Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Gegaran Safiq

Posted: 10 Oct 2011 09:38 AM PDT

"MISI 33" Selangor semakin membara apabila membenam cabaran Perak di Stadium Shah Alam dengan mencatatkan kemenangan 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam.

Dua jaringan perancang tengah yang disisihkan skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim memastikan Merah Kuning membawa bekalan selesa apabila bertandang ke Stadium Ipoh, Jumaat ini selepas pelawat hanya mampu menjaringkan gol sagu hati menerusi Failee Ghazali pada minit ke-76.


Mohd Safiq mempamerkan kemampuannya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-13 dengan menewaskan penjaga gol Perak, Kamarul Effendi dan sekali lagi mengulanginya pada minit ke-58 sebelum seorang lain pemain kebangsaan yang tidak mendapat panggilan baru-baru ini, Mohd Amirulhadi Zainal meledak jaringan pada minit ke-63.

Pertembungan dua gergasi Pantai Timur di antara juara Piala FA, Terengganu dan juara Liga Super, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berlangsung sengit dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-1.


Tiga kad merah dilayangkan pengadil perlawanan pada separuh masa pertama kepada dua pemain Kelantan, Mohd Syakir Saari dan Daudsu Jamaluddin dalam tempoh lima minit serta penjaring gol Terengganu pada minit ke-45, Ismail Faruqi Ashari yang turut dilayangkan kad merah selepas itu.


Gol penyamaan yang ditunggu juara bertahan Piala Malaysia itu akhirnya terhasil menerusi jaringan penalti kapten The Red Warriors, Mohd Badri Radzi bagi memastikan keputusan 1-1 pada minit ke-80 namun ia hanya bertahan sembilan minit apabila Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol kedua tuan rumah juga menerusi sepakan penalti sebelum kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof memastikan kemenangan mutlak anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim pada masa kecederaan.

Jaringan tunggal Farderin Kadir pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pula memastikan Felda United mengejutkan finalis Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan.


Sementara itu perlawanan di Stadium Likas menyaksikan Sabah bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Justin Ganai pada minit ke-46 selepas T-Team mendahului tuan rumah menerusi Indraputra Mahayuddin pada minit ke-35.

Tanpa menunggu lawan tuan rumah yang dikendalikan Justin Ganai menyamakan kedudukan menerusi Alto Linus seminit selepas babak kedua bermula namun ia tidak cukup untuk menghalang kemenangan Bagaimanapun T-Team menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 menerusi Indraputra untuk mencatatkan kemenangan 2-1.

Full content generated by Get Full RSS.

Naim tidak gusar

Posted: 10 Oct 2011 09:24 AM PDT

ISU yang berbangkit menjelang temasya Sukan Sea Indonesia-Palembang mengenai venue pertandingan yang masih belum siap tidak menggusarkan Chef de Misson, Datuk Naim Mohamad.

Katanya, beliau meyakini kemampuan tuan rumah, Indonesia untuk menganjurkan sukan itu demi maruah mereka dan semestinya penganjuran itu akan tetap berlangsung seperti yang dijadualkan pada 11 November ini.


"Memang media mereka mempertikai dan mempersoalkan persiapan Sukan Sea dengan menggambarkan sama ada terlaksana atau tidak. Tapi seperti mana-mana temasya sebelum ini, majlis olimpik mereka akan memastikan ia dianjurkan demi maruah negara. "Kita ambil contoh Sukan Komanwel di New Delhi. Ramai yang mempersoalkan masalah serupa namun mereka tetap berjaya menganjurkannya dengan meriah," katanya. Justeru di Indonesia, Naim yakin tiada apa yang boleh menggagalkan usaha Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi 200 juta untuk menganjurkan temasya berprestij di Asia Tenggara. Naim yang ditemui ketika sesi lawatan persiapan barisan skuad bowling negara berkata, kerajaan Indonesia pastinya tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan oleh kerana itu beliau yakin Sukan Sea ke-26 akan tetap berlangsung melainkan berlakunya sesuatu di luar jangkaan seperti gempa bumi atau bencana alam yang lain.

Sementara itu, skuad bowling negara meletakkan sasaran tiga pingat emas di temasya itu menerusi acara berpasukan dan beregu lelaki. Naim berkata, skuad negara akan beraksi dalam lima acara perseorangan, beregu, trio, lima sepasukan serta Masters dan akan berlepas ke Jakarta seminggu lebih awal untuk membiasakan diri dengan venue pertandingan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen