Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Gagal lagi

Posted:

Gagal lagi

Gagal lagi


Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (depan) cuba menghalang kemaraan pemain India pada aksi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam.


MALAYSIA gagal lagi.Selepas mengharungi tiga perlawanan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Perak, skuad negara masih gagal memungut sebarang mata.

Semalam, mereka dikecewakan oleh India apabila tewas 2-5. Ia merupakan kekalahan ketiga skuad bimbingan Tai Beng Hai itu setakat ini selepas tumpas 1-3 kepada Britain pada aksi pembukaan diikuti kekalahan 1-2 kepada Australia pada perlawanan kedua.

Kini, hasrat Malaysia menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik pada kejohanan kali ini semakin pudar.

Malaysia gagal mengulangi kejayaan menundukkan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir Sukan Asia di Guangzhou, China tahun lalu.

Pada aksi semalam, India yang menduduki ranking kesembilan dunia hanya mengambil masa lapan minit untuk memecah kebuntuan melalui jaringan padang oleh Roshan Minz.

Pintu gol Malaysia yang dikawal S. Kumar bolos lagi melalui tolakan deras Mandeep Antil pada minit ke-18.

Jaguh pukulan sudut penalti India, Rupinder Pal Singh mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol ke tiga pada minit ke-22.

Seminit sebelum masa pertama tamat, pemain muda negara Muhammad Azammi Adabi merapatkan jurang gol apabila mencatat nama sebagai penjaring menerusi gerakan padang.

Begitupun, pada 30 saat terakhir separuh masa pertama, India memperoleh gol keempat melalui Sunil Sowmarpet sebelum Mohd. Shahrun Nabil Abdullah menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-43.

India mendapat gol kelima pada minit ke-69 menerusi Mandeep Antil, sekali gus mengukuhkan kedudukan bagi merebut empat pasukan terbaik pada kejohanan kali ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perak terus lesu

Posted:

Perak terus lesu

Perak terus lesu


PENYERANG Harimau Muda A. Wan Zack Haikal (depan) bijak meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Perak pada aksi Liga Super di Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1.


PERAK terus gagal mencatat kemena- ngan untuk perlawanan keempat berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 dengan Harimau Muda A pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kali terakhir skuad Kejor Yob Kejor mencatat kemenangan adalah pada 26 April lalu ketika mereka menewaskan Kuala Lumpur 5-3 di Ipoh dan mereka turut seri 0-0 ketika bertemu Pahang, Jumaat lalu.

Turun tanpa dua penggempur berbisa, Akmal Rizal Rakhli dan Razali Umar Kandasamy, jentera serangan Perak yang diterajui Shafiq Jamal dan Shazuan Ashraf Mathews tampak tumpul sepanjang separuh masa pertama.

Gol pertama Harimau Muda A hadir pada masa kecederaan babak pertama menerusi rembatan cantik Gary Steven Robbat yang gagal diselamatkan penjaga gol Perak, Nasril Nourdin.

Namun Perak berjaya menyamakan kedudukan hanya seminit selepas babak kedua bersambung hasil sepakan kencang Wan Hossen Wan Ghani dari luar kotak penalti menewaskan Zamir Selamat.

Permainan seimbang kedua-dua pasukan selepas itu bagaimanapun direncatkan dengan mutu pengadilan buruk oleh Anuar Che Husin serta dua pembantunya, Busrah Eri dan Jais Bujang.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan untuk mereka sekadar berkongsi satu mata.

Pada perlawanan lain, Selangor menewaskan Kedah 2-0 di Alor Setar bagi membolehkan mereka menduduki tangga teratas liga buat seketika, kerana pendahulu, Kelantan tidak beraksi malam tadi.

Johor FC pula menang 2-1 ke atas Terengganu, manakala Kuala Lumpur garang membelasah Perlis 3-0.

T-Team yang mendapat semula khidmat jurulatih, Yunus Alif tampil garang untuk menewaskan Felda United 2-0, manakala Sabah menghampakan Pahang 2-0.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat emas jadi impian

Posted:

Empat emas jadi impian

Empat emas jadi impian

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


GANDINGAN Boon Heong (kiri) dan Kien Keat turut diletakkan dalam senarai sasaran memburu pingat emas Olimpik.


SIRI AKHIR

"BUKAN satu tetapi empat."

Itu ramalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menge- nai pingat emas yang mampu dibawa pulang kontinjen Malaysia dari temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Shabery dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini menyuarakan keyakinan bahawa jika tidak berdepan sebarang masalah, bukan satu yang mampu dicapai tetapi kontinjen negara berupaya meraih empat pingat emas di London kelak.

Berdasarkan kenyataan itu, ramai tertanya-tanya sama ada ia mampu untuk direali- sasikan kerana sepanjang beraksi pada temasya sukan terbesar dunia itu, hanya pingat perak sahaja direkodkan sebagai pencapaian terbaik kontinjen Malay- sia setakat ini.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mempersoalkan mengenai perkara tersebut selepas Shabery menyuarakan keyakinannya itu kepada beliau.

Bagaimanapun, itu bukanlah sasaran buat kontinjen negara pada temasya di London itu kelak, sebaliknya ia hanya ramalan mengenai peluang Malaysia untuk membawa pulang pingat emas.

Sasaran utama yang diletakkan ke atas kontinjen negara tetap sama iaitu meraih pingat emas pertama pada temasya yang dianggap sebagai ibu kepada segala acara sukan itu.

Jika dibuat penilaian berdasarkan apa yang diperkatakan Shabery itu, memang ada kebenarannya.

Ketika ini, ada empat atlet yang dilihat berpotensi besar untuk merealisasikan impian seluruh warganegara Malaysia.

Sandaran emas sudah pasti- nya disandarkan kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menyumbang kilauan perak pada temasya Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Selain Chong Wei, beberapa atlet hara- pan negara seperti jaguh keirin dunia, Mohd. Azizulhasni Awang, gandingan beregu badminton lelaki negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong serta penerjun cilik, Pandelela Rinong turut menjadi sandaran emas.

Keempat-empat atlet tersebut dilihat berpeluang untuk menyumbangkan pingat buat Malaysia berdasarkan prestasi serta pencapaian yang dilakarkan mereka di pentas antarabangsa.

Ia turut dibantu dengan tersenarainya mereka dalam program Road to London (RTL) 2012 yang sememangnya diwujudkan bagi mempersiapkan atlet-atlet negara sebelum menghadapi Sukan Olimpik.

Turut berkongsi pendapat yang sama dengan Shabery ialah Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj.

Bagi Selvaraj, Chong Wei ketika ini memang bersemangat bagi menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara pada Sukan Olimpik berdasarkan komitmen serta fokusnya untuk muncul juara.

Begitupun, Selvaraj lebih gemar sekira- nya Chong Wei memberi tumpuan terlebih dahulu untuk bergelar juara pada Kejoha- nan Badminton Dunia 2011 yang bakal ber- langsung di England, Ogos depan.

Sebagai rekod, pemain berusia 29 tahun itu masih belum memenangi gelaran juara pada kejohanan dunia selain pingat emas Sukan Olimpik.

"Ketika saya mula-mula menerima tawa- ran untuk menjadi Pengarah Prestasi Tinggi BAM ini, saya sudah meletakkan sasaran untuk melihat Chong Wei bergelar juara dunia dan memenangi pingat emas Sukan Olimpik kerana ia masih belum pernah diraihnya.

"Jadi... saya lebih suka melihat kejoha- nan dunia di England nanti sebagai medan untuk menguji tahap prestasi Chong Wei dalam usaha menyumbangkan pingat emas buat kontinjen negara pada Sukan Olimpik.

"Jika dia berjaya muncul juara dunia, tidak mustahil pingat emas Sukan Olimpik mampu diraihnya," kata Selvaraj kepada Kosmo! semalam.

Diminta mengulas mengenai, Kien Keat- Boon Heong yang dilihat sering kali bergelut dengan prestasi ala 'yo yo' dalam be- berapa kejohanan sebelum ini, Selvaraj berkata, masih ada masa untuk beregu lelaki negara itu memperbaiki corak permainan mereka.

Apa tidaknya, prestasi tidak menentu yang dipamerkan Kien Keat-Boon Heong telah mengundang pelbagai tanggapan negatif apabila ada yang mengatakan kedua- duanya tidak layak diletakkan sebagai sandaran untuk membawa pulang pingat emas buat kontinjen Malaysia.

"Saya sudah bercakap dengan jurulatih mereka (Rexy Mainaky) mengenai perkara ini dan ketika ini beliau sedang berusaha memperbaiki segala kelemahan kedua-dua pemain tersebut.

"Kien Keat-Boon Heong memang pemain yang bagus dan itu tidak boleh dinafi- kan. Namun fokus mereka sering terganggu dalam setiap perlawanan sehingga menyebabkan mereka gagal beraksi pada tahap prestasi sebenar mereka.

"Bagaimanapun, saya masih yakin mereka merupakan prospek terbaik untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik," kata Selvaraj lagi.

Selain badminton yang merupakan acara tunggal yang menyumbangkan pingat buat kontinjen negara sejak mula mengam- bil bahagian pada Sukan Olimpik 1956 di Australia, kini basikal trek turut menjadi sandaran meraih pingat emas.


JALANI (depan) dan Razif meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 1992 di Barcelona.


Azizulhasni yang diberi jolokan sebagai 'The Pocketroketman' merupakan pelumba yang dilihat berpotensi besar untuk me- realisasikan impian hampir 27 juta rakyat Malaysia bagi menyaksikan kilauan pingat emas pertama Sukan Olimpik menjelma.

Apa tidaknya, baru berusia 23 tahun, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu kini ada sebab untuk mendabik dada apabila bergelar jaguh No. 1 dunia dalam acara keirin.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohammad berkata, sejak dari awal, Azizulhasni memang diletakkan sebagai pelumba paling layak diletakkan sandaran untuk menjelmakan kilauan pingat emas buat Malaysia.

"Sejak Azizulhasni beraksi di peringkat junior lagi dia telah mempamerkan kece- merlangannya di benua Asia dan disebabkan itu, kami (PKBM) memang melihat dia sebagai prospek utama untuk bagi menyumbangkan pingat emas buat Malay- sia.

"Pelbagai program telah dirancang sebenarnya bagi merealisasikan matlamat tersebut.

"Namun kemalangan yang menimpa Azizulhasni ketika beraksi pada final acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, England apabila betisnya tertusuk serpi- han kayu velodrom sepanjang 20 senti- meter sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan tersebut.

"Namun dia kini dalam proses pemuli- han dan dijangka kembali beraksi di pentas antarabangsa pada temasya Sukan Universiti Dunia di China, Ogos depan," jelas Naim.

Tambah beliau, sokongan serta doa dari- pada seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya akan memudahkan lagi laluan Azizulhasni untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik kelak.

Sementara itu, Setiausaha Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong turut menyuarakan keyakinan bahawa atlet terjun dibawah naungan badan induk tersebut, Pandelela mampu menjelmakan kilauan pingat emas buat negara.

Setakat ini, semua program latihan buat Pandelela bersama tiga lagi atlet terjun yang diletakkan dalam senarai RTL 2012 berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.

"Pada hujung bulan ini, Pandelela akan menjalani latihan pusat di China sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Terjun Dunia yang juga berlangsung di China, Julai depan.

"Kejohanan tersebut akan menjadi medan buat Pandelela melepasi had kelayakan untuk beraksi pada Sukan Olimpik London dan saya yakin dia mampu untuk membawa pulang pingat emas buat kontinjen Malay- sia.

"Malah Pandelela juga turut dilihat berpotensi besar untuk memenangi pingat dalam acara terjun berirama bersama pasangannya Lee Mun Yee jika segala yang dirancang berjalan dengan baik," kata Edwin.

Bagaimanapun, tidak semua pihak yakin dengan kemampuan yang dimiliki keempat-empat atlet tersebut dalam usaha menyumbangkan pingat emas buat negara.

Bagi mereka, atlet-atlet negara masih jauh ketinggalan untuk bersaing dengan jaguh-jaguh handalan dunia yang lain meskipun menyedari ada di kalangan mereka telah berada pada kedudukan No. 1 dunia.

Mentaliti seperti itu seharusnya dikikis di kalangan rakyat negara ini yang sepa- tutnya terus memberikan sokongan terha- dap perjuangan atlet-atlet bekerja keras bagi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia menerusi bidang sukan.

Apa jua yang diperkatakan segelintir pihak di luar sana, diharapkan ia tidak me- lunturkan semangat atlet-atlet negara untuk terus berjuang, terutamanya menjelang temasya Sukan Olimpik London yang bakal membuka tirainya pada 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.

Ia penting kerana setelah 55 tahun menanti ia menjelma, lebih kurang 27 juta rakyat negara ini pastinya tidak mahu terus menggigit jari menyaksikan sebutir pingat emas yang diharapkan itu terlepas begitu sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan