Berita Harian: Sukan |
Posted: 17 Nov 2011 03:46 PM PST EJEKEN penyokong Indonesia jelas hanya memerangkap diri apabila skuad Harimau Muda memalit kecewa besar kepada lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno dengan kemenangan 1-0 mengatasi Garuda, malam tadi. Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 berjaya menutup mulut penyokong lawan dan sekali gus melonjakkan barisan didik Ong Kim Swee selaku juara Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir, esok. JERITAN "Malaysia Maling (pencuri)" oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi. Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok. "Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi," kata Kim Swee. Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan. Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67. Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenluqman Tahniah Malaysia. Akhirnya dendam pada indonesia terbalas!!!!!!Hidup Harimau Malaya :) joyzieta syukur alhmdulillh..Harimau mgaum d Jakarta...wlau plbgai karenah yg dgunekn/slakukn oleh pihak sne..M'sia ttp bjya ..yeahhh..SYABAS enchek yeahhh... inilah "walk the talk" dgn walkie talkie banyak lagi harus diperbaiki agusan memang patut pun mereka kalah (permainan indonesia)permaianan mereka kotor dan tak seimbang.,selalu mengejak altel malaysia itulah balasannya...indonesia kalah padan muka...hahaaa..tahniah harimau muda teruskan misi kamu..jangan mengaku kalah. mohd zamri zamri tahniah..walaupun di cemuh puluhan ribu penyokong indo mcm2 budak2..permainan kira ok..pertahanan pun ada kemajuan ckit..cuma penyerang kurang menyegat, kalu x kita dapat 5 gol. samad sombong sgt nak pakai barisan kedua..apa2 pun harap kim swee dpt menyelesaikan masalah penyerang2 yg agak tumpul ni abmalek bin mohamed syabas skuad harimau muda.kami rasa terharu dan bangga walaupun di ejek dan di boo ,semangat anda semua sangat-sangat kami hargai @kagumi.terima kasih atas kejayaan anda. fatullah nampak gaya..garuda nak sambar harimau x menjadila...sayap dah patah...tahniah untuk team malaysia..."Malaysia tetap boleh" walaupun "indonesia bisa" sudah xde bisa. AKU BAH.. sekiranya kita sentiasa diejek oleh penyokong indon apabila kita bertanding di 'kandang' mereka.. baiklah kiranya kita memulaukan setiap acara anjuran mereka, kerana ini amat menyentuh perasaan setiap warga malaysia apatah lagi kita diejek walaupun lagu NEGARA KU dan JALUR GEMILANG dikumandangkan dan dinaikkan.. harap fikirkan lah bersama sebab ini adalah MARUAH..... AKU BAH.. sekiranya kita sentiasa diejek oleh penyokong indon apabila kita bertanding di 'kandang' mereka.. baiklah kiranya kita memulaukan setiap acara anjuran mereka, kerana ini amat menyentuh perasaan setiap warga malaysia apatah lagi kita diejek walaupun lagu NEGARA KU dan JALUR GEMILANG dikumandangkan dan dinaikkan.. harap fikirkan lah bersama sebab ini adalah MARUAH..... rynn Tahniah skuad Harimau Muda...Gandakan usaha utk perlawanan sbtu ni... muad tahniah pasukan malaysia,tajamkan barisan serangan di semi dan juga final kelak.pasti juara.tapi satu sya yg x suka,kenapa kapten baddrol suka shooting dr jauh padahal ianya tidak pelu?selalu je mensia-sia bola dgn shooting mcm tu.teamwork la baddrol.come on la. Cyberkerisz Syukur Alhamdulillah. Teruskan perjuangan dan pastikan anda semua terus fokus dalam setiap perlawanan. Doa kami mengiringi anda. Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita sama2 berdoa agar pasukan Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA, walaupun kita tahu halangan yang akan kita terima jika Indonesia berjaya ke akhir bertemu dengan kita. Kaki Tempang Tahniah!!!!!!!! Itu la yg sebenarnya kemampuan kita dan mungkin perlu ditingkat kan. Kepada sesetengah rakyat Indonesia, jgn hanya tahu memekik2 sehingga terlupa siapa diri sendiri.Berteriak bagai org gila,tp penuh kutukkan pun tak guna.Malaysia berteriak dgn kata semangat tu sebab boleh dapat kejayaan.Ada 100000 penonton tapi tak gunakan kekuatan penonton utk kebaikkan,tak ker sengal namanyer tu.Tgk apa jadi, gigit kuku kaki la nmpak nya. Ayuh Skuad Malaysia jadikan contoh utk terus maju tanpa pandang herdikkan luar!!!!!Ayuh!!!! samsudin sam tahniah buat malaysia negara aku,tapi kita tak boleh nak banggakan sangat,ada lg 2 pelawanan yang penting,nanti kita kalah malu laaa....... zakaria bin man Tahniah Harimau.teruskan meratah Myanmar khairul Tahniah pasukan Malaysia kerana menjuarai peringkat kumpulan namun kita tidak harus lupa bahawa indonesia menurunkun barisan kedua mereka namun kemenangan ini mampu meningkatkan motivasi pemain2 pelapis kita :) Jika kita berjaya ke final dan bertemu dengan indonesia, di hrp para pemain akn beraksi lebih baik kerana kita akn berhadapan dgn kesebelasan utama indonesia. SkyGun Jutaan tahniah buat skuad harimau malaya atas kemenangan yg tersangat manis ini.Permainan bermutu di tunjukan oleh mereka.Tidak gentar dengan provokasi penyokong paling tidak bertamadun di dunia.
akram Malaysia boleh...teruskan lagi usaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada S.AGIL Pemain Malaysia haruslah berwaspada dengan lawana. Setiap gerak geri lawan mesti diambil kira. untuk mengatasinya dengan baik. Agari gawang tidak dibolos oleh lawana. bahari jalil Salam buat semua. Tahniah dan syukur kehadrat Illahi kerana PASUKAN HARIMAU kita berjaya membaham pasukan GARUDA INDONESIA. Sikap sombong dan bongkak Pemain dan Peminat Indonesia akhir-nya memakan diri sendiri. Itu-lah balasan peminat mereka yang bongkak dan tidak professional. Kita hairan dan merasa mual bila peminat mereka mengatakan Malaysia Maling ketika lagu NEGARAKU berkumandang di udara dan Pergi Balik, Pergi balik. Walaubagaimana pon tahniah buat semua pemain yang bersungguh-sungguh bermain untuk menewaskan pasukan INDONESIA malam tadi. Lebih manis lagi dihadapan 100 ribu peminat mereka yang berfikiran sempit. Sekian terima kasih dan wassalam. Jainal Tahniah kpd pasukan Malaysia walaupun diejek. Kekalkan rentak permainan sehingga ke peringkat akhir. Jgn peduli ejekan. mereka mengejek tetamu yang datang ke Indonesia atas nama semangat kesukanan. Jiran Negara Islam kita ini terlalu suka menghina dan jahat... pak usu tahniah harimau muda. ini petanda bahawa dalam permainan yang penting tumpuan. pedulikan siapa penonton indonesia. barang di ingat, penonton dan peminat fanatik indonesia di manapun berada kekal memperlekehkan keupayaan pasukan malaysia. jadi kita sudah tahu, siapa sebenarnya penonton dan peminat fanatik pasukan indonesia. jangan layan. kita tetap rakyat bertamadun lebih baik daripada penonton indonesia. teruskan memburu emas. tahniah dan selamat berjuang. Mohd Nasrul bin Ab Ghani syabas kepada anak buah ong kim swee. sasaran untuk mendapatkan 3 mata berhasil apabila berjaya membenam ego dan cemuhan tuan rumah indonesia. terdapat segelintir pemain bertaraf bintang dalam skuad harimau muda ini terutamanya penjaring gol kemenangan Malaysia yang memukau dengan larian derasnya. harap pihak bertanggungjawab seperti KBS & FAM dapat membantu mengembangkan sayap pemain ini ke taraf yang lebih tinggi seperti jelmaan
glory2 MALAYSIA. TaHNIAH! liza tahniah skuad muda negara..teruskan usaha musnahkan ego garuda, biar mereka belajar menghormati lawan dan kawan. liza tahniah skuad muda negara..teruskan usaha musnahkan ego garuda, biar mereka belajar menghormati lawan dan kawan. laynarousz Lautan Merah prlu blajar dri ksilapan mereka sndri.sikap tidak hormat pd lagu Negara lain'bisa'mnjd 1 motivasi hebat pd pihak lwn..
fouzi mohd saad tahniah harimau malaya diatas kemenangan mlm tadi (harimau ganyang garuda) sos jgn pandang rendah keupayaan myanmar... kemenangan ini hnya sebahagian kejayaan, terus fokus... apapun, tahniah.. mel ramly syabas !!! teruskan berjaya !! azian tahniah malaysia.....selepas ini harimau juga harus benam myanmar....Bukti yang harimau sedang gila mengaum... Khaidir Tahniah semua yg terlibat di atas kemenangan Malaysia semalam. Semangat juang yg tinggi berjaya menyerap tekanan. Walau mcm manapun, Izzaq harus lebih cermat supaya tidak mensiakan peluang yg dicipta oleh rakan sepasukan. (nak ucap tahniah) apa kata, kita rakyat Malaysia pakat ramai2 kumpul sorang 1 sen, kita belanja Ong Kim Swee Sanabong Salleh Tahniah diatas kemenangan semlm 1 - 0. Pda mlm tu pemain bnyak yg leka dan lambat bertindak klo boleh kuatkan dipertahanan. Tahniah juga kpda Penjaga GOL yg banyak menyelamat serangan merbahaya . Anway Congratulation to SKUAD HARIMAU MUDA. Do the best....n Good Luck lwn Myanmar myawaziah congrtz kpd team mlysia, akhirnya keegoan dan keangkuhan indon bjaya dipthkn.. MALAYSIA BOLEH!!! Kumiko Kelakar la Indonesia ni.. yg betol2 menyampah dgn Malaysia ni ape ke hal?
huh..hangat membara tgk aksi perlawanan smlm..mengapa mentaliti pemain n rakyat indonesia terlalu rendah??? MUAL YAN Tahniah Malaysia menang 1-0, namun perlu diingat, ada kemungkinan Malaysia akan jumpa balik Indonesia di FINAL, jika Malaysia menang dalam perlawanan separuh akhir dan Indonesia menang dalam separuh akhir, maka wujud lagi penghinaan MALING. Sepatutnya semasa lagu NEGARAKU dimainkan penonton Indonesia membuat bising, apa perasaan mereka jika kita buat kepada mereka. Itu namanya penonton tidak bersopan dan lebih sesuai digelar penonton KURANG AJAR. roslan abd rashid tahniah buat harimau muda,kekalkan kecemerlangan!!!
Kili apa kau rasa??? baru kamurang tau! hazib Baba Ali Syabas pasukan bola sepak SEA negara kerana berjaya ke separuh akhir. Mudah-mudahan emas milik kita. Malaysia Boleh. suasa sameer khan begitulah hebatnya malaysia, diharapkan seri,dapat menang pula.syabas dan tahniah buat malaysia. ultrastegar SYABAS HARIMAU MUDA!!!!! pedulikan pekikan budak2 indon yg x bertamadun sementelah tamadun manusia dh jauh ke depan......MALAYSIA BOLEH!!!!!!! Dian Ptama, syabas buat skuad kendalian jurulatih bwh 23 thn atas kmenangan mlm tadi wlpun sbg pminat kita sdikit hampa juga olhkerana pmain kita sbnarnya kalau manfaatkan pluang bbpa kali yg thidang tetapi disia-siakan terutamanya olh pyerang tinggi lampai kita. Kemenangan ini juga mampu menafikan ejekan peminat pasukan lawan yg jelas tdk mhormati lagu kbagsaan kita apabila dinyanyikan. Rumusannya utk game strusnya semi-final... harap pmain kita dpt bljar dr ksilapan sblum ini terutamanya bhg serangan dan ptahanan. Lbh fokus dan hantaran bola perlu tepat. Moga bjaya mgalahkan pasukan myanmar. Hidup harimau muda Muhammad hafsham bin shukor Tahniah!!! wat skuad harimau muda cz menunjukkan permainan yang terbaik dan mengalahkan pasukan indonesia ,tapi saya cukup tidak berpuas hati pabila penyokong2 indonesia yang tidak pernah menghormati lagu negaruku pabila berkumandang..persoalan saya mana pihak2 yng berwajib untuk tanggani permasalahan ini?? sampai bila rakyt indonesia hendak mengherdik malaysia dan tidak menghormati malaysia,mereka sudah melampau sampai mudah membakar bendera kita ,apa tindakkan pihak berwajib tentang pemasalahan ini? sampai bila mereka senang2 nak mencaci dan menghormati malaysia?? zikri final,final,final, lawan myanmar macam takde izdihar Malaysia memang hebat. Teruskan usaha razlan Tahniah kepada harimau malaya kerana telah menngganyam garuda. Sesungguhnya kalau bermain dengan baik kitaakan menang. Jadikan Mnyanmar mangsa seterusnya. Hidup malayasia. |
'Lepas menang boleh minta hadiah' Posted: 17 Nov 2011 03:33 PM PST Sukan Aaliyah Yoong Hanifah BIARPUN papan ski air digunakan jauh lebih besar daripada saiz kakinya, atlit termuda kontinjen negara, Aaliyah Yoong Hanifah tidak menjadikan itu satu halangan menewaskan lawan yang jauh lebih tua daripadanya. Baru mencecah usia lapan tahun, pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi itu terpaksa menggunakan peralatan digunakan atlit berusia 10 tahun ke atas kerana perbelanjaan menempah papan ski air khas adalah mahal. "Saya buat macam biasa, tak ada tekanan. Mama (Norzeela Sulaiman) ingatkan jangan jatuh saja dan lepas menang nanti saya boleh minta hadiah," katanya yang mahukan alat permainan video atau pun patung Barbie sebagai hadiah kemenangan.Dengan hanya ketinggian 145 meter dan berat 28 kilogram, Aaliyah mempamerkan aksi menarik dalam acara trick terbuka wanita dengan menewaskan enam atlit lain apabila mengumpul 5,770 mata. Atlit Thailand, Promsuntisit Sareeya memenangi perak (4,980) manakala seorang lagi atlit negara, Phillipa Yoong merangkul gangsa (3,750). Terpaksa bercuti lebih kurang tiga bulan daripada bersekolah, Aaliyah mencatat keputusan membanggakan apabila merangkul emas dalam acara trick bawah 17 tahun serta gangsa dalam acara trick terbuka pada Kejohanan Asia di Putrajaya, bulan lalu. Ibunya, Norzeela berkata anak sulung daripada tiga beradik itu mula bermain ski air sejak berumur lima tahun dan tidak pernah mengadu penat atau sakit kerana perlu berlatih lima hari seminggu.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan