Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ayuh gegar!

Posted: 11 Nov 2011 02:57 PM PST

Sukan

Konti njen negara berarak masuk
pada majlis pembukaan di Stadium Gelora Sriwijaya, malam tadi.

Konti njen negara berarak masuk pada majlis pembukaan di Stadium Gelora Sriwijaya, malam tadi.

Atlit negara turun buru 45 emas hari ke-2

HARI ini adalah detik terbaik untuk atlit Malaysia tampil mengotakan janji ketika 45 pingat emas menjadi rebutan di dua lokasi - Jakarta dan Palembang dengan acara seperti karate, olahraga, renang dan menembak menjadi sandaran utama kontinjen negara.

Di Jakarta, atlit negara akan memburu 19 emas dipertandingkan pada hari kedua manakala 26 menjadi tumpuan di Palembang ketika bersaing menentang 10 negara jiran lain termasuk tuan rumah, Indonesia.

Di Kolam Renang Jakabaring, ratu renang negara Khoo Cai Lin dilihat berpotensi menyumbang emas menerusi 200m gaya bebas wanita dan 4x100m rampaian wanita bersama Christina Loh, Marellyn Lammert dan Chan Kah Yan. Pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Nur Suryani Taibi dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim turut menjadi tumpuan sebagai penyumbang emas dalam acara menembak 50m air rifle 3 position wanita dengan atlit karate, Jamalliah Jamaluddin disebut prospek besar menyumbang emas pertama kontinjen negara.

Dalam acara olahraga, pemegang rekod kebangsaan lontar peluru lelaki, Adi Alifuddin Hussin dan atlit 3,000m larian berhalangan wanita, Melinder Kaur dilabel bakal menuai pingat menerusi disiplin masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Waspada hadapi Kemboja: Khairul

Posted: 11 Nov 2011 02:55 PM PST

Sukan

"JANGAN dabik dada dengan kemenangan ke atas Thailand." Itu pesan penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara, Khairul Fahmi Che Mat yang merasakan kedudukan mereka masih belum selamat walaupun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan kempen Kumpulan A di Jakarta.

Baginya, semua pemain perlu melupakan kejayaan menundukkan juara 13 kali, Thailand dan keputusan seri 0-0 dengan satu lagi pasukan pilihan, Singapura, sebaliknya terus fokus kepada perlawanan menentang Kemboja esok.

Khairul Fahmi, 22, berkata sikap memandang rendah keupayaan Kemboja hanya akan mengundang padah. "Semua pasukan masih ada peluang, kita tidak boleh bermegah dan berpuas hati dengan kejayaan menewaskan Thailand. "Masih ada dua perlawanan penting untuk kami hadapi jadi segala kelemahan yang ada perlu diperbaiki segera," kata Khairul Fahmi atau Apek yang beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya ketika bertemu Singapura dan Thailand.

Dia mahu setiap pemain berwaspada menentang Kemboja yang mahu memburu kemenangan selepas tumpas kepada Indonesia (6-0) dan Singapura (2-1).

"Kemboja belum mengutip sebarang mata lagi, jadi mereka mesti akan berjuang habis-habisan, kami harus berjaga-jaga," katanya.

Jika menang, esok Malaysia sah layak ke separuh akhir kejohanan dan akan menentang tuan rumah, Indonesia untuk menentukan status juara kumpulan Khamis depan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

lok

sy sokong kata2 apek...malaysia perlu berjuang habis2an walau siapa pun lawan.

Orang Malaysia

Seri atau menang tipis pun ok, tapi mesi menang lawan indon lepas tu.

muhammad noor

Malaysia Boleh....Kekalkan corak menyerang seperti menentang Thailand..Hanya kemenangan dapat meningkatkan motivasi pasukan...Usaha lagi

mad

semoga berjaya ,,,,harap malaysia dapat melayakkan diri di pentas final


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen