Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Elak buat kesilapan

Posted: 13 Oct 2011 11:25 AM PDT

TIADA janji menggunung daripada pemain Perak melainkan tekad untuk berusaha hingga ke titisan keringat terakhir ketika turun membuat perhitungan dengan Selangor pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Ipoh, malam ini.

Janji itu dilaungkan kapten, Shahrulnizam Mustapa yang berharap rakan sepasukan bangkit untuk menyaingi Selangor yang tampil dengan kelebihan hasil kemenangan 3-1 di Shah Alam, Isnin lalu, dari setiap segi.


Walaupun sedar tugas berat menanti kesebelasan tuan rumah, Shahrulnizam berkata, ia bukan perkara mustahil.

"Tiada yang mustahil terutama jika mempunyai keyakinan diri serta kerja keras setiap anggota pasukan.


"Kami perlu bermain sebaik mungkin serta tidak mengulangi kesilapan perlawanan pertama," katanya.


Kapten Perak itu yang diturunkan semula selepas 30 minit saingan berlangsung pada perlawanan suku akhir pertama itu yakin rakan sepasukan akan turun dengan semangat juang kental dan keyakinan tinggi.

Bagi menghadapi pertemuan malam ini, Perak dijangka membariskan kesebelasan terbaik dalam usaha memadam kelebihan lawan.


Berbanding pertemuan pertama lalu, jurulatih Norizan Bakar kali ini mempunyai lebih pilihan kerana akan mendapat kembali enam tonggak termasuk K Nanthakumar selepas penggantungan.

Jika di Shah Alam empat hari lalu, hanya Shahrulnizam dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang diperkenalkan semula ke dalam perlawanan tapi malam ini Norizan juga dapat menggunakan penjaga gol utama, Mohd Nasril Nourdin.


Nasril yang berada di Shah Alam pada malam itu bagaimanapun tidak bersedia untuk diturunkan kerana kurang yakin berupaya memberi sumbangan bermakna kepada pasukan.


"Yang penting setiap pemain turun dengan tekad tinggi dan berjuang hingga ke wisel penamat walau dalam apa jua keadaan sekalipun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Usah bocor awal

Posted: 13 Oct 2011 11:23 AM PDT

BARISAN pemain Selangor diingatkan agar tidak melepaskan sebarang jaringan awal yang boleh mencetuskan semangat melawan Perak dalam aksi penentuan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia, malam ini.

Sekiranya situasi terbabit berlaku, ia pastinya menyukarkan usaha Selangor untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki terutamanya dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Seladang yang bakal memenuhi Stadium Perak di Ipoh pada pertemuan timbal balik suku akhir terbabit.


"Saya harap pemain tidak melepaskan gol awal. Mereka perlu turun dalam perlawanan dengan menganggap keputusan masih 0-0 bukannya 3-1. Mereka perlu memberi tumpuan penuh sepanjang permainan terutamanya mempamerkan tahap disiplin tinggi ketika bertahan," kata ketua jurulatih, P Maniam yang bertanggungjawab mencetuskan kembali "Misi 33" selepas hampir berkubur sebelum ini.

Namun kekentalan barisan pertahanan Selangor tidak menjadi kerisauan Maniam selepas persembahan baik yang dipamerkan Mohd Nasriq Baharom dan Mohd Asraruddin Putra Omar di bahagian tengah serta P Gunalan dan Mohd Razman Roslan ketika mengekang asakan anak buah Norizan Bakar di Stadium Shah Alam, Isnin lalu.


Malah ketiadaan pemain tengah, Mohd Bunyamin Omar yang dilayangkan kad merah pada pertemuan terbabit tidak merencatkan perancangan agi membolehkan Merah Kuning menguasai bahagian penting terbabit dalam baki 90 minit aksi di Ipoh itu kerana masih mempunyai dua bekas pemain kebangsaan, Mohd Fadzli Saari dan Mohd Hardi Jaafar.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen