad kebangsaan belum terjamin, jadi saya kena berusaha bersungguh-sungguh," katanya.


Sementara itu, skuad Olimpik negara pula berada di Port Dickson untuk menjalani kem bina semangat sebelum berangkat ke Phnom Penh untuk menghadapi skuad kebangsaan Kemboja dalam perlawanan persahabatan 7 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemain muda tak hampakan peminat

Posted: 30 May 2011 12:22 PM PDT

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin gembira nasihatnya kepada pengurusan pasukan supaya menggunakan khidmat pemain-pemain muda semakin membuahkan hasil lumayan apabila Seladang mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam kancah Liga Super 2011 setakat ini.

Zainol berkata berikutan prestasi hambar di awal pusingan kedua, beliau menasihatkan pengurus pasukan, Kharul Azwan Harun supaya menurunkan pemain-pemain muda bertujuan memberi pendedahan kepada mereka.


"Saya nasihatkan Azwan supaya tidak terlalu pentingkan keputusan tahun ini sebaliknya perlu membina pasukan untuk menghadapi musim kedua.

"Ini kerana Perak terlalu bergantung kepada pemain senior di peringkat awal manakala pemain muda lebih banyak memanaskan kerusi simpanan. Alhamdullilah pasukan kini berada di atas landasan yang betul," katanya.


Dengan hanya mengekalkan tiga tonggak lama, Khairi Zainuddin, kapten Shahrulnizam Mustapha dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (gambar), jurulatih, Norizan Bakar memberi peluang kepada muka baru Wan Hossen Wan Abd Ghani dan Mohd Shazwan Ashraf Mathews yang menyaksikan perubahan nasib kepada pasukan itu dalam tiga perlawanan terakhirnya.


Mengenai penyingkiran Razali Umar Kandasamy, Zainol yakin ia tidak menjejas moral pasukan kerana pemain Seladang sudah biasa dengan ketiadaannya selama ini.

"Saya berharap pemain menumpukan sepenuh perhatian kepada tugasan seterusnya memandangkan kini tinggal baki tiga perlawanan sahaja,"katanya.


Katanya baki tiga perlawanan iaitu bertemu Johor FC pada 6 Jun, Kelantan (14 Jun) dan Selangor ( 6 Julai) akan menentukan hala tuju pasukan Seladang.

"Setiap mata yang dikutip dalam baki perlawanan adalah penting jika Perak ingin mencapai impian menamatkan cabaran dalam kelompok lima pasukan teratas. "Setakat ini persaingan untuk tempat empat hingga tujuh adalah sengit kerana jurang mata masih rapat. "Justeru apa yang berlaku dalam baki tiga perlawanan seterusnya akan menjadi penentuan hala tuju pasukan nanti,"katanya.


Beliau berpendapat persembahan pasukan-pasukan kali ini ibarat yo-yo kerana mampu menang hari ini tetapi kalah dalam perlawanan berikutnya sekaligus membuktikan tiada pasukan yang dominan dalam kejohanan kali ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan