Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Proton gah di New Caledonia

Posted: 19 Jun 2011 10:28 AM PDT

BAGAIKAN ulangan keputusan di Malaysia, Proton meraih tangga pertama dan ketiga pada kejuaraan Rali New Caledonia untuk mencatat kemenangan kedua mereka selepas tiga pusingan Kejuaraan Rali Asia-Pasifik (APRC), semalam.

Merangkul kemenangan kedua musim ini selepas muncul juara pada perlumbaan pembuka tirai musim pada Rali Malaysia April lalu, Chris Atkinson dan jurupandu Stephane Prevot bertindak hebat dengan jentera Satria Neo S2000 menamatkan perlumbaan tiga hari itu di depan pemandu Pertamina Cusco Racing, Rifat Sungkar yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution X.


Ketabahan dan keazaman rakan sepasukan, Alister McRae berbaloi apabila dia menduduki tangga ketiga selepas melepaskan pendahuluan awalnya pada rali itu kerana tayar pancit dan kerosakan driveshaft.

Kemenangan di New Caledonia menyaksikan Proton merampas kejuaraan keseluruhan, tangga teratas di kalangan pencabar APRC dan tangga pertama Piala Pasifik. Proton turut merangkul Trofi Berpasukan APRC pada rali itu.


"Ia keputusan luar biasa buat Proton, seluruh pasukan dan buat Stephane dan saya secara peribadi. Perlumbaan kami tidaklah berakhir tanpa halangan terutama dengan kerosakan driveshaft pada hari kedua tapi kami bertuah kerana mampu jarakkan diri dan kekal pendahuluan," kata Atkinson.


"Daripada segi kuasa, persembahan dan ketahanan, Satria Neo S2000 beraksi bagaikan sebutir permata minggu ini." Dengan mata maksimum dipungut di New Caledonia, Atkison kini merampas tangga teratas kejuaraan pemandu APRC dengan 58 mata, hanya dua mata di depan McRae.

Di tangga ketiga pemandu Team MRF, Gaurav Gill, yang tidak menamatkan perlumbaan di New Caledonia.


McRae turut merampas kedudukan tangga pertama dalam kejuaraan pemandu Piala Asia daripada Gill. Turut melonjak ke tangga pertama dan kedua kejuaraan jurupandu APCR adalah Prevot dan Bill Hayes dengan masing-masing mengutip 58 dan 56 mata.

Proton turut mengukuhkan pendahuluan mereka dalam Trofi Berpasukan APRC dengan 128 mata di depan Team MRF.


Satu lagi bonus buat Proton adalah Karamjit Singh memenangi kategori dua lejang dengan jentera 1600cc Satria Neo sekali gus memantapkan lagi pendahuluannya dalam kejuaraan pemandu dan kejuaraan pengeluar dengan 78 mata. Karamjit menduduki tangga kesembilan keseluruhan pada rali itu.


"Kami amat teruja dengan kemenangan ini. Dua kemenangan dalam tiga pusingan APRC pasti membuktikan Satria Neo S2000 kompetitif. Kami mengalami nasib kurang baik dan isu mekanikal tapi kereta ini terbukti dari semasa ke semasa mampu untuk bersaing dengan kereta yang lebih kuat dan lebih penting memenangi rali," kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.


"Kami banyak menyalurkan usaha ke arah pembangunan daripada segi meraih persembahan hebat dan ketahanan sejak rali terakhir di Australia dan ini nyata berbaloi di sini di New Caledonia," menurutnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haziq, Khairul terpilih ke Itali

Posted: 19 Jun 2011 10:24 AM PDT

PRESTASI cemerlang ketika menyertai kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini menjadi teras pemilihan Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad untuk diberikan kepercayaan bersaing merebut tiket ke Olimpik 2012 pada Kejohanan Dunia di Itali, bulan depan.

Dua pemanah muda negara itu akan bergandingan bersama pemanah berpengalaman, Cheng Chu Sian manakala tiga pemanah yang tersenarai dalam program Road to London 2012 iaitu Izzuddin Abd Rahim, Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz dan Arif Farhan Ibrahim Putra diketepikan.


"Kami membuat keputusan berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan mereka manakala pemanah yang tidak terpilih gagal memberikan aksi diharapkan apabila beraksi di pentas antarabangsa. Ia juga adalah cadangan ketua jurulatih negara, Lee Jae-hyung," kata Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Abdul Hamid Hasan.

Sejak awal tahun ini, Haziq dan Khairul Anuar mempamerkan persembahan membanggakan pada beberapa kejohanan yang disertai termasuk meraih emas di sirkit kedua Grand Prix Asia kedua di Laos.


Malah ketika aksi di Laos itu, gandingan Haziq dan Khairul Anuar bersama Fazli Hisyam Fauzi berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan meraih 228 mata dalam acara berpasukan untuk mengatasi rekod lama, 224 mata yang dilakukan Chu Sian, Wan Mohd Khalmizam dan Mohd Marbawi Sulaiman pada Kejohanan Dunia 2007.


Kejohanan Dunia di Torino itu yang bermula dari 3 hingga 10 Julai ini adalah saingan pertama menawarkan tiket untuk melayakkan diri ke Olimpik 2012 dengan lapan pasukan terbaik dan 22 pemanah teratas layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Sekiranya gagal, barisan pemanah negara masih mempunyai dua peluang untuk meraih tiket itu iaitu sirkit ketiga Piala Dunia di Amerika Syarikat pada Ogos dan Kejohanan Asia di Iran, pertengahan Oktober.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan