Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Hanya dua emas

Posted: 12 Nov 2011 10:03 AM PST

Sukan

EMAS PERTAMA: Atlit menembak negara, Nur Suryani Taibi menggondol pingat emas dalam acara 50 meter Rifle 3 Position peringkat akhir di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, semalam. - Foto Yazit Razali

EMAS PERTAMA: Atlit menembak negara, Nur Suryani Taibi menggondol pingat emas dalam acara 50 meter Rifle 3 Position peringkat akhir di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, semalam. - Foto Yazit Razali

Nur Suryani, Song Hwa hadiahkan emas dari Palembang, Jakarta gagal

HANYA dua emas mampu dituai pada hari kedua temasya Sukan SEA XXVI semalam, kedua-duanya di Palembang menerusi penembak wanita, Nur Suryani Muhamed Taibi dan atlit tukul besi wanita, Tan Song Hwa ketika atlit di Jakarta gagal menyerlah.

Selepas tamat saingan semalam, Malaysia jauh ketinggalan dalam senarai pungutan pingat apabila menduduki tangga keenam dengan dua emas, lima perak dan enam gangsa.

Nur Suryani memulakan pemburuan pingat pada sebelah pagi apabila menghadiahkan emas pertama kontinjen negara pada temasya ini selepas mengungguli acara 50m Rifle 3 Posisi wanita di Lapang sasar Jakabaring, Palembang, semalam. Penembak kelahiran Perak itu membuktikan bidikannya tetap tajam dengan keseluruhan 679.8 mata, mengenepikan penembak Thailand, Sununta Majchacheep (676.3) dan seorang lagi penembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim (675.4).

Saya memang tidak sasarkan emas ini tetapi dari awal saya sentiasa cuba memperbaiki kekurangan di Laos dan Alhamdulillah, saya berjaya. Strategi itu nyata berhasil dan saya puas dengan kejayaan ini, katanya.

Song Hwa, 25, tampil menghadiahkan emas kedua pada sebelah malam selepas mengungguli acara di Kompleks Sukan Jakabaring, mencatat 55.15 meter untuk menewaskan peserta tuan rumah Rose Herlinda Inggerina (51.95m) dan Loralie Semonia dari Filipina (49.69m).

Nur Suryani, 29, yang pada awalnya diberi tanggungjawab selaku pembawa bendera kontinjen negara untuk upacara pembukaan rasmi kelmarin sebelum digantikan rakannya, Bibiana Ng berkata, dia langsung tidak memikirkan pencabar lain, sebaliknya hanya fokus untuk mengumpul mata sebanyak mungkin dan menjarakkan diri di depan pencabar lain.
Terdahulu, Malaysia meraih dua perak dalam acara menembak yang memulakan saingan, masing-masing menerusi Hadafi Mohd Jaafar dalam acara 10m Air Rifle lelaki dan Khalel Abdullah dalam acara 25m Standard Pistol lelaki.

Pemburuan emas Malaysia dalam acara menembak berterusan hari ini menerusi acara 10m Air Pistol wanita menerusi Bibiana Ng dan Joseline Cheah, acara 25m Rapid Fire Pistol menerusi Hasli Izwan Amir Hassan dan Hafiz Adzha serta 50m Rifle Prone lelaki menerusi Muhammad Shahril Sahak dan Hisham Adha.

Sementara itu, pemegang rekod Sukan SEA, Song Hwa membuktikan statusnya sebagai jaguh lontar tukul besi wanita Asia Tenggara, walaupun sedikit terkilan kerana gagal memperbaharui rekod yang dilakukan di Laos 2009.

Mulanya saya agak bimbang kerana sakit belakang sejak enam minggu lalu, tetapi selepas pencabar lain tidak begitu memberi saingan, saya cuma tumpukan untuk melakukan catatan terbaik, katanya.

Begitupun, dalam acara 100 meter lelaki, Noor Imran A Hadi menduduki tangga keenam selepas melakukan 10.55s manakala Ambrose Jilon gagal menamatkan larian kerana kekejangan.

Fatimatul Zahra Awang Nurul yang melakukan lompatan sejauh 5.97 meter sekadar menduduki tempat ketujuh acara lompat jauh wanita yang dimenangi pemegang rekod baru dari Filipina, Marestella Torres yang mencatat 6.71m.

Full content generated by Get Full RSS.

Saingan masih terbuka

Posted: 12 Nov 2011 07:21 AM PST

Sukan

PEREBUTAN untuk ke separuh akhir dalam Kumpulan A saingan bola sepak di Jakarta masih terbuka luas antara empat pasukan – Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand – dan jurulatih Bawah 23 negara, Ong Kim Swee akan menurunkan kesebelasan terbaiknya apabila menentang Kemboja, hari ini.

Walaupun Kemboja dianggap pasukan belasahan dalam kumpulan maut itu selepas tewas tiga perlawanan – kepada Indonesia 6-0, Singapura 2-1 dan Thailand 4-0 – Kim Swee yakin skuad kendalian Lee Tae-Hoon itu akan berusaha mencari mata pertama hari ini.

"Kita tidak boleh pandang rendah keupayaan Kemboja walaupun mereka tewas tiga perlawanan sebelum ini. Mungkin cabarannya tidak sekuat Singapura dan Thailand, tetapi kita perlu kekalkan rentak permainan sama esok (hari ini). "Berdasarkan perlawanan sebelum ini, kita mempunyai masalah menyempurnakan deretan peluang yang dicipta, jadi saya mahu lihat kelemahan ini diperbaiki.

"Tetapi pada masa sama, saya tidak mahu keghairahan memburu gol menyebabkan kubu kita dibolosi. Saya mungkin menggunakan perlawanan ini untuk mencuba beberapa pemain yang belum diturunkan tetapi ia bukan rombakan besar," kata Kim Swee selepas sesi latihan semalam.

Peluang bertemu Kemboja juga memberi ruang buat jurulatih itu merehatkan beberapa pemain yang cedera tetapi dia tetap akan memastikan kekuatan seimbang seperti ketika bertemu Thailand.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan