Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misi balas dendam

Posted: 05 Aug 2011 03:25 PM PDT

Sukan

Rooney anggap jumpa City aksi buka tirai EPL jadi motivasi unggul

LONDON: Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney percaya pertembungan derby Perisai Komuniti, esok menentang Manchester City memberi peluang buat Red Devils membuktikan kemampuan mereka untuk mengekalkan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

"Kamu tidak akan dapat dorongan motivasi yang lebih baik untuk memulakan musim ini dengan 'letupan'," kata Rooney. "Ia adalah cara yang hebat untuk memulakan latihan pra-musim, mengetahui pada akhir kerja keras nanti, sebelum kempen bermula, ada perlawanan derby Manchester.

"Bertemu City dalam Perisai Komuniti adalah perkara yang baik untuk bermula. Saya tidak pernah berfikir mengenainya sehingga saya membuka televisyen malam sebelum itu dan seseorang mengatakan ia berpotensi untuk menjadi perlawanan Perisai Komuniti paling baik." Pertembungan di Wembley juga bagaikan ulangan perlawanan separuh akhir Piala FA musim lalu yang menghadiahkan kemenangan buat City menerusi jaringan tunggal Yaya Toure yang menjadi penanda aras buat skuad bimbingan Roberto Mancini untuk menamatkan ketandusan trofi sejak 35 tahun lalu sebelum menundukkan Stoke di final.

Mancini dan pemainnya kini mempunyai sasaran baru untuk merampas takhta yang dipegang United dan kedua-dua pasukan pasti bersemangat untuk melancarkan serangan psikologi di Wembley.

Rooney mengakui City yang menamatkan saingan EPL musim lalu dengan catatan sama dimiliki Chelsea tampak lebih berbahaya dengan beberapa kemasukan baru seperti penyerang Sergio Aguero dan pertahanan Gael Clichy dalam skuad itu, musim panas ini.

"Nama-nama yang mereka dapatkan memang besar namun kami tidak boleh menumpukan kepada mereka. Kami perlu fokus dengan kerja kami.
"Apabila kamu berada dalam kelab seperti United, kamu pasti tahu apa pentingnya gol. Kami mahu menjuarai liga, Liga Juara-Juara dan kedua-dua piala. Ia mudah.

"Secara jelas, kadang kala kamu akan jatuh seketika namun di United, kamu perlu terus berjuang. Namun dengan berkata demikian, kamu juga tahu City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan mungkin Spurs pasti akan berjuang bermati-matian dengan sasaran yang sama. Apa yang boleh kami lakukan ialah terus meningkat dan cuba untuk mengekalkannya." – Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

onn

Man City yg dibarisi dgn pmain2 hebat sperti Dzeko, David Silva dn trbaru Kun Aguero mmpu mngugat brisan pertahanan Man United tetapi skuad the red devils tidak akn myerah mudah kpd Man City dgn pmain2 bru sperti Phil Jones, De Gea dn Ashley Young yg brsedia untuk mmberikn prestasi yg cemerlang bg mrangkul piala prtama mreka brsama the red devils. Kputusan prlawanan: MU 1-2 MC.

Guane Gamok Mung

City akan menjuarai Liga Perdana Inggeris Tahun Depan.... Harap Malaysia dapat jemput pulak Man City Lawan Pasukan Kite... he he he he

AguerO

MC pasti mng,blah laa mu,setan naik unta..

Max Well

M.City akn menang.........

sujierijal

man city 3-0 man utd

daniasour

kalah menang man utd kpda man city esok,takkn menggugat man utd sebagai kelab paling berjaya dalam lpi..rasanya x adil la bandingkan man city dengan man utd jika dilihat pada rekod trofi yg man utd perolehi.man utd hanya blh dibaningkan dengan kelab yang berjaya spti liverpool,arsenal dan chelsea.man city adalah kelab yg kecil cuma pemiliknya yg kaya raya.kalau sesiapa nak kata man city sebagai kelab yg besar,mereka kena menang lpi sebnyak 20..bru bolah sama dgn man utd..kalau mcm tu kena tunggu 20 tahun lagi la itupun kalau mrka blh meng semua dalam 20 tahun tuuu...

Stefan Savic

MU mgkin sbuah pasukan yg hbt. khebatan mreka mmg tdk dpt dsangkal lg dgn kjayaan2 sbelum ini. tetapi manchester city jga mmpu untuk bersaing bg mndaptkan trofi ke-3 mereka tahun ini. dgn kmasukan beberapa muka bru sperti stefan savic, gael clichy, dan sergio aguero tdk mustahil man city akn mng bertemu mu.. MC 3-1 MU

aliff afellay

Man City yg dibarisi dgn pmain2 hebat sperti Dzeko, David Silva dn trbaru Kun Aguero mmpu mngugat brisan pertahanan Man United tetapi skuad the red devils tidak akn myerah mudah kpd Man City dgn pmain2 bru sperti Phil Jones, De Gea dn Ashley Young yg brsedia untuk mmberikn prestasi yg cemerlang bg mrangkul piala prtama mreka brsama the red devils. Kputusan prlawanan: MU 2-1 MC..

Bj.Alexandris mabaris

mU pasti menang.go..go..go


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tuah cabutan buat Kelantan, Selangor

Posted: 05 Aug 2011 03:18 PM PDT

Sukan

Cabaran getir tunggu Hijau Kuning dalam Kumpulan A

JUARA bertahan, Kelantan sudah terbayang satu lagi impian besar – mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas melihat tuah undian memihak mereka, semalam.

Dalam majlis undian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Stadium Nasional, Bukit Jalil The Red Warriors diletakkan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan Johor FC, Felda United FC dan Sarawak – senario yang memberi gambaran peluang anak didik Datuk M Karathu tampak cerah untuk muncul juara kumpulan berkenaan.

Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor juga dilihat tidak menghadapi sebarang masalah mara ke saingan suku akhir apabila diletakkan satu kumpulan bersama Terengganu T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Kumpulan D. Apa pun, detik sama tidak dirasai bekas juara, Kedah yang diundi dalam Kumpulan A dengan lawan seimbang iaitu Perak, Sabah dan Johor.

Kelantan – jika menepati reputasi dan layak, halangan dalam kelompok lapan terakhir nanti mungkin membabitkan pertembungan dengan juara Piala FA yang baru, Terengganu atau pun Negeri Sembilan.

Andai The Red Warriors bertemu Negeri Sembilan di peringkat suku akhir, peminat sukan tanah air bakal kembali menyaksikan perlawanan ulangan Piala Malaysia, tahun lalu dan jika berlaku di sebaliknya, Kelantan bakal berentap pasukan tetangga dari Pantai Timur, Terengganu.

Terengganu yang diundi dalam Kumpulan B akan menentang Negeri Sembilan, Selangor PKNS dan Kuala Lumpur Sime Darby FC.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan