Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Awas Jepun!

Posted: 20 Sep 2011 05:05 PM PDT

"KAMI lebih arif dengan kekuatan Jepun siapa lawan kali ini dan kami sudah bersedia berdepan Jepun."

Itu kenyataan ringkas bernada cukup yakin daripada mulut kapten dan penjaga gol skuad Olimpik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan penting perlawanan pertama Kumpulan C kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Wilayah Saga, Pulau Kyushu, jam 7 malam ini (8 waktu tempatan).

"Kini saya dan rakan-rakan lebih bersemangat dan yakin kerana sudah mendapat sedikit gambaran maklumat daripada jurulatih (Ong Kim Swee). Malah kami juga berpeluang melihat rakaman perlawanan mereka (Jepun) dengan Kuwait pada pusingan kedua lalu.

"Apa yang boleh saya katakan ialah mereka pasukan yang pantas, banyak menggunakan pemain sayap dan cukup agresif dan saya jangkakan mereka akan kekal bermain seperti itu esok (malam ini).

"Tetapi berkat latihan dan persiapan lebih rapi menghadapi kempen peringkat kumpulan ini, saya yakin kami mampu memberi tentangan. Bukan mustahil jika kami mampu pulang dengan satu mata," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Apek.

Khairul Fahmi dijangka memikul tugas berat menggerakkan benteng pertahanan di depannya untuk menafikan sebarang jaringan daripada skuad Samurai Biru.
Mengulas saingan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada skuad Samurai Biru di Sukan Asia Guangzhou 2010 ketika itu, Apek menjelaskan pemain negara kurang mengenali pemain skuad emas bimbingan jurulatih Takashi Sekizuka ketika itu.

Malah kecederaan yang dialami beberapa tonggak penting dalam perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan juga menyumbang kepada permainan secara bertahan ketika itu.

Menurut penjaga gol Kelantan dalam Liga Super itu, pemain Harimau Muda kini lebih berkeyakinan beraksi di pentas penting ini terutama selepas mendapat banyak pendedahan berguna berdepan lawan lebih fizikal menentang kelab Liga Corgon di Slovakia.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

syukrani

malaysia 0-0 jepun

Mohd Nasrul bin Ab Ghani

Ambil pengajaran kelekaan barisan pertahanan yang kerap diperkatakan sedikit masa dahulu.Buktikan barisan pemain Bola sepak Malaysia ketika ini antara yang terbaik pernah dihasilkan untuk mengubati kekecewaan peminat sewaktu kegagalan skuad Harimau Malaya kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia yang lalu.

muazdesign

japan 1 - malaysia 2 "percayalah"

anz2411

mudah-mudahan malaysia menang dan tunjukan aksi yang terbaekkk... tapi kalau kalah jangan lak bagi seribu alasan yang malaysia tak cukup pendedahan. kalau nak kalah pun biar lah dengan bermaruah. rasanye dengan pendedahan yang selama ini yang telah diberikan cukup untuk malaysia layak ke sukan olimpik kelak.

ss

semarakkan malaysia boleh, harimau muda makin gah. Doa rakyat malaysia mengiringi wira-wira negara

Amad Bari

jangan sama kan skuad kita dgn samurai biru,mereka adalah salah satu pasukan yg terhebat di asia,memang bunyi seperti mustahil kita boleh menang,tetapi apa yg diperlukan dari minit pertama adalah mutu permainan,mentality,team moral mesti kuat.tunjukkan dan buktikan di atas padang yg skuad malaysia betul2 dah bersiap sedia,jgn la pulak ketinggalan 2-0,dah lembik.ok tanak banyak cakap,harimau malaya boleh!

zanis

talk less work hard

Mohd Nasrul bin Ab Ghani

Ambil pengajaran kelekaan barisan pertahanan yang kerap diperkatakan sedikit masa dahulu.Buktikan barisan pemain Bola sepak Malaysia ketika ini antara yang terbaik pernah dihasilkan untuk mengubati kekecewaan peminat sewaktu kegagalan skuad Harimau Malaya kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia yang lalu.

man

kalah atau menang itu no. dua tapi mutu permainan yang paling penting

erwanshaherwan

Malaysia Boleh..

su

jangan konfiden sangat nanti hampa mcm lawan singapore.. angin je kuat tapi buah tak jatuh-jatuh.. juga.. kalo boleh mesti menang la..

tuan kuta

pasukan kita semakin mantap dan harap pemain dapat menyempurnakan setiap ruang dan peluang yang ada..harap strategi jurulatih tepat dan menjadi malam ni..M'sia Boleh

iqbal salehuddin

Jangan cakap je berapi,kena buktikan...Jepun bukan calang-calang pasukan,mereka juara bolasepak asia dan mampu beraksi baik dipentas dunia,harap pasukan malaysia beraksi baik dan bersemangat tinggi walaupun sukar untuk menang.

achik akmal

terbaik la malaysia....gunakan pengalaman anda semua apabila menentang jepun hari ini..kami rkyat malaysia sokong dari belakang..

bob

malaysiaa boleeeehhh!!!.....mnang 1-0 pn jdy lh..

Shahir Karkun

malaysia b0leh!
insyaallah... -;)

FREDO

M'sia tdk bleh menang.. Tetapi, kalau kalah pun, setakat 2-1 atau 3-1, kira ok la....

shukry bin yusof

Malaysia perlu bermain dengan yakin tanpa menghiraukan reputasi Jepun dan 20 minit bakal menjadi penentu pemenang..ayuh squad harimau..pulang tanpa mencicirkan mata..

ojai

Malaysia 3 - 1 Jepun

Syarmz

Kami doakan Malaysia berjaya peroleh kemenangan malam ini.

ha yaacob

mlaysia 2-jepun 0..malaysia boleh

mohd syahmi hafizan

mlaysia 2-jepun 0

Danny

Harap2 boleh menang dan kalau kalahpun jaringan x besar. Kita kena tunjukkan dan bangkit dari zaman kesuraman lampau.

M Ridzman

Semoga Malaysia memberi tentangan yang sengit dan bermain dengan bermaruah lagi bersemangat. Malaysia boleh!

jonah yunz

msia 0 jepun 2

Maniam sambung misi Devan

Posted: 20 Sep 2011 04:58 PM PDT

Sukan

K Devan

K Devan

BEKAS pemain negara, P Maniam dilantik jurulatih baru Selangor berkuatkuasa, semalam menggantikan K Devan yang meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Gergasi Merah itu yang sampai ke kemuncaknya selepas tewas 1-2 kepada T-Team, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan 'persetujuan bersama' dicapai dengan Devan supaya khidmatnya berakhir semalam meskipun kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 30 November ini.

"Saya bagi pihak FAS merakamkan terima kasih kepada Devan kerana membimbing Selangor menjuarai banyak gelaran pada 2009 dan 2010. Cuma tahun ini bukan rezeki beliau. Saya minta pemain beri sokongan kepada Maniam," katanya. Maniam, 43, yang menggalas tugas penolong jurulatih Selangor sejak Devan diambil FAS pada 2009, sebelum ini pernah membimbing Selangor menjuarai Piala Belia 2006 dan Piala Presiden 2008 serta pingat perak Sukma 2010.

"Lain jurulatih, lain corak taktikalnya. Sudah tentu saya akan buat sedikit perubahan taktikal bagi baki dua perlawanan menentang Polis (Sabtu ini) dan Kuala Lumpur (Selasa depan)," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan