Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'PSM cuba alih tumpuan'

Posted: 11 Dec 2011 07:02 AM PST

Sukan

Kegagalan di Sukan SEA dedah belang sebenar mereka: Futra

TINDAKAN kepimpinan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang cuba mengalih tumpuan dengan menegaskan mereka tidak patut dipersalahkan kerana beberapa sukan lain turut gagal membawa pulang emas dari Sukan SEA XXVI bulan lalu, membuktikan mentaliti sebenar badan induk itu.

Adakah mereka tidak terfikir bahawa sepak takraw adalah sukan tradisi dan maruah kita yang perlu dipertahankan. Adakah mereka rela melihat kita terus diaibkan dan dihina apabila tewas kepada pasukan yang selama ini menjadi lauk kita.

Jadi, alasan PSM bahawa mereka tidak wajar dipersalahkan kerana beberapa sukan lain turut gagal menang emas membuktikan selama ini mereka tidak sedar betapa bernilai dan istimewa sukan tradisi ini, kata bekas perejam Mohd Futra Abdul Ghani, semalam. Mohd Futra yang mengambil inisiatif sendiri bagi membangunkan dan memajukan sukan tradisi ini dengan menganjurkan Klinik Jelajah Sepak Takraw Bersama Futra Ghani sejak awal tahun ini, mengakui masa depan sukan tradisi itu akan terus suram andai kepimpinan PSM kini masih kekal.

Mungkin beberapa bekas pemain yang memberi pandangan masing-masing sudah lama meninggalkan sepak takraw, tetapi saya yang baru ini pun akui sebenarnya tidak banyak yang dilakukan kepimpinan PSM dalam membangun dan memajukan sukan tradisi ini.

Bagi saya PSM bernasib baik kerana pemain hari ini lahir hasil bantuan Kementerian Pelajaran dan Majlis Sukan Negara (MSN). Jika tidak, kita tidak akan memiliki pasukan kebangsaan dan sudah lama sukan tradisi kesayangan ini berkubur, katanya.

Sehubungan itu, Mohd Futra yang menamatkan kemarau 12 tahun memenangi emas bersama Normanizam Ahmad dan Dzulkarnain Ariff di Sukan SEA Manila 2005, percaya nasib malang sepak takraw mampu diubah andai muka baru diberi peluang mentadbir dan menguruskan PSM.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

maj

semua pemegang jawatan dlm psm brmula dr presiden datuk ahmad ismail smpai ke jawatan lain, sila berundur.jgn lg ambil peluang buat duit di psm....pemain2 senior malaysia patut pegang psm, bukan org politik....

blueberrybb

org mcm nie la yg akn jual bngsa sndiri..kerana mereka tdak mengambil berat tentang pembngunan sepak takraw tapi terus mengenyangkan perut sendiri tanpa mempedulikan apa yg akn berlaku pada sukan tradisi..mmng jenis org yg jual bngsa nie ptut kna penjara je..

Peminat sukan

Memang benar pengurusan sukan sepak takraw kini tidak lagi berfungsi dengan sebaik-baiknya. Pengurusan hanya mengambil pemain-pemain yang dikeluaran oleh majlis sukan negara dan Sekolah sukan sahaja. Tiada perancangan untuk mencari pemain-pemain baru bersendirian. Saya pasti terdapat ramai pemain-pemain sepak takraw yang berkebolehan di luar sana yang ingin turut serta menaikan nama negara, tetapi tiada peluang, kerana tiadanya usaha-usaha daripada PSM untuk mencungkil pemaian-pemain baru terutama di musim cuti sekolah atau semesta ini. Jangan jadi gila kuasa, tegur sedikit terus melenting. Berpuluh berbelion mata melihat perkembangan sepak takraw berbanding hanya sepuluh ke dua puluh mata sahaja yang melihat melalui pihak pengurusan PSM

Mat Ganu

Memang betul, kepimpinan PSM patut berundur. Datuk Ahmad Ismail mesti ikhlas . Beri peluang kepada muka baru. Beliau sudah tidak kompeten.

LETAK LAH JAWATAN TU. PAYAH SANGAT KE? DAHULUKAN KEPENTINGAN NEGARA DARIPADA PERIBADI. GULINGKAN PENTADBIRAN SEDIA ADA

Aris

keluar-keluar lah.. orang dah muak!

Honeym

Susah kalau dh gila kuasa ni.

walter glizz

Harus dirombak.Sepertimana Rizal Hasyim kata dengan tuan presiden bahwa kita masih ditakuk lama dan perlu perubahan drastik dari semua aspek,namum tuan presiden dengan segera menyanggah pertanyaan tersebut. Dari segi ganjaran pemain dan kejohanan juga masih tertinggal berbanding game lain. Sepak takraw diberi RM 5000 kalau johan sedangkan game lain berpuluh ribu. Teknik tekong,cara menyambut bola,dan tipu helah serta psikologi ketika bermain masih belum mantap. Killer kita ada saingan dan boleh lawan.


Full content generated by Get Full RSS.

Azraai yakin prestasi anak didik

Posted: 11 Dec 2011 06:53 AM PST

Sukan

SEKALIPUN cuaca kebelakangan ini tidak menentu hingga membataskan persiapan juara Piala Malaysia Negeri Sembilan menjelang bermula saingan Liga Malaysia musim depan, semangat dan komitmen tinggi ditunjukkan pemain melegakan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Menurutnya, tumpuan utama menjurus kepada memupuk persefahaman dan keserasian antara pemain bagi membolehkan kekuatan pasukan mencapai tahap terbaik menjelang sepak mula liga yang dijadualkan bermula dengan perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Liga Super 2011 Kelantan, 7 Januari depan.

Rata-rata pemain menunjukkan komitmen tinggi sepanjang latihan dan dalam perlawanan persahabatan menentang Maybank di Bangi, Jumaat lalu, dua pemain import (Jean Emma Namuel Effa Owona dari Cameroon dan Marquen Seirra dari Brazil) turut diuji. Malah Effa yang beraksi di posisi depan menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu dan dia kini semakin menunjukkan kesungguhan untuk mencapai tahap prestasi terbaik manakala Seirra juga kian mantap di posisi pertahanan.

Saya juga menguji penyerang muda, Ahmad Shakir Md Ali untuk bergandingan antara Effa atau Mohd Firdaus Azizul dan berharap prestasi mereka dapat terus ditingkatkan, katanya semalam.

Begitupun, Azraai berkata, hasratnya untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan sedikit terbatas kerana keadaan padang rosak, malah rancangan bertemu Johor 17 Disember ini di Paroi, juga belum dapat dipastikan.

Begitupun, pengendali berpengalaman itu yakin prestasi anak buahnya akan terus meningkat sebelum memulakan lawatan dan siri persahabatan di Australia, 19 hingga 25 Disember ini.
Walaupun persiapan kami sedikit terganggu, saya yakin prestasi pemain mampu mencapai tahap dikehendaki sebelum memulakan perjuangan musim depan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen