Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Yi Ling tawar hati

Posted: 03 Jun 2011 12:54 PM PDT

KETIKA isu antidoping masih belum menemui titik noktah, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sekali lagi mendapat tamparan apabila salah seorang atlet elit badan induk olahraga negara itu, Yee Yi Ling menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan terus sukan itu.

Atlet berusia 27 tahun dari Perak itu menjelaskan dia kini sedang menimbang secara serius untuk bersara selepas kontroversi antidoping yang membabitkan dirinya serta lima lagi atlet olahraga baru-baru ini.


"Saya sebenarnya sudah tawar hati selepas isu ini (antidoping). Ini adalah satu dugaan yang besar dan secara jujurnya saya sedang menimbang untuk bersara terus dari arena olahraga," kata atlet 4x100 meter itu semalam.

Yi Ling bersama-sama lima rakannya sebelum ini menggemparkan negara pada Selasa lalu apabila enggan memberikan memberikan sampel air kencing selepas diminta berbuat demikian di Institut Sukan Negara sebagai salah satu prosedur sebelum terbang ke Bulgaria untuk menyertai latihan dan kejohanan di sana.


Namun dua hari kemudian Yi Ling bersama-sama Siti Fatimah Mohamed dan Siti Zubaidah Adabi mengubah pendirian apabila bersetuju memberikan sampel itu yang kemudiannya didapati negatif daripada menggunakan sebarang bahan terlarang.


Tiga lagi rakannya Nurul Sarah Abd Kadir, Norjannah Hafiszah Kamaruddin dan Mohd Noor Imran A Hadi terus 'lesap' sehingga kini namun Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan ketiga-tiganya kini sudah berada di Bulgaria.

Yi Ling juga salah seorang kuartet 4x100 wanita yang memecahkan rekod kebangsaan berusia 21 tahun ketika beraksi pada satu kejohanan di Poland tahun lalu bergandingan bersama-sama Norjannah Hafiszah, Nurul Sarah dan Siti Zubaidah.


"Selain itu isu antidoping, masalah kecederaan berulang pada kaki kanan saya juga menyebabkan saya menimbang untuk bersara," katanya yang turut tersenarai dalam program elit yang diluluskan KOAM dan Majlis Sukan Negara untuk menghadapi Sukan Sea di Indonesia penghujung tahun ini.

Mengenai keputusan antidoping itu, Yi Ling yang kini menjalani latihan secara bersendirian tanpa pengawasan daripada mana-mana jurulatih berkata ia memang melegakan dirinya sekali gus menunjukkan dia tidak bersalah menggunakan sebarang bahan larangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lubnan lawan sukar

Posted: 03 Jun 2011 12:51 PM PDT

RAHSIA kekuatan skuad Olimpik Lubnan yang dianggap misteri akhirnya terbongkar apabila jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berjaya mengintip aksi pemain lawan itu di Istanbul, Turki baru-baru ini.

Maklumat yang diperoleh pengendali negara itu sudah cukup untuk memberi peringatan kepada anak buahnya bahawa Lubnan bukan calang-calang pasukan yang bakal mereka temui pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 di Beirut 19 Jun ini.


Walaupun Lubnan tewas 3-0 pada aksi persahabatan dengan skuad bawah 23 tahun Turki, Kim Swee tetap menganggap Lubnan masih memiliki kekuatan tersendiri terutama di bahagian serangan yang boleh menjadi duri dalam daging kepada skuad negara.

"Kita tak boleh bandingkan Lubnan dengan Turki yang sememangnya pasukan cukup terkenal di Eropah. Pada saya, walaupun Lubnan tewas, mereka pasukan lebih baik berbanding Pakistan yang kita temui sebelum ini. "Saya cukup kagum dengan aksi tiga pemain penyerang Lubnan dan juga pemain tengah. Dari segi fizikal tidak banyak bezanya, tapi mereka menunjukkan persefahaman, teknik dan corak hantaran pendek yang menarik," katanya.


Menurut Kim Swee, maklumat yang diperoleh itu bakal membantunya untuk menyusun strategi dalam pertemuan pertama di Beirut sebelum beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 23 Jun.


"Sebelum ini saya tidak tahu apa-apa mengenai pasukan Lubnan dan sekurang-kurangnya selepas saya menyaksikan mereka bermain menentang Turki, saya sudah mendapat gambaran sebenar. Ini akan membolehkan saya melakukan persiapan lebih rapi dalam tempoh lebih kurang dua minggu ini.

"Saya akui pertemuan dengan Lubnan bukan mudah tapi tidak mustahil untuk kami mencipta sesuatu," katanya yang memulakan persiapan skuad negara dengan mengadakan perlawanan dengan skuad Olimpik Kemboja di Phnom Penh Selasa depan.


Selepas itu beliau akan memilih 21 daripada 26 pemain untuk menjalani latihan pusat serta perlawanan menentang skuad Olimpik Qatar di Doha pada 13 Jun ini.

Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua kelayakan Olimpik selepas melepasi halangan awal ke atas Pakistan Mac lalu menerusi agregat 2-0.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen