Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Penangan Samurai

Posted: 21 Sep 2011 04:22 PM PDT

TEMPIAS 'taufan Roke' di Fukuoka, malam tadi seperti menceritakan betapa barisan Harimau Muda karam di Stadium Tosu ketika terpaksa akur kepada keperkasaan Jepun yang turun selaku kuasa bola sepak Asia untuk merakamkan kemenangan 2-0.

Jelas perlawanan pembuka tirai Kumpulan C, saingan kelayakan Olimpik di Wilayah Saga, Kyushu, malam tadi menjadi dominasi anak didik Takashi Sekizuka yang menguasai penuh saingan 90 minit di bawah cuaca sejuk - sekali gus menuai tiga mata berharga dalam kumpulan yang turut membabitkan Syria dan Bahrain.

Realiti yang terpancar selepas wisel penamat dibunyikan pengadil Abdullah Balideh dari Qatar adalah anak didik Ong Kim Swee harus banyak belajar andai mahu memastikan sasaran tangga kedua kumpulan untuk beraksi dalam play-off, andai ia menjadi kenyataan kelak.

Tuan rumah bergelar Samurai Muda yang berhak menang atas persembahan padu di hadapan 22,504 penyokong mereka mengesahkan mata penuh menerusi ledakan Keigo Higashi pada minit ke-10 dan Yamazaki Ryohei (m-75).

Sebaik pengadil meniup wisel, Jepun mendominasi setiap saingan dengan pemain Harimau Muda sekadar mengejar bola manakala kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menjadi individu paling sibuk di depan gawang.

Selepas empat kali penjaga gol negara Khairul Fahmi diuji, asakan Jepun membuahkan gol pertama ketika permainan hanya berusia 10 minit. Higashi yang tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti, meledakkan rembatan leret ke sebelah kanan untuk menggamatkan suasana stadium.
Tertekan tanpa dapat membolosi benteng Jepun, penyerang Izzaq Faris Ramlan sebaliknya dilayangkan kad kuning pada minit ke-28 kerana mengasari Kazuya Yamamura dan situasi bertambah buruk apabila penyerang, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-40 untuk digantikan dengan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria.

Ada sedikit perubahan ditampilkan anak buah Kim Swee sebaik bersambung babak kedua apabila Wan Zaharul Nizam beberapa kali dapat melepasi benteng sebelah kiri Jepun tetapi tiada hantaran yang sampai kepada rakan di depan manakala dua rembatan jarak jauh Abdul Shukur dan Mohamad Fandi Othman tersasar jauh.

Namun, gawang negara bolos kali kedua pada minit ke-76 apabila Yamazaki mudah menolak masuk selepas Nagai melintangkan bola di depan gawang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Frust

Kepada peminat bola sepak malaysia dan amnya kepada yang teringin jadi pemain bola sepak malaysia, sya rasa sudah tiba masanya dan sepatutnya sudah lama perlu di sedari bahawasanya pemain2 malaysia kebanyakanya terlalu kekurangan skil bermain bola dan stamina yang jauh kebelakang... oleh yg demikian sesuatu perlu dibuat kalau nak bermain di persada antarabangsa.... betul ke hanya mcm je pemain bola sepak yang ada di seluruh malaysia??? renung la......

bushen

takpe....yg penting tidak di bolosi bnyak kali..all the best khairul fahmi che mat..

Shuhaimi Abdul Latif

Sejak sukan SEA 2009, skuad Malaysia sudah ada KEBERANIAN dan KEYAKINAN, tetapi masih kurang KREATIVITI untuk mengolah permainan. KEYAKINAN melawan telah sekian lama ada, tetapi KEYAKINAN perlu ada bersama KETENANGAN terutama ketika pengawalan bola. Jurulatih perlu terus mencari atau mengilap bakat sebaik Safee Sali atau membentuk pasangan penyerang yang serasi yang dapat mengkucar-kacirkan pertahanan lawan seterusnya menjaringkan gol, sebagaimana gandingan Hassan Sani-James Wong, Hasamuddin Hassan-Chen Wu Ho, Wayne Rooney-Ashley Young, dan sebagainya. Mengulas perlawanan semalam, pemain penyerang seperti tidak berfungsi terutamanya Izzaq Faris yang hanya berlari, mengejar, menyentuh bola, dan menghilangkan bola. Walau bagaimanapun tahniah atas semangat melawan yang ditunjukkan terutamanya perubahan yang berlaku diseparuh masa kedua.

Black Camaro

Malaysia perlu lebih keyakinan. Apek ..TERBAIK

ghost

malaysia perlu mencari barisan penyerang yang mantap lagi. apa-apa pun tahniah buat apek.

bulz

malaysia bermain smlam mg teruk..pemain takut-takut..bawa bola terlalu lama tidak mcm jepun byk hantaran tepat laju dan teratur...cuba lagi malaysia..

Mzz Ariff

Terkilan tgk cara permainan pasukan Malaysia. Penyerang gan midfield tkde. 10 pemain sume jadi defence je. Itu pun bolos jugak. Apa pun tahniah buat apek. Tanpa apek mgkn Jepun dpt lebih byk gol. Jadi untuk game ke 2 nanti kena berhati2 sbb syria juga 1 pasukan yg bagus.

samurai junior

Menyedihkan!pemain2 Malaysia diperbudak-budakkan.Sebenarnya tak salah untuk belajar,ya kita memang dalam proses belajar dan mutu permainan bola sepak kita sudah banyak kemajuan selepas Piala AFF beberapa tahun lepas namun kita kekurangan dari segi semangat. Ambilah sedikit semangat Samurai yg ada pada pihak lawan.Dulu pun, mereka seperti kita tapi setelah mengalami proses pembelajaran,lihatlah mereka di tahap mana sekarang.Kita juga mampu seperti mereka tapi biarlah dalam diri tu ada semangat,sifat untuk melawan,yakin diri.Mainlah bermati-matian,wpun kalah,kita kalah dengan bermaruah!Apa2pun beberapa org pemain kita mempunyai nilai2 pejuang yg tinggi dan layak utk beraksi di pentas dunia.Teruskan perjuangan kalian!

Ramesh

Skuad Olympic kan bole guna khidmat 3 pemain melebihi umur 23 tahun, apasal tak guna khidmat Safee Sali !!!

iqbal

Kita kena ukur baju sendiri,jangan asyik cakap berapi je kat belakang,kalah dengan jepun masih boleh diterima akal,kita sedar siapa kita...tapi kalah tu biarlah melawan,jurulatih dan pemain mesti bersikap positif,mental dan fizikal mesti diperkuatkan lagi,keyakinan mesti selalu tahap tertinggi.

mie putrajaya

Hanya itu sajakah hasil yang dapat dikutip dari Slovakia selama lebih sebulan. Pasukan kita dijadikan ayam, terkejar sana kejar sini, main bola lambung tinggi. Gol keeper Jepun boleh makan kuaci, relax sangat. Gol keeper Malaysia kerja keras. Tak tau nak cakap apa lagi.

anak malaysia

lihat gaya pemain malaysia hanya apek sahaja yang layak bermain perigkat dunia, yang lain takut, kelam kabut, tak yakin. pemain jepun masih boleh senyum bermain lawan malaysia. pemain malaysia nampak sangat tertekan.macamana nak menang kalau main stress jer....jangankan piala dunia peringkat kelayakan asia pun payah. apa pun cuba lagi MALAYSIA BOLEH!!!!

muhd amir

Bagai langit dengan bumi...permainan malaysia teruk,hanya mampu kejar bola jer.pegang bola takut2,hantaran teruk,bola tak sampai,pemain xde keyakinan dan takde permainan langsung. nasib baiklah golkeeper world class..sudahlah,jangan berangan mat jenin.tingkatkan lagi usaha,masih jauh lagi jangkauan utk jadi THE BEST TEAM IN ASIA apatah lagi dunia.belum main lagi dah pukul canang sana sini konon bagus tapi hakikatnya bila main,hancuss....harap ada perubahan masa game akan datang,coch Ong tolong buat sesuatu dan tolonglah jangan malukan rakyat malaysia lagi.malaysia boleh!!

kimiechepeng

Tahniah buat pasukan Malaysia walaupun kecundang di tangan Pasukan Jepun. Malaysia mesti cari penyerang yang betul2 mantap. Penyerang yang sedia ada betul2 tak mampu, belum sampai ke tahap untuk memasuki perlawanan antarabangsa.

Luqman

Malu tengok bola sepak kita lawan jepun, ceita-cerita buka main hebat, hingga tak sabar nak tengok, tapi apa jadi? Malu saya nak cakap, macam tak reti main bola. Kalau ada pun pujian wajar pada penjaga gawang saja yang lain macam apa? tak tahu nak cakap, pujian lagi kah yang kita nak bagi. Saya fikir pemainan semalam macam pemanas badan jepun saja, tak ada yang menarik, yang menolak banyak. Betul kata jurulatih harimau, kita boleh belajar dari permainan itu, tapi asyik belajar saja bila pandainya, belajar dah banyak tapi tak pandai-pandai juga. Bagi saya bukan tak pandai, bukan juga tiada pengalaman. Tapi pemain kita terlalu memandang tinggi pihak lawan, semangat kurang, takut-takut bila main, ego tiada, kalau ada pun di kampung sendiri (Malaysia), gugup bila main, tak garang, sepatutnya garang macam harimau. Kesimpulannya mungkin kita tak layak ke london pada pemerhatian saya, bahkan jauh lagi jaraknya. Pahit bagi saya menulis ulasan ini, tapi pahit lagi melihat aksi semalam.

zamrie

perjalanan kita masih jauh...

Kim Swee akur kekuatan Samurai Muda

Posted: 21 Sep 2011 04:18 PM PDT

Sukan

SEBAHAGIAN penyokong pasukan negara yang hadir menyaksikan perlawanan  Malaysia bertemu   Jepun   di Stadium Tosu, semalam.

SEBAHAGIAN penyokong pasukan negara yang hadir menyaksikan perlawanan Malaysia bertemu Jepun di Stadium Tosu, semalam.

'Pemain Malaysia perlu bekerja keras andai mahu cari sesuatu dalam saingan Kumpulan C'

PENGENDALI skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee mengakui Jepun mendedahkan begitu banyak kelemahan dalam skuad Harimau Muda sepanjang saingan 90 minit di Stadium Tosu, Wilayah Saga di Pulau Kyushu, malam tadi.

Pada pengamatannya, pemain Malaysia perlu bekerja keras andai mahu mencari sesuatu dalam saingan Kumpulan C, kelayakan Olimpik bertemu dua lagi seteru, Bahrain dan Syria dalam kumpulan yang sama. "Jepun diakui cukup bagus, pantas dan sukar untuk memberi tentangan. Inilah bezanya antara pasukan yang bagus dengan pasukan yang kurang bagus," kata Kim Swee. "Banyak yang boleh dipelajari untuk dijadikan bekalan bagi cabaran seterusnya.

"Saya berpendapat semua pemain sudah beraksi dengan baik termasuk penjaga gol, Khairul Fahmi (Che Mat) yang bermain dengan baik untuk membataskan jumlah jaringan Jepun dan menyusun benteng pertahanan.

Jepun memperoleh gol pada setiap babak, menerusi gol pembukaan pada minit ke-10 menerusi Hiroshi Kiyotake sebelum pemain gantian Ryohei Yamazaki memastikan kemenangan selesa 2-0 pada minit ke-78.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan