Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tak perlu terburu-buru

Posted:

Tak perlu terburu-buru

Tak perlu terburu-buru

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak 'sekejam' yang dijangkakan.Meskipun sebelum ini badan induk sukan bola sepak negara itu berkeras agar semua persatuan negeri perlu mendaftarkan pemain-pemain import mereka selewat-lewatnya hari ini, namun FAM meningkatkan mereka agar tidak perlu terburu-buru berbuat demikian.

Mana-mana persatuan bola sepak negeri dan kelab yang tidak sempat mendaftarkan pemain-pemain import mereka sehingga tarikh akhir hari ini bagi membolehkan mereka beraksi dalam Liga Malaysia musim depan, masih boleh melakukannya pada

2 April 2012.

Demikian tegas Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam.

Menurut Hamidin, pasukan bola sepak negeri dan kelab tidak perlu terburu-buru untuk melakukan pendaftaran pemain-pemain import mereka bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam pemilihan pemain.

"Adalah lebih elok jika mereka mengambil langkah berhati-hati daripada berhadapan dengan risiko tersalah memilih pemain kerana pengambilan pemain import membabitkan kos yang agak tinggi," katanya.

Hamidin berkata, semua pasukan yang akan beraksi dalam Liga Malaysia pada musim 2012 telah selesai melakukan pendaftaran bagi pemain tempatan cuma beberapa pasukan yang belum mendaftarkan pemain import.

Katanya, peluang kedua untuk membuat pendaftaran pemain import boleh dilakukan pada

2 April itu secara talian melalui Transfer Matching System (TMS) yang diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Buat masa sekarang FIFA menutup seketika pendaftaran TMS dan akan membuka kembali pada 2 April nanti. Jadi persatuan dan kelab boleh membuat pendaftaran pada tarikh tersebut," katanya.

TMS diperkenalkan FIFA pada Februari 2008 bagi melicinkan proses perpindahan pemain yang melibatkan 4,600 kelab dan persatuan bola sepak

di seluruh dunia.

Saingan Liga Super dan Liga Perdana musim 2012 dijadualkan bermula pada awal Januari depan.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) meminta FAM agar melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import kerana mereka belum bersedia berbuat demikian.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemilihan Fatehah tepat

Posted:

Pemilihan Fatehah tepat

Pemilihan Fatehah tepat


KECEMERLANGAN Fatehah telah membuka ruang kepadanya untuk diserapakan dalam program Road to London 2012.


PENYENARAIAN pelumba basikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa dalam Program Road to London (RTL) 2012 merupakan satu keputusan tepat jika dinilai berdasarkan prestasinya pada Kejohanan Lumba Basikal Piala Dunia Klasik Siri 2 di Cali, Columbia Ahad lalu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, beliau tidak terkejut dengan prestasi yang dipamerkan oleh pelumba yang berasal dari Kuala Berang, Terengganu itu.

"Kita sudah lama mengenal pasti dan menilai bakat yang dimiliki oleh Fatehah dan dia dilihat mampu pergi jauh termasuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London," katanya.

Jelasnya, ketua jurulatih basikal negara, John Beasley telah meletakkan sasaran awal bahawa Fatehah mampu melayakkan diri ke London tahun depan malah mampu untuk menyumbangkan pingat buat kontinjen Malaysia.

"Bukan suatu yang mustahil untuk menyatakan bahawa Fatehah juga berpeluang memenangi pingat di temasya berprestij itu kerana dia ada mempunyai lapan bulan lagi untuk melakukan persiapan sebelum Sukan Olimpik bermula.

"Dalam tempoh lapan bulan itu, saya harap dia dapat meningkatkan prestasinya.

"Saya juga berharap dia mampu untuk melakarkan lebih banyak kejayaan selepas ini termasuk dalam beberapa kejohanan besar tahun depan iaitu Siri 2 dan 3 Piala Dunia Klasik di Beijing dan London, Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Melbourne dan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC)," jelasnya.

Pada Ahad lalu, Fatehah tampil bergaya apabila berjaya menamatkan saingan di tempat keenam dalam acara keirin pada aksi final Piala Dunia Klasik di Cali.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Fatehah mengutip lima mata dalam misinya beraksi di bumi London kelak.

Malah, dia kini muncul satu-satunya pelumba wanita dari Asia yang berjaya mengumpul mata bagi melayakkannya beraksi pada temasya berprestij dunia itu berbanding pencabar terdekatnya dari Hong Kong, Jepun dan China.

Sementara itu, Zolkples juga gembira dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang turut mara ke saingan akhir keirin lelaki di Cali apabila menduduki tempat kelima dan turut meraih lima mata untuk layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

'Tidak timbul isu rampas pemain'

Posted:

'Tidak timbul isu rampas pemain'

'Tidak timbul isu rampas pemain'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


MUSLIM (kanan) membuat keputusan menyarung jersi Terengganu pada saingan Liga M musim depan.


"BAGAIKAN sireh pulang ke gagang."Demikian jelas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika diminta mengulas mengenai penghijrahan lima pemain skuad Harimau Muda A menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Lima pemain yang dimaksudkan oleh Hamidin itu adalah Mohd. Muslim Ahmad, Syukor Jusoh yang memilih beraksi bersama Terengganu, K. Gurusamy (Selangor), K. Sasikumar (Johor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC).

Menurutnya, keputusan melepaskan mereka menyertai pasukan negeri masing-masing dibuat sebulat suara selepas perbincangan bersama pemain dan jurulatih, Ong Kim Swee.

Jelasnya, lima pemain ini tidak dapat lagi bersama skuad Harimau Muda A kerana mereka sudah melepasi usia yang dihadkan sekali gus tidak layak beraksi pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik mahupun Sukan SEA.

"Kami tidak dapat mengekalkan pemain-pemain ini di FAM kerana pada Sukan SEA 2013 atau aksi kelayakan pra-olimpik nanti, usia mereka sudah melebihi 23 tahun pada ketika itu.

"Jadi, (jurulatih) Ong Kim Swee perlukan pemain lebih muda bagi mengisi posisi bekas tonggak utama skuad muda negara ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, istilah 'merampas' pemain sebenarnya tidak wujud kerana pihak FAM telah menjalankan kerjasama dengan setiap persatuan dan kelab untuk memastikan pemain-pemain muda yang dipilih untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan ini berada di landasan yang tepat.

Katanya, beliau tidak mahu mana-mana pihak terlalu mengambil serius dalam isu seperti ini memandangkan ia adalah jalinan kerjasama antara dua pihak.

"Saya bersetuju dengan pendapat Setiausaha Agong FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sudah menjelaskan 'situasi' pemain-pemain yang kembali ke negeri asal mereka.

"Pemain-pemain muda ini sudah dikesan oleh pengesan bakat FAM ketika mereka beraksi di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri. Selepas mendapat kerjasama daripada negeri berkenaan, mereka dihantar ke sekolah sukan di Bukit Jalil, yang dianggap 'kilang' untuk mengeluarkan pemain-pemain berpotensi negara.

"Peribahasa 'bagaikan sireh pulang ke gagang' adalah perumpamaan tepat untuk mereka selepas menabur bakti bersama skuad kebangsaan (apabila mencapai had umur 23 tahun), mereka boleh kembali bersama pasukan negeri kelahiran dan tiada isu 'rampas merampas' sebenarnya.

"Seperti yang dijelaskan oleh Azzuddin, FAM amat mengalu-alukan serta berharap untuk pihak persatuan negeri atau kelab untuk membangunkan dan mengilap bagi mencungkil bakat ramai pemain muda di peringkat negeri mahupun sekolah.

"Selain pemain yang berasal dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, pemain-pemain muda yang beraksi di Liga M juga mungkin dipilih sekiranya menepati kriteria yang dimahukan jurulatih.

"Jadi, secara tak langsung Kim Swee mempunyai banyak pilihan untuk menyenaraikan pemain untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Ini adalah 'kerjasama', bukan 'rampas merampas'," ujarnya.

Hamidin memberitahu, pembangunan bola sepak harus dipandang secara global jika mahu terus mewujudkan suasana bagus dan sihat dalam arena bola sepak tempatan.

Tambahnya, jalinan kerjasama antara pihak FAM dan persatuan negeri bakal menyumbangkan kebaikan kepada pasukan negara yang dilabel sebagai jaguh ASEAN harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan