Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Fahmi penyelamat

Posted:

Fahmi penyelamat

Fahmi penyelamat

PEMAIN negara, Mahali Jasuli (kiri) bekerja keras untuk menyekat kemaraan pemain Jepun, Kazuya Yamamura pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Fukuoka semalam


SKUAD bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam.

Terima kasih kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua.

Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi 'lauk' kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.

Hanya dua gol gagal dihalang Fahmi iaitu menerusi Keigo Higashi pada minit ke-11 dan Ryohei Yamazaki pada minit ke-77. Itu pun selepas Jepun mengasak bertali arus.

Ternyata skuad negara bukan lawan setanding untuk Jepun yang jelas memiliki kelebihan dalam segala segi baik kawalan bola, kawalan dan gaya permainan, ketenangan, skil, teknik serta taktik.

Seawal minit kedua lagi Fahmi sudah diuji apabila berjaya menghalang bola satu-dua pemain Jepun di depan gawang sebagai tanda amaran betapa deretan percubaan bahaya bakal terus menyusul selepas itu.

Ia ternyata benar apabila satu demi satu penyerang Jepun membolosi kubu negara menerusi gerakan-gerakan kemas dan menarik dari setiap penjuru.

Kegagalan pemain negara mengawal permainan dengan kemas dan memegang bola dengan yakin menjadi faktor kenapa tiada langsung percubaan bahaya berjaya diilhamkan anak-anak buah Ong Kim Swee sepanjang permainan.

Hanya di babak kedua, satu-satunya percubaan yang berjaya dicipta menerusi Thamil Arasu pada minit ke-63 tetapi belum sempat dapat meledakkan sepakan dari dalam kotak penalti, ia mudah dipatahkan pertahanan Jepun.

Dalam pada itu pujian juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan skuad negara kerana ampuh bertahan ketika berkampung di kubu sendiri.

Safee serasi bersama Cardiff

Posted:

Safee serasi bersama Cardiff

Safee serasi bersama Cardiff

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


SAFEE kini semakin serasi dengan gaya permainan bola sepak England yang terkenal dengan corak serangan pantas.


BIAR pun baharu seminggu bersama Cardiff City, Mohd. Safee Sali kini semakin serasi dengan gaya permainan bola sepak England yang terkenal dengan corak serangan pantas.

Penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya itu telah menjaringkan lebih lima gol sepanjang sesi latihan bersama Cardiff.

Malah, penyerang prolifik negara itu antara penyerang kegemaran bagi pengurus Cardiff, Malky Mackay yang dilihat semakin stabil bersama Bluebirds apabila mempamerkan semangat dan disiplin yang tinggi.

Pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, Safee kini beraksi dengan lebih tenang dan sentiasa memperbaiki mutu permainannya sepanjang sesi latihan bersama kelab dari England itu.

"Gaya permainan yang ada pada Safee antara faktor jelas mengapa pengurus Cardiff selesa menjadikannya pilihan utama sepanjang sesi latihan.

"Dia (Safee) yang kini beraksi dengan lebih tenang dan konsisten, pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang sesi latihan demi memikat pengurus (Mackay).

"Nyata, pihak pengurus Cardiff berpuas hati dengan prestasi Safee bersama pasukan yang dikenali Bluebirds yang dilihat semakin positif," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurutnya, nasib Safee yang hanya mempunyai baki seminggu lagi untuk menjalani latihan di England bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.

"Sama ada keputusan itu akan diumumkan sebelum Safee pulang ke Malaysia pada 28 September ini atau selepas beraksi bersama Pelita Jaya, semuanya bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.

"Sekiranya Cardiff berminat untuk mendapatkan khidmat Safee, mereka akan berunding dengan Pelita Jaya bagi melengkapkan perpindahan sensasi ini," katanya.

Jelas Zakaria, meskipun Safee gagal di England, ia tidak bermakna perjuangan bekas pemain Selangor itu berakhir malah dengan pengalaman berharga ini, mutu permainan Safee pasti menyumbangkan sesuatu kepada negara kelak.

"Berjaya atau tidak, Safee telah pun mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersama Cardiff. Apa pun, saya berharap semua masyarakat di Malaysia mendoakan kejayaan Safee untuk bergelar pemain pertama negara beraksi di pentas Eropah.

Pelayar mula menagih simpati penaja

Posted:

Pelayar mula menagih simpati penaja

Pelayar mula menagih simpati penaja

KEJUARAAN Piala Monsun semakin hampir dan barisan pelayar negara kini memulakan langkah untuk menagih simpati penaja.

Jeremy Koo, juara bertahan Malaysian Match Racing Championship (MMRC) juga kini sedang bertungkus lumus mencari penaja bagi persediaan menghadapi pertandingan tersebut.

Antara 1,500 pengemudi yang berdaftar melalui laman web International Sailing Federation (ISAF), hanya 200 pelayar sahaja yang berkemungkinan mendapat sokongan dan penajaan.

Daripada jumlah tersebut, hanya 20 pelayar terbaik sahaja akan berjaya mendapatkan penajaan dan memberi pulangan nilai kepada penaja mereka.

Penasihat Pertandingan Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour (gambar) menyedari betapa pentingnya menarik minat pihak penaja.

Dengan pengalaman lebih 25 tahun di dalam arena sukan layar, beliau telah terlibat sebagai pesaing pertandingan, pengurus pasukan, konsultan dan penganjur acara.

Beliau juga merupakan Duta jenama Yanmar, iaitu penaja pasukannya, YANMAR Racing.

"Tajaan adalah sesuatu yang saling berhubungkait dengan sesebuah organisasi. Contohnya, sebuah perbadanan dari negeri Johor akan lebih cenderung untuk menaja pasukan dari negerinya sendiri kerana semangat kenegerian atau peluang untuk meluaskan pasarannya. Penaja juga menitikberatkan pulangan dari penajaan mereka, sama ada pasukan tersebut mampu beraksi dengan cemerlang, menghasilkan nilai media yang tinggi dan juga mampu mewakili organisasi tersebut di dalam dan luar negeri," katanya.

Pakar match racing ini menambah: "Untuk mencapai semua ini, sesebuah pasukan harus menjadi pasukan yang mantap dan lebih konsisten. Ini dapat dicapai dengan mengekalkan ahli-ahli pasukan, komitmen yang mendalam terhadap sukan ini serta membuktikan peningkatan prestasi masing-masing.

"Penajaan sukan merupakan salah satu pelaburan paling bernilai bagi sesebuah organisasi di mana apabila sesebuah jenama dikaitkan dengan aktiviti yang sihat, positif dan mencabar, maka kesedaran terhadap jenama tersebut akan meningkat dan minat terhadap produk dan perkhidmatan syarikat tersebut juga akan turut meningkat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan