Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pelita Jaya minat bintang muda Kelantan

Posted:

Pelita Jaya minat bintang muda Kelantan

Pelita Jaya minat bintang muda Kelantan


Izuan Salahuddin berjaya melepasi penjaga gol Pelita Jaya ketika menjaringkan gol Kelantan pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda Kelantan, Izuan Salahuddin.

Hasrat tersebut dinyatakan Pengurus kelab itu, Lalu Mara selepas menyaksikan kelibat Izuan, yang menjaringkan gol pada aksi persahabatan dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, di sini kelmarin yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Menurut Lalu, dia kagum dengan kepantasan Izuan, pemain yang disenaraikan ke dalam skuad Harimau Muda untuk menjalani latihan ke Slovakia serta aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea

"Pemain itu (Izuan) memiliki kepantasan larian yang begitu baik. Dia memiliki potensi sebagai pemain yang mampu menyerlah pada masa akan datang," katanya.

Izuan merupakan pemain dari skuad Piala Presiden yang diserapkan ke skuad utama Red Warriors mulai pertengahan musim ini.

Pelita Jaya sudah pun mendapat sentuhan pemain kebangsaan, Safee Sali.

Safee tidak diturunkan pada perlawanan kelmarin, yang menyaksikan Red Warriors beraksi tanpa lima pemain tonggak yang bersama skuad kebangsaan.

Kelantan turut mengambil kesempatan daripada perlawanan tersebut dengan menurunkan pemain jemputan dari Crotia, Jocip Bonasin, yang beraksi pada bahagian pertahanan.

Kelantan mendahului Pelita Jaya hasil jaringan Mohd. Izuan pada ke-72, hasil hantaran menarik Mohd. Badri Radzi.

Joko Sasongko menjadikan kedudukan 1-1 menerusi jaringan pada minit akhir perlawanan.

Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu memuji persembahan pemainnya dan yakin pasukannya mampu melangkah lebih jauh sekiranya diberi pendedahan beraksi dengan pasukan luar negara.

"Kita sebenarnya beraksi menentang pasukan yang kuat dan dalam perlawanan ini saya berpeluang menilai sejauh mana keupayaan pemain simpanan sekiranya berlaku situasi buruk terhadap pasukan ini dalam saingan Piala Malaysia nanti," katanya.

Mengenai persembahan Bonacin, Karathu berpuas hati dengan aksi pemain Croatia itu.

"Dia bermain dengan bagus, saiz fizikalnya sesuai selain mempunyai kelebihan kaki kiri. Namun, saya tidak boleh menilai persembahan dia dalam satu perlawanan sahaja. Dia ada kualiti tetapi saya mahu lebih daripada itu," katanya.

Sementara itu, Lalu berkata, perlawanan tersebut membuka lembaran baru dalam hubungan antara kedua-dua pasukan dan berhasrat mengundang Kelantan beraksi di Indonesia.

"Perlawanan ini amat berharga kepada Pelita Jaya kerana kebanyakan pemain yang diturunkan, pemain muda. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di atas pelawaan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Al-Amin dipilih Naib Presiden Konfederasi Badminton Asia

Posted:

Al-Amin dipilih Naib Presiden Konfederasi Badminton Asia

Al-Amin dipilih Naib Presiden Konfederasi Badminton Asia



KUALA LUMPUR – Sehari selepas Zulfadli Zulkifli mencatat sejarah bergelar juara perseorangan remaja Asia, kejayaan gemilang itu diteruskan pula Datuk Dr. Mohamed Al-Amin Abd. Majid yang dipilih sebagai Naib Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC), semalam.

Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Taj, Lucknow, India itu menyaksikan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu muncul tiga calon teratas dalam pemilihan dengan 23 undi bersama-sama Liu Fengyan dari China dan Juniarto Suhandinata (Indonesia).

Tiga lagi calon yang turut memenangi jawatan berkenaan ialah Presiden Persatuan Badminton India, Dr. Akhilesh Das Gupta (22 undi), Jassem Kanso dari Lebanon (21 undi) dan Kim Hak Suk dari Korea (14 undi).

Empat lagi calon pula menarik diri iaitu Junichiro Yamada (Jepun), Peshtiwan Najeed Nadir (Iraq), Kholoud Bitar (Syria) dan Prof Ranjit de Silva (Sri Lanka) manakala Syed Naqi Mohsin (Pakistan) dibatalkan kerana persatuannya digantung BWF.

Sebelum pemilihan, mesyuarat itu turut sebulat suara untuk menyingkirkan V.K. Verma sebagai wakil benua Asia dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di samping jawatannya sebagai Setiausaha Agung BAC.

Jawatan itu kini kosong dan jawatankuasa eksekutif (exco) baru BAC akan menentukan proses pengisiannya sama ada menerusi satu mesyuarat agung luar biasa atau menanti satu mesyuarat BWF, Mei tahun depan.

Jawatan Presiden BAC pula dimenangi Katsuto Momli tanpa bertanding setelah Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh yang juga Presiden BAM menarik diri manakala Setiausaha Kehormat menjadi milik Surasak Songvarakulpan dari Thailand, juga tanpa ditandingi.

Sementara itu Zulfadli, pemain pertama Malaysia yang muncul juara remaja Asia sejak 1997, akan mengetuai kepulangan skuad negara dari Delhi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pagi ini.

Kelmarin, dia menewaskan pemain India, Verma Sameer 21-15, 21-17 dalam tempoh 37 minit perlawanan akhir sementara pasangan Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan muncul naib juara beregu perempuan.

Malaysia juga bergelar naib juara acara berpasukan Kejohanan Remaja Asia BAC.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen