Kosmo Online - Sukan |
- PKNS FC dinobat juara Liga Premier 2011
- Final Piala FA di Stadium Nasional
- MSN lulus RM301,006 untuk KOAM
PKNS FC dinobat juara Liga Premier 2011 Posted: PKNS FC dinobat juara Liga Premier 2011Oleh WAN FAKHRUL BAKAR BARISAN pemain PKNS FC yang muncul juara Liga Premier musim ini. KELAB dari Selangor, PKNS FC sah bergelar juara Liga Premier musim ini setelah berjaya menewaskan Johor 2-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Biarpun masih berbaki tiga perlawanan, PKNS FC tidak mampu lagi dipintas pasukan di tangga kedua, Sarawak dengan mengumpul 51 mata hasil 16 menang, tiga seri dan masih belum tewas. Dengan kejuaraan sulung itu selepas lapan musim mereka beraksi di Liga Premier, PKNS FC kendalian jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim akan mencipta sejarah beraksi pada saingan Liga Super 2012. Pada aksi malam tadi, PKNS FC yang turun dengan hanya memerlukan satu mata untuk sah bergelar juara terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Namun bersambung babak kedua, PKNS FC berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-59 menerusi tandukan Ahmad Tharmini Saiban hasil sepakan percuma kapten, Fadhil Hashim. PKNS FC semakin kukuh apabila memperoleh gol kedua pada minit ke-73 mene- rusi sepakan voli menarik Azrif Nasrulhaq Badrul yang gagal diselamatkan penjaga gol Johor, Syamim Othman. Pada perlawanan lain, Sarawak turut mencipta kemenangan selepas menewaskan PDRM 3-0. MP Muar pula seri 2-2 dengan Pos Ma- laysia, manakala SDM Navy menewaskan Sime Darby 2-1. ATM terus menghukum Pulau Pinang selepas mencatat kemenangan 1-0, manakala USM FC mengecewakan Harimau Muda B 1-0. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Final Piala FA di Stadium Nasional Posted: Final Piala FA di Stadium NasionalPERLAWANAN akhir Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu pada 11 Jun depan akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan hasil permohonon Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue berkenaan. "Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasuk perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Chukai di Kemaman semalam. Mengulas mengenai aspek kesela- matan semasa perlawanan akhir itu nanti, Ahmad Shabery melahirkan keyakinan terhadap penonton kedua-dua pasukan yang mampu menunjukkan sikap terbaik. "Insya-Allah Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang paling akrab, boleh berkongsi budu, keropok lekor dan masing-masing makan nasi dagang, saya rasa masing-masing akan menjaga kesopanan dan ketertiban. "Kita dua negeri yang sepatutnya tidak berbalah, kalau logiknya kita jangka bukan bermain di Bukit Jalil tetapi bermain di Besut tetapi malangnya di Besut tidak ada stadium," katanya. Kelantan layak ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Selangor dengan agregat 6-2, manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2 ke atas Pahang. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
MSN lulus RM301,006 untuk KOAM Posted: MSN lulus RM301,006 untuk KOAMOleh HELMI TALKAH ATLET olahraga negara bakal mendapat lebih banyak pendedahan latihan selepas MSN meluluskan peruntukan bagi membiayai program latihan serta menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa. MAJLIS Sukan Negara (MSN) meluluskan peruntukan sebanyak RM301,006 kepada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bagi menampung perbelanjaan atlet-atlet menyertai beberapa kejohanan di dalam dan di luar negara. Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Bantuan MSN yang berlangsung semalam bagi membiayai program-program elit dan pelapis olahraga dari tempoh Mei hingga Julai depan. "Peruntukan yang diluluskan MSN ini juga adalah kesinambungan daripada mesyuarat JKK (Jawatankuasa Kerja) bersama KOAM yang diwakili presiden (Datuk Seri Shahidan Kassim) dan beberapa lagi pe- gawai badan induk tersebut yang lain bulan lalu. "Selepas meneliti semua aspek, MSN telah bersetuju untuk meluluskan jumlah tersebut kepada KOAM dan ia adalah untuk tempoh dari Mei hingga Julai," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam. Daripada jumlah itu, RM177,782 akan di- peruntukkan bagi menjalani latihan dan menyertai kejohanan olahraga di Bulgaria dari 28 Mei ini hingga 3 Julai depan. Program latihan itu melibatkan 11 orang atlet iaitu Mohd. Noor Imran A. Hadi, Ray- zam Shah Wan Sofian, P. Yuvaraj, Mohd. Jironi Riduan, K. Ganthimanthi, Siti Zubai- dah Adabi, Yee Li Leng, Norjannah Hafis- zah, Siti Fatimah Mohamed, Nurul Sarah Abdul Kadir dan S. Mathialagan serta dua pegawai iaitu Harun Rasheed Othman dan K. Jayabalan. Peruntukan yang diluluskan MSN itu ternyata memberi kelegaan buat barisan atlet olahraga negara yang sememangnya perlu menyertai banyak kejohanan di pentas antarabangsa sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan. Selain Bulgaria, atlet-atlet olahraga negara yang terpilih turut akan menjalani latihan dan menyertai kejohanan di Jerman, Slova- kia dan Taiwan. "Siapa kata kami (MSN) tidak bimbang dengan persiapan atlet-atlet? Sudah memang kerja kami memikirkan mengenai peruntukan atlet-atlet semua. "Jika ada individu yang mengatakan kami sengaja melengah-lengahkan peruntukan tersebut, ia memang tidak benar sama sekali kerana perkara ini telah pun dibincangkan ketika mesyuarat JKK dan ia telah dihadiri oleh pre- siden KOAM sendiri serta beberapa pega- wai yang lain. "Sekiranya beliau tidak mengetahui apa- apa mengenai perkara tersebut, itu bukan salah saya. Mungkin pegawai-pegawai KO- AM yang lain tidak memberi penjelasan kepada dia," jelas Zolkples. Kenyataan beliau itu adalah bagi membidas dakwaan Timbalan Presiden KO- AM, Karim Ibrahim dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini. Karim mendakwa ada konspirasi dari- pada individu-individu tertentu dalam MSN yang cuba untuk menjatuhkan kedudukan beliau dengan melengah-lengahkan pemberian peruntukan buat perbelan- jaan atlet-atlet. Beliau menegaskan, perkara itu merugi- kan kerana ia hanya akan menjejaskan prestasi atlet-atlet olahraga negara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan