Berita Harian: Sukan |
Posted: 06 Dec 2011 03:20 PM PST MOTIF asal pertukaran skuad Harimau Muda A beraksi di Liga Singapura dan skuad Young Lions ke Liga Super untuk pembangunan skuad pelapis Malaysia dan Singapura tampak sudah 'dicemari' negara jiran itu yang bertindak menyenaraikan sehingga 10 pemain lebih umur dalam skuad mereka. Tidak menggunakan nama Young Lions, sebaliknya wakil Singapura itu yang bakal beraksi pada Liga Super bermula 10 Januari depan memilih nama Lions X11 dengan barisan 28 pemain yang diumum, kelmarin, terdiri daripada hanya 18 pemain berusia 23 tahun dan ke bawah. Selebihnya, skuad V Sundramoorthy itu menampilkan empat pemain berusia 27 tahun - Shahril Ishak, Agu Casmir, Jumaat Jantan dan Sevki Shaban; Khairul Amri (26), Shaiful Esah, Isa Halim, Hyrulnizam Jumaat (25), Taufiq Rahmat dan Suffian Anuar (24). Biarpun terpesong daripada niat asal pertukaran selama empat musim (2012-2015) yang sepatutnya membabitkan skuad B-23 kedua-dua negara, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pengecualian itu hanya untuk musim pertama. "Ini satu kompromi diberi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM untuk musim 2012 sahaja. Ini disebabkan FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) pada awalnya tidak sedar kerajaan mereka tidak membenarkan pemain muda yang perlu mengikuti Khidmat Negara dikecualikan untuk kejohanan bola sepak," katanya. "Memang tujuan asal kerjasama ini adalah pembangunan skuad pelapis. Sebab itu kita tetap akan hantar skuad Harimau Muda A dengan pemain B-23 untuk fokus kepada pembangunan dalam Liga Singapura," tambah Azzuddin. Alasan Singapura menggunakan khidmat 10 pemain senior itu bagaimanapun dilihat lebih sebagai taktik memperkasakan Lions X11 dan adalah tidak logik mereka tidak mempunyai kelompok pemain B-23 lain yang tidak terbabit dengan Khidmat Negara. Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang turut hadir pada majlis itu pula berkata, dia akan memuktamadkan senarai 30 pemain untuk didaftarkan bagi saingan Liga Singapura 2012 tanpa seorang pun pemain lebih usia 23 tahun. "Selain 30 pemain itu, kita juga meletakkan senarai tambahan 20 hingga 30 pemain Harimau Muda B, jika ada masalah tertentu (seperti pertindihan jadual liga dan aksi Kelayakan Olimpik)," ujar Kim Swee. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komensingapura hanya mahu menang je tu azizi abdullah fam lemau tul, wat pw nk lembut2 dgn org luar?? klau dgn persatuan tempatan @ org kita..strict lak. bangang!!! ganu nk mintak pospone tarikh reg plyer import x bg lak. denda @ hukuman kt org2 kita mcm "garang nk mampos". x ingat ke kes wan jamak, b sathia, pmain2 perak...ahhh byak lah. pendek cite..mmg haru lah FAM ni. Doaku cuma satu...jgn la ada piala dari bumi m'sia melintasi tambak johor 2012 nnti. aminn. Fadhli Bersiap sedialah kita utk bantai pemain singapore. Pastikan mereka sentiasa takut jejak kaki kat stadium2 kt malaysia. Baru diorang rasa mcm mana rasanya main liga bolasepak kt Malaysia. Bukan mcm S-league yg orang diorang sendirik pun tak nak tengok. Betul bros, orang singapore pun tak layan S-league. Zainal Hati-hati dengan penyertaan Singapura ini. Sejarah lalu menunjukkan rasuah bola sepak di Liga Malaysia bermula bila Singapura menyertai liga Malaysia. Semasa pasukan Malaysia tidak mempunyai kualiti, Singapura tidak berminat langsung untuk bermain di liga kita tetapi bila pasukan Malaysia kembali bagus..barulah Singapura masuk semula...Hati2 dengan langkah ini...jangan sampai kualiti pasukan kita tergadai sepertimana dahulu ibnuahmad apa kah pemain2 di super league tu semua bawah 23thn. tak masuk akal la FAM. Jaroms Kita tak perlu kerjasama dengan singapura untuk majukan bolasepak . Tahap bolasepak disana lebih rendah dari kita. Kenapa perlu buang masa.kita mampu melakukan sendiri tanpa singapura . klu FAM bijak guna format pemain import jelah..
Mohd Nasrul bin Ab Ghani yang penting pembangunan bola sepak diperingkat awal perlu dipertingkatkan..singapura pun bukan hebat sangat!!! SyahrulFM Ini patut dilihat dari sudut positif. Liga M akan jd lebih kompetitif. Kerugian sebenarnya di pihak mereka krn tak dpt memberi pendedahan kpd pemain muda mereka. Frank Morris Bagi saya tiada masalah, melainkan Malaysia yang hantar Safee Sali ke sana dan mereka menghantar budak mentah di sini untuk pembangunan 'belia'. Jika Singapura mahu neutralisasikan Messi sekalipun, tidak mengapa. Bawa sahaja mereka ke sini. Ayuh ramai-ramai halakan kamera ke arah Shahril Ishak setiap masa dan sebarkan aksi 'aneh' dan 'kelakar' beliau di medan maya. rakyat malaysia rilex bro,xdehal la..yg penting harimau muda yg main liga-s main tul2 n timba pngalamn byk2..pduli la singapura nk anto pmain pe skalipun,tu hal mereka..to thalia,nice comment,haha..malaysian not only understand english,we already master it..wife dia trlupe skjp utk brpijak di bumi nyata,hrp dia dh sedar n lps ni tau jg peribadi sdiri n suami.. lan buat ape nk takut..lawan je la.baru la kita tahu tahap kelab kita taraf mana..kalau nk jd kelab kuat kena la lawan kelab yg kuat jugak..br la ade sesuatu yg leh kita belajar. shio da xde pmain ke singa?..napa x hantar pmain 40-50 thn..alang2 btull... eparh p,,anyway,,,,malaysia tetap boleh,,team malaysia team bolehh punyerrrr!!!go malaysia!! ijat baiknya la FAM bagi singapura isi pemain lebih umur.. Fairuz Sudin aku takut ramai pemain kita injured bile main kat sana..mane tau kene pedajal ngan Singapura.. ezwork tak goyang seh...kiranya Singapore kembali ke liga Malaysia spy zaman dolu2 la..apa2 pun satu keuntungan utk team2 dlm liga Malaysia sbb dpt perlawanan yg bertaraf antarabangsa..terutama utk team yg akan main AFC..Kelantan dan Ganu... Uda Salleh Walau apa pun alasan, nampaknya FAM dah hilang taring dan tidak lagi bertegas sedangkan sudah menjadi norma pertandingan2 lain sampai tahap Olimpik pun mengikut peraturan ketat tentang umur. Apakah alasan Young Lions itu pula bila boleh menghantar pemain umur mengikut ketetapan pada perlawanan pra-olimpik? Jika mereka tidak mahu akur untuk musim ini maka tangguhkan saja penglibatan mereka sehingga mereka sedia. ravis_jr tak apa,kita jangan ikut macam dia,Singapore yang rugi..mentaliti first world ke ini?
Ramli FAM tak ada pendirian. Alasan dari s'pore yg tak boleh diterima. Menberi kelebihan kpd pasukan senior s'pore.
mohdisnin lawan aja singapura tu,, apa nak di takut kan... harimau sekarang dah bagus lah.. tetapi FAM mesti lah tegas tampa ada pilih kasih.. Cokodok Bagus la... Pendedahan yg bagus utk pemain2 Malaysia... Pendekatan ini sebenarnya menguntungkan Malaysia kerana kualiti yg bakal dibawa oleh pemain 'import' mereka... Malah ini mungkin memberi kesan negatif pada pasukan kebangsaan Singapura itu sendiri... Jadi, apa kita nak takut.... Abdul Hamid Maon Biasa lah negara saya memang sentiasa ada 'Kiasu' mentaliti Alan FAM selalu bertegas tapi dalam hal ni nampak mengambil pendekatan berlembut. Nampak kepincangan di situ Cataleya Biasa singapura,. takut kalah,. hahaha,. ali apa nak takut bro,lawan jer lah..biarlah mereka hantar 10 orang pemain import pun apa nak takut,kita kan juara asia tenggara dan sukan sea so diorang memang kecut...come on guys,jangan gabra tak kan lutut goyang kot.yakin boleh! thalia kalau ikut asal U23 tetapi kenapa ada pemain senior , takut ke dengan Liga Malaysia ? Takpe harimau Muda memang kuat and tak gentar lawan tetapkan turunkan U23. Saya nampak ada nama shahril Ishak - " hope your wife not tweet a lot during this season , by the way malaysian understand english". ali apa nak takut bro, lawan jer lah..biarlah mereka hantar 10 orang pemain import pun apa nak takut,kita kan juara asia tenggara dan sukan sea so diorang memang kecut...come on guys,jangan gabra tak kan lutut goyang kot.yakin boleh! shamonaz jangan cepat melatah. jika ingin menimba ilmu, apa salahnya. kalau singapura letak pasukan utama pun tiada masalah. harus ingat, disebabkan banyak bantahan, itu menyebabkan pasukan kita di takuk asia tenggara sahaja. harus ingat, kejayaan pasukan negeri/kelab bukan sekadar piala malaysia dan liga super sahaja, kerana piala kelab asia juga harus dijadikan impian. |
‘Jika tahu malu, letak jawatan’ Posted: 06 Dec 2011 03:19 PM PST Sukan ZABIDI membuat libasan ketika era gemilangnya bersama skuad kebangsaan termasuk membawa pulang pingat emas Sukan Asia 1994. "KITA tiada kuasa meminta seseorang itu meletak jawatan, tetapi jika seseorang itu tahu erti tanggungjawab dan mempunyai perasaan malu serta bersalah, dia sudah berbuat demikian secara sukarela," demikian reaksi bekas perejam terbilang negara, Zabidi Sharif. Zabidi mengulas desakan beberapa pihak agar Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail bertanggungjawab di sebalik kekalahan memalukan kepada Indonesia di Sukan SEA XXVI lalu dengan meletak jawatan disandangnya sejak sedekad lalu. "Sebenarnya, ahli gabungan PSM yang mempunyai kuasa, tetapi andai mereka sendiri tidak sanggup berubah dan mahu melihat sukan tradisi ini terus diaibkan dan dihina, kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita hanya akan menjadi seperti 'anjing menyalak bukit'."Apa yang berlaku kepada sepak takraw hari ini adalah hasil daripada benih-benih yang ditanam PSM 10 tahun lalu. Jika PSM membentuk dua pasukan – skuad negara dan pelapis – seperti yang dilakukan kepimpinan sebelum ini, kita tidak menghadapi masalah kekurangan pemain seperti hari ini. "Malah, saya yakin dengan sumber pemain yang kita miliki hari ini, sesiapa jurulatih yang mengambil alih pasukan termasuk yang turun dari langit sekali pun, dia tidak akan mampu membentuk skuad yang mantap dalam sekelip mata," katanya yang kini membimbing secara separuh masa skuad sepak takraw Sekolah Sukan Jitra, Kedah. Zabidi yang membentuk gandingan emas bersama Iskandar Arshad, Ahmad Jais Baharom dan Malek Shamsudin pada Sukan Asia 1994 juga menegaskan badi kekalahan kepada Indonesia dalam acara berpasukan akan terus menghantui skuad negara selepas ini sekiranya skuad negara bertemu lawan itu dalam mana-mana pertandingan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenazmi jarang pihak atasan sukan d malaysia meletak jawatan kerana mereka tak reti nak buat kerja lain dan mereka tiada rasa bersalah peruntukan kerajaan rm juta-juta rambang mata bro......... Tun mahadir Perangai xgentleman orang melayu atau giler Dan tamak kuasa Dan pangkat..lihat luarnegara Akan letak jawatan jika xmampu membawa kemenangan fifi bg peruntukan juta2 pn xleh menang lg ke takraw ?? sukan lain pn leh sumbang emas masa seagame xdpt apa2 tajaan pn ... bg susah je la dlu dgn sukan warisan ni..biar dia tau nk idop mula dr zero to hero pasni... nah! baru blaja dr kesilapan yg lps..ni asyik dpt dana tp ntah kemana dan apa dibuatnya... zuri Saya merupakan peminat no satu sukan takraw nie...saya pun bermain takraw...pada pendapat saya hubungan antara pihak atasan dan bawahan perlu ada....persefahaman perlu adaantara kedua-dua pihak...pihak atasan perlu menerima apa2 pendapat daripada bawahan...ini dalah kerana yang bermain adalah pemain....mereka lebih memahami dan merasai....pihak atasan jangan hanya bermain politik dan mementingkan keuntungan atau ada agenda tersendiri....sudah lama saya lihat sukan ini sudah tidak ada gemilangnya lagi,perlu dipertingkatkan lagi... MAT DUNGUN SETUJU GAN ZABIDI. TAPI FARIRALRAYYAN, TOK MAT TU DAH DIBERI PELUANG TAPI GAGAL. PASTU DIA YANG BUAT SYARAT TP LEMBAGA PSM "SENOK". PENDEK CERITA, BAGILAH PELUANG KPD PEMIMPIN LAIN TUK MERENCARA, MERANCANG DAN MEMBAIKPULIH SEGALA KELEMAHAN YG ADA DAN MEMANTAPKAN SEGALA KEKURANGAN. TOK MAT, TAK USAHLAH BANYAK "SONGEL" LAGI. bulan retak Walaupun pihak pengurusan tidak main di dlm gelanggang tapi dorang main peranan dlm perkembangan....Pengurusan tu termasuklah jurulatih... bulan retak Walaupun pihak pengurusan tidak main di dlm gelanggang tapi dorang main peranan dlm perkembangan....Pengurusan tu termasuklah jurulatih... ramli Masaalah utama adalah tiada persefahaman sesama mereka semua. Penting kan diri sendiri dari Negara. Ini lah akibatnya....
Md Idris bin abdul Latiff Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Othman bin Abdullah kalu dh kalah jangan salahkn kepada pehak pengurusan. alhkn pada diri sendiri. nampaknya pemain takraw kurng beri commitment pda permainan. sama samalah cari jln penyelesaian. tukar pengurusan, presiden dll tidak perlu kerana ini bukanlah jalan penyelesaian yang perlu dibuat. carilah pemain yg berkualiti dan tingkatkan mutu kejurulatihan. jangan beri alasan tiada skuad pelapis dll. syabas kepada tuan presiden jangan tinggalkan jawatan yang disandang atas desakan golongan yg tidak puas hati. Ibrahim Al-Firasah didik pemain dari umur 10 thn lagi! sehingga umur 40 thn farizalrayyan Setuju dgn Zabidi. Namun, memang mudah untuk menyuruh Tok Mat meletak jawatan tetapi penggantinya perlulah lebih hebat merancang, melaksana dan mengembalikan semla maruah sepak takraw Malaysia. Ramai orang hanya tahu mengkritik tetapi tidak mempunyai jati diri yang kuat. Tok Mat diakui sanggup berkorban apa saja (termasuk duit poketnya sendiri) utk kejayaan skuad takraw namun pemain masih ditakuk lama. Mentaliti lemah dan tidak ada perasaan bangga mewakili negara negara. Bagi saya, langkah drastik adalah rombak dan pilih semula pemain (ketepikan 'pilih bulu') disamping adanya jawatankuasa jurulatih yang hebat. Insyaallah kita mampu bangkit. fifi nape asyik nk slhkn persatuan? sedangkn yg bermain atlit ? patut coach kena main peranan paling besar la dlm hal ni tuk latih player strategi nk tundukkn pihak lwn time game.. ni bila klh asyik slhkn presiden ... abis yg main dlm gelanggang sape? pemain ke presiden ? tntg pembangunan sepak takraw lak , rasenya sukan ni paling lama berbanding sukan2 lain kt negara kita ...xkn xlepas2 lg ada bakat2 dr sluruh negeri ? black jackle memang benar jika ada pemain-pemain pelapis ada pada hari ini tentu Malaysia tak akan kalah. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan