Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tawan gergasi!

Posted: 24 Jun 2011 03:37 PM PDT

Sukan

pema in skuad Olimpik bakal meniti ranjau perit selepas ini apabila kelayakan pusingan ketiga bermula September ini.

pema in skuad Olimpik bakal meniti ranjau perit selepas ini apabila kelayakan pusingan ketiga bermula September ini.

Kim Swee mahu komitmen tinggi pemain jadi bekalan

MENDENGAR sahaja nama seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan harus mengundang rasa gerun buat skuad Olimpik negara dan hakikatnya anak didik Ong Kim Swee jelas sekali bukan barisan bakal mencabar menjuarai mana-mana kumpulan kelayakan pusingan terakhir kelayakan, September ini.

Namun, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak selepas terselit dalam kelompok elit 12 terbaik Asia ketika ini berikutan kejayaan menewaskan Lubnan 2-1 atas agregat dalam pusingan kedua, malam kelmarin.

"Pada peringkat ini, kita tidak boleh mengelak daripada bertemu pasukan gergasi Asia," kata pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee ketika ditanya mengenai pasukan diharap mengisi kumpulan sama dengan skuadnya. "Apa yang perlu dilakukan ialah membuat persiapan rapi menjelang saingan itu. "Sehingga perlawanan malam tadi (kelmarin), pemain muda negara menunjukkan komitmen tinggi untuk pergi sejauh mungkin dalam saingan kelayakan ini. Saya yakin jika sikap ini diteruskan, tiada apa yang sukar dicapai.

"Sebenarnya pasukan ini masih dalam proses pembelajaran yang tidak akan ada penghujungnya dan semakin banyak perlawanan diharungi, mereka akan menjadi semakin matang. Saya anggap ini sebagai permulaan dan pemangkin kepada generasi baru bola sepak negara."

Anak buah Kim Swee mempamerkan permainan terpuji di Stadium Nasional, Bukit Jalil memastikan kemenangan ke atas Lubnan, walaupun terpaksa bertahan dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dibuang padang ketika negara mendahului dua gol hasil jaringan babak pertama, Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Kehilangan tonggak tengah itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat barisan muda negara yang bertahan bermati-matian mengekang asakan bertali arus jentera serangan Lubnan sepanjang 40 minit terakhir.
"Saya yakin mereka mampu lakukannya," kata Kim Swee berkenaan perasaannya ketika kubu negara diasak bertubi-tubi pasukan lawan. "Jika disiplin dan komitmen begini ditunjukkan pada peringkat kumpulan nanti, saya pasti kita mampu melakukan kejutan."

Malaysia satu-satunya wakil Asia Tenggara layak ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pasukan pilihan, Lubnan. Dua belas pasukan yang layak akan diundi kepada tiga kumpulan pada 7 Julai ini dengan juara setiap kumpulan layak terus ke London, manakala dua pasukan naib juara terbaik akan bertarung dalam perlawanan penentuan.

Apapun, dilema baru buat Kim Swee adalah pertembungan saingan itu dengan Sukan SEA di Palembang November di mana Malaysia akan hadir selaku juara bertahan.

"Misi emas Sukan SEA juga satu keutamaan. Saya mungkin akan meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat rayuan kepada FIFA (Persekutua Bola Sepak Antarabangsa) menangguhkan perlawanan kedua pusingan kelayakan itu," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Ozil

tahniah Malaysia.....keep your work hard....make history for our country:)

rudy

pendekar pemain bola malaysia.main ngan bagus jangan main kasar .lawanlah setiap pasukan pastikan pasukan lain kalah.tuhan kuatlah pendekar malaysia.

ANUAR ZAIN

Tahniah! Seluruh Warga Pasukan Olimpik kita. Secara peribadi saya dapat rasakan semenjak Sukan Asia dulu lagi kerana ramai pemain Olimpik terlibat dan dapat menyaingi pasukan gergasi senior seperti China dan Iran. Satu pinta saya jangan ada ORANG yang cuba meruntuhkan semangat berpasukan yang telah lama wujud ini. Tingkatkan kemahiran dan disiplin permainan InsyaAllah pasukan kita mampu pergi jauh lagi.. Kepada semua pemain Syabas dan Ingat ramai lagi pemain baru akan merebut posisi anda semua.. Tingkatkan kualiti diri dan jangan lupa pada Tuhan.. Yakin BOLEH!

Khairul Azlan

bnykkan serangan counter attack untuk dpt kan jaringan utk takutkan lawan . hantaran pendek dgn pantas . sepakan percuma kena guna sebaik mungkin . wan zack dan muslim kena bljr sepakan percuma sekian

Amar

lepas ni perlawanan lagi mencabar..
harap OKS dapat memperbaiki kelemahan dan permainan pasukan.. banyak peluang yang disia-siakan pada setiap perlawanan..

come on harimau malaya !!
:D

Jessica

Satu yg saya pohon agar semua jurulatih di Malaysia agar beri kerjasama dgn Ong Kim Swee utk sama2 mendidik skuad Malaysia. Ini lah masanya utk mereka bergabung tenaga utk melahirkan pemain dan pasukan yg digeruni suatu hari nanti

AHLI PEMIKIR

benar kata matli, Mr Ong perlu mencari strategi yg sesuai bagi kekurangan jentera pasukan, bukan itu saja biarlah pasukan kita dapat mengatasi pasukan lawan.

haizulazhar

tahniah buat pasukan bola sepak negara...
saya setuju cadangan matli, saya juga berharap agar skuad ong kim swee belajar dan berlatih dengan kekurangan 1 atau 2 pemain. ini penting agar tidak hilang arah ketika saat-saat penting perlawanan. harap ong kim swee pertimbangkan... apapun, Tahniah!!!

Hamzah

mungkin boleh wujud formasi 4-4-1,4-3-2 atau apa2 jua strategi jika terdapat pemain di buang padang. jika selalu bertahan pemain belum tentu mampu bertahan jika melawan pihak lawan yang berkemahiran tinggi

maramin abd. labin

Saya setuju.... juga semasa latihan jurulatih perlu menekankan kpd setiap pemain disiplin yg tinggi, semangat melawan dan perasaan patriotik demi maruah negara ke arah bolasepak bertaraf dunia. Semoga Malaysia Boleh via semangat 1MALAYSIA....

jusoh

selalu2 laa training bermain utk 10 org 1 pasukan...

Alan

berapa pasukan gergasi atau well known di rantau asia ini, menghadapilah hakikat bahawa skuad bola sepak Malaysia masih sangat lemah dan langsung tak dihiraui mata dunia. sedarilah diri peminat2 negara kita.

yobkuale

Ada masa lg 2 bln...teruskan berfikir,fikir..dan fikir.X pelu buat eksperimen pemain lain....mantapkan pemain yg ada..2 tjawab...Msia dan Asia Tenggara..teruskan ngauman ba..blh ba kala kau

boring

setuju dengan matli..

matli

satu kelemahan yang perlu dibaiki oleh ong kim swee ialah bagaimana pasukan boleh bermain seperti biasa walaupun hanya dengan 10 orang pemain..Jangan kita kehilangan arah permainan gara-gara hanya kekurangan seorang pemain..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Barcelona tawar RM180j pikat Fabregas

Posted: 24 Jun 2011 03:34 PM PDT

Sukan

LONDON: Barcelona sudah membuat penawaran secara rasmi bernilai £27 juta (RM135 juta) untuk mendapatkan Cesc Fabregas.

Presiden Barca, Sandro Rossell membuat tawaran itu kepada ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis tapi tawaran berkenaan daripada juara Eropah itu ditolak.

Kini, difahamkan angka itu akan dinaikkan kepada £30 juta (RM180 juta). Namun, angka berkenaan tidak mungkin cukup buat menarik perhatian pengurus The Gunners, Arsene Wenger untuk menjual ayam tambatan mereka. Dipercayai tawaran £35m (RM175 juta) mungkin memberi ujian serius kepada Arsenal melepaskan Fabregas yang berusia 24 tahun.

Barcelona pula dikhabarkan yakin akhirnya mereka akan membeli bintang skuad Sepanyol itu.

Setahun lalu, gergasi dari Catalan itu gagal dalam tawaran bernilai £29m (RM145) dan £31m (RM155 juta) mendapatkan pemain berkenaan yang masih cenderung untuk kembali ke kelab yang memulakan kerjayanya. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen