Kosmo Online - Sukan |
Posted: Pasukan sayur
DI tanah air, jutaan rakyat Malaysia gembira dengan Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Namun di Australia, episod berbeza menyelubungi skuad bola sepak kebangsaan yang sememangnya sudah dijangka 'bajet' kalah oleh segelintir peminat fanatik tempatan sebelum ini apabila dibelasah Socceroos 0-5 dalam aksi persahabatan di Stadium Canberra petang semalam. 'Menepati ramalan' awal apabila aksi dilihat cukup berat sebelah dengan penguasaan Australia sepanjang tempoh 90 minit permainan, ia sememangnya satu mesej yang cukup berguna buat pasukan kendalian Datuk K. Rajagobal dalam usaha menimba ilmu di pentas antarabangsa. 'Jangan pernah berhenti berharap'. Demikian semangat yang wajar ditunjukkan oleh peminat bola sepak tempatan yang harus akur mengenai perbezaan kekuatan kedua-dua pasukan yang 'ibarat langit dengan bumi.' Hakikatnya, skuad negara berada di ranking ke-147 dunia, manakala Australia di tangga ke-19. Justeru, usah cepat melenting atau berterusan meratap episod kekalahan pasukan kebangsaan. Aksi pemain negara juga tidak harus diperlekehkan dalam usaha menggempur kubu tuan rumah. Cuma pengalaman sahaja yang membezakan kedua-dua pasukan. Kegagalan mengawal gawang dengan sempurna apabila bolos sebanyak lima kali juga tidak boleh diletakkan terus ke atas penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang dilihat 'tidak menang tangan' pada aksi semalam. Apa yang pasti, Rajagobal perlu memikirkan sesuatu bagi mengatasi kerapuhan benteng pertahanan yang jelas mudah diperkotak-katikkan oleh jentera serangan Australia menerusi gol seawal minit kedua oleh tonggak Middlesbrough, Rhys Williams. Selain itu, keupayaan dua pemain Australia yang beraksi di Liga Jepun, Josh Kennedy dan Alex Brosque yang masing-masing berjaya menjaringkan dua gol semalam juga harus membuka mata ramai pihak supaya mengambil dasar 'Memandang ke Timur' berbanding sekadar teruja mahu mencuba nasib di Liga Perdana England. Dalam perlawanan itu, gol-gol kemenangan Australia dijaringkan oleh Williams pada minit kedua, Josh Kennedy (ke-32 dan 45) serta Brosque (ke-31 dan 69). Malaysia yang sesekali dilihat kembali mengasak begitupun kecewa apabila gandingan Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha gagal menjaringkan gol seperti yang diharap-harapkan. Biarpun perlawanan itu dilihat tidak lebih daripada sekadar 'memanaskan badan' oleh skuad kendalian Holger Osiek menjelang perlawanan menentang Oman bagi kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia, kita seharusnya berbangga dijemput pasukan itu supaya dapat melihat dan merasai sendiri jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan. Sekurang-kurangnya, Kanggaru masih mempunyai belas ihsan apabila sekadar 'menghadiahkan' lima gol buat pemain negara, tidak lebih daripada itu. Apa pun, Harimau Malaya harus terus berjuang. | |
Posted: Kim Swee belum dapat 'ilham'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE KIM SWEE (kiri) belum mendapat ilham siapa yang bakal diberi kepercayaan untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Jakarta, November depan. MASIH terlalu awal buat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee menentu- kan senarai akhir pemain bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November depan. Meskipun persembahan anak- anak buahnya terutama muka- muka baharu dilihat semakin serasi semasa menewaskan Selangor 4-2 dalam aksi persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang kelmarin, Kim Swee mengakui masih belum mendapat 'ilham' serta enggan terburu-buru membuat keputusan. Menurut Kim Swee, senarai pemain itu hanya boleh diketahui se- baik aksi suku akhir Piala Malaysia berakhir, selain harus menunggu kepulangan semula 13 pemain dari Australia dan Slovakia nanti. "Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kesungguhan pemain yang cepat mempa- merkan keserasian meskipun baru seminggu berlatih bersama. "Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang layak menyarung jersi kebangsaan di Sukan SEA mahupun di Hanoi (kejohanan jemputan) nanti," katanya kepada Kosmo! Dalam aksi kelmarin, gol-gol skuad B-23 negara dijaringkan oleh dua muka baharu iaitu D. Saarvindran dan See Kok Luen, manakala Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri masing-masing menyumbat satu gol, manakala dua gol sagu hati Selangor dijaringkan oleh Azidan Sarudin dan K. Depan Sakwati. Selain berdepan misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Sukan SEA Laos dua tahun lalu, anak-anak buah Kim Swee juga akan berlepas ke Hanoi bagi menyertai kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama lima hari bermula 19 Oktober ini. Selain itu, mereka juga membawa cabaran negara bagi aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria. Antara khidmat pemain Kim Swee yang turut ditagih oleh skuad senior ketika ini termasuklah Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad dan Bad- drol Bakhtiar sementara tiga tonggak muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas pula masih lagi 'berguru' di Slova- kia selaku pemain pinjaman bersama ViOn Zlate Moravce. Dalam pada itu, Kim Swee turut memberi amaran buat pemain sedia ada lantaran persembahan cemerlang beberapa muka baharu termasuk Kok Luen dan Saarvin- dran yang berjaya merobek gawang Gergasi Merah kelmarin. "Justeru, pemain lama sepatutnya jangan cepat merasa selesa dalam pasukan kerana saya hanya memilih pemain yang terbaik," katanya. Ketika mengulas pandangan pakar dari Jepun mengenai kekura- ngan pasukannya termasuk kurang bekerjasama walaupun memiliki skil individu yang hebat seperti mana dilaporkan akhbar baru-baru ini, Kim Swee dengan tenang memberitahu beliau menghormati pendapat itu. Namun, pada masa sama katanya, konsentrasi pemainnya tidak akan terjejas dengan komen- komen sebegitu, tambahan pula Jepun sememangnya berada di kelas berbeza berbanding skuad negara. | |
Posted: Gergasi Merah tabik SeladangOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE MANIAM (jersi merah) tidak mahu pemain Selangor memandang mudah aksi menentang Perak di Stadium Shah Alam pada 10 Oktober ini. PERTEMBUNGAN dua musuh tradisi, Selangor dan Perak bagi saingan suku akhir Piala Malaysia edisi ke-90 di Stadium Shah Alam pada 10 Oktober ini sememangnya dinanti-nantikan ribuan peminat fanatik kedua-dua pasukan. Ketika Gergasi Merah (Selangor) boleh mendabik dada dengan rekod juara sebanyak 32 kali, pencapaian Seladang (Perak) juga tidak kurang hebat apabila menjuarai piala berprestij itu sebanyak tujuh kali, sekali gus muncul pasukan ketiga terbanyak menjulang Piala Malaysia di belakang Singapura. Tatkala Selangor kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2005, Perak sebaliknya dilihat lebih kempunan apabila kali terakhir muncul juara sedekad lalu. Kali terakhir kedua-dua pasukan berentap di pentas final adalah pada tahun 1972 apabila Gergasi Merah menundukkan Seladang 3-1 di Stadium Merdeka. Masih kebal dengan rekod tanpa kalah pada edisi kali ini selain menerajui takhta Kumpulan A, keupayaan anak-anak buah Noorizan Bakar menempah slot ke suku akhir tanpa lima tonggak utama yang digantung perlawanan, sememangnya tidak boleh dipandang sebelah mata. Episod berbeza begitupun menyelubungi kem Selangor yang terpaksa berhempas pulas sebelum muncul naib juara Kumpulan D, selain dilihat terkapai-kapai ditinggalkan bekas jurulatih, K. Devan di pertengahan jalan. Mujurlah kredibiliti pengganti, P. Maniam berupaya menghadirkan keajaiban saat-saat akhir, sekali gus menyaksikan 'Misi 33' kembali membara. Senario itu jelas mengundang keyakinan di hati Noorizan yang sebelum ini mengakui tidak melakukan apa-apa persediaan istimewa menjelang pertemuan menentang Selangor nanti. Nada berbeza pula disuarakan Maniam yang lebih gemar merendah diri, selain mengakui Seladang sememangnya bukan calang-calang pasukan. "Saya kena akui, Perak memang pasukan berstatus A berbanding Selangor ketika ini kerana memi- liki corak serangan pantas, ter- utamanya di bahagian sayap. "Namun, ia bukan alasan untuk kami mengaku kalah sebegitu sahaja kerana sudah tentu kami ingin menang dengan jumlah jaringan yang besar bagi menjamin bekalan selesa ke Ipoh nanti (14 Oktober)," katanya kepada Kosmo! Maniam memberitahu, moral pasukannya masih berada di tahap tertinggi walaupun tunduk 2-4 kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan dalam aksi persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang kelmarin. "Ketika ini, saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan formasi 4-3-3 yang diperkenalkan sebelum ini, selain tidak pasti dapat menggunakan semula khidmat Khairul Anuar Baharom bagi memperkuatkan benteng lantaran masih belum cergas sepenuhnya," katanya. Kedua-dua pasukan yang beraksi secara timbal balik di suku akhir bakal berdepan antara fina- lis Piala FA musim ini, Kelantan dan Terengganu di peringkat separuh akhir kelak. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan