Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kudrat muda

Posted: 20 Aug 2011 04:05 PM PDT

Sukan

Ferguson yakin United tambah gelaran; Aguero prospek City

ALEX Ferguson yakin barisan muda miliknya mampu menggalas tekanan lebihan pada musim ini membantu Manchester United memenangi gelaran liga ke-20 dan dia percaya ciri-ciri itu akan dijelmakan mereka menentang Tottenham Hotspur, esok (awal pagi Selasa).

Pengurus Red Devils itu yakin David de Gea, Phil Jones, Chris Smalling, kembar Da Silva, Jonny Evans, Danny Welbeck dan Tom Cleverley yang purata berusia 20 tahun ada ramuan mencipta gemilang buat kelab.

"United yang bakal menentang Spurs, esok pasti membariskan pemain pertahanan muda. Tanggungjawab itu itu akan digalas oleh Jones, Evans, Smalling dan De Gea. "Mereka tidak ada pengalaman seperti Ferdinand, Vidic atau Van der Sar, tapi mereka ada potensi dan keberanian turun bermain," kata Fergie.

Dalam satu lagi perlawanan, pasukan tetangga, Manchester City pimpinan Roberto Mancini akan menentang Bolton di tempat lawan berbekal kelibat Sergio Aguero (kanan) yang dinilai prospek besar membantu mengejar mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris, musim ini. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Norhafiz azam julang NS

Posted: 20 Aug 2011 04:03 PM PDT

Sukan

PERTAHANAN kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah mahu memastikan Negeri Sembilan tidak tercicir untuk memiliki Piala Malaysia musim ini selepas tiga piala yang menjadi rebutan sebelum ini terlepas termasuk kegagalan mereka mempertahankan mahkota Piala FA.

Pemain berpengalaman berusia 30 tahun itu berharap rakan sepasukan dapat memberi kerjasama dan komitmen penuh berjuang menjulang nama pasukan dengan memiliki kejuaraan Piala Malaysia yang menjadi satu-satu trofi yang tinggal bagi musim ini.

Katanya, prestasi dan pencapaian dalam saingan Liga Super yang kurang memberangsangkan bukan suatu halangan untuk Negeri Sembilan bangkit mencipta kejutan dan merampas kembali kejuaraan piala berprestij itu daripada Kelantan. "Saingan Piala Malaysia amat berbeza dengan Liga Super dan setiap pasukan yang bertanding mempunyai peluang sama rata untuk mencapai kejayaan dan begitu juga bagi kami untuk sudah berazam untuk bangkit selepas gagal pada musim lalu apabila dikecewakan Kelantan." katanya semalam.

Norhafiz yang kini sudah pulih dari kecederaan, yakin Negeri Sembilan mampu bangkit untuk mempamerkan persembahan lebih mantap dan bergaya sebaik tirai saingan bermula 6 September ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan