Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Letak jawatan!

Posted: 29 Aug 2011 02:02 PM PDT

Sukan

Arsene Wenger

Arsene Wenger

Wenger enggan berundur, mahu beli pemain baru

ARSENE Wenger enggan letak jawatan di sebalik menderita menyaksikan Arsenal diaibkan Manchester United, kelmarin.

"Tidak. Sudah pasti ia menyakitkan hati. Ia amat memalukan," kata pengurus The Gunners itu. Sebaliknya, Wenger mahu berbelanja dan membeli pemain baru menguatkan pasukan memburu kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris selepas tiga perlawanan.

Nasib yang melanda pengendali berbangsa Perancis itu turut menerima simpati beberapa pengurus tersohor, termasuk Sir Alex Ferguson (United) dan Pep Guardioala (Barcelona) yang menganggap rakan sejawatan itu sudah banyak berkorban untuk bola sepak dan Arsenal.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut.


Kelantan enggan dabik dada

Posted: 29 Aug 2011 01:58 PM PDT

Sukan

  PEMAIN Kelantan  giat berlatih  pada sebelah malam pada bulan Ramadan sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia.

PEMAIN Kelantan giat berlatih pada sebelah malam pada bulan Ramadan sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia.

Skuad Karathu enggan pandang mudah lawan peringkat kumpulan

WALAUPUN dilabel pilihan untuk menjuarai peringkat kumpulan, Kelantan enggan memandang mudah lawan tapi ketika sama sudah wujud satu keyakinan betapa Piala Malaysia mampu dipertahankan, musim ini.

Kejayaan menjuarai Liga Super turut menyemarakkan semangat barisan didik M Karathu untuk membuktikan nilai mereka apabila membuka tirai perlawanan pada 6 September ini membabitkan Johor FC, Kuala Lumpur Felda United FC dan Sarawak dalam Kumpulan C. "Saya tidak mahu anak buah saya anggap cabaran mereka mudah. Jika dilihat dalam pertembungan Kelantan dan Johor FC sebelum ini, kita hanya mampu menang dengan perbezaan jaringan kecil.

"Dalam saingan musim ini, saya melihat tiga pasukan pilihan lain, Terengganu, Selangor dan Kedah pasukan yang hebat dan mampu menghancurkan impian Kelantan," kata Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993.

Apa yang membuat pengendali The Red Warriors bertambah gembira adalah ayam tambatan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sudah pulih daripada kecederaan dan tambahan dua lagi 'penyerang import' dari Pahang - Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran turut menunjukkan bisa masing-masing.

"Penyudahan kami belum cukup bagus, mungkin ini disebabkan kecergasan. Tapi Azammuddin seorang penyerang hebat dan sudah dapat bergandingan baik bersama Mat Yo dan Piya (Mohd Badhri RadhziPiya). Semuanya bergerak baik ketika ini," katanya.
INFO: Fokus - Kelantan

  • Pengurus Pasukan : Azman Ibrahim
  • Ketua jurulatih : Datuk M Karathu
  • Penolong jurulatih: Mohd Sideek A Samsudin

    PENCAPAIAN

  • Piala Malaysia
    2010 - Juara
    1955, 1970, 2009 - naib juara
  • Liga Super
    2011 - Juara
    2010 - Naib juara
  • JADUAL

    6 September
    Sarawak mln Kelantan

    10 September
    Kelantan mln Johor FC

    14 September
    Felda United mln Kelantan

    18 September
    Kelantan mln Sarawak

    24 September
    Johor FC mlm Kelantan

    27 September
    Kelantan mlm Felda United


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan