Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Arif kena siap galas tanggungjawab besar

Posted:

Arif kena siap galas tanggungjawab besar

Arif kena siap galas tanggungjawab besar


MOHD. Arif Latif akan dipersiapkan untuk menggalas tanggungjawab besar membawa cabaran Malaysia pada Piala Thomas tahun depan.


KUALA LUMPUR - Biarpun pada hakikatnya Mohd. Arif Latif belum berada pada prestasi terbaik dan masih jauh untuk bergelar juara, namun kudrat pemain berusia 22 tahun itu hampir pasti ditagih Malaysia bagi menghadapi Piala Thomas 2012.

Justeru jurulatih perseorangan negara, Hendrawan, sedar pemain itu perlu dipersiapkan semantapnya dalam masa terdekat.

Jurulatih kelahiran Indonesia itu mengakui, kecuali Datuk Lee Chong Wei, perseorangan lelaki Malaysia yang lain berada pada standard yang sederhana. Namun Arif muncul pemain paling menyerlah di kalangan pemain seangkatan. Dia layak mengisi slot ke kejohanan berpasukan itu.

Minggu lalu, pemain kelahiran Negeri Sembilan berusia 22 tahun itu melayakkan diri ke separuh akhir Grand Prix Emas buat kali pertama apabila mengalahkan rakan senegara, Liew Daren dalam suku akhir Terbuka Korea. Dia bagaimanapun tewas 14-21, 10-21 kepada pemain tuan rumah dan pilihan keenam, Shon Wan Ho pada separuh akhir.

Arif sebelum ini turut membawa cabaran negara pada Sukan SEA XXVI dan membantu Malaysia muncul naib juara berpasukan di belakang Indonesia. Dia juga memberi tentangan sengit 11-21, 21-12, 17-21 kepada jaguh Indonesia, Simon Santoso sebelum tersingkir pada pusingan kedua acara individu.

"Sejujurnya saya rasa Arif masih mempunyai banyak kekurangan, terutama dari segi fizikal. Dia kena memperbaiki fizikalnya menjadi lebih kuat sebelum mampu memberi cabaran kepada pemain-pemain utama dunia atau mencabar kejuaraan.

"Bagaimanapun kalau ditanya siapa yang layak untuk membawa cabaran Malaysia pada Piala Thomas tahun depan, sudah tentu saya rasa Arif harus mendapat tempat untuk mengiringi Lee Chong Wei. Dengan kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Terbuka Korea, itu mengukuhkan tempatnya.

"Lagipun, di kalangan pemain seangkatannya, dia paling menyerlah. Pengalaman beraksi dalam acara berpasukan pada Sukan SEA lalu dapat membantu Arif untuk menghadapi kejohanan itu, sama ada bersedia atau tidak, dia kena bermain,'' kata Hendrawan.

Kata Hendrawan lagi, Arif memang sudah menunjukkan peningkatan, namun sebagai seorang jurulatih yang sentiasa menetapkan tanda aras yang tinggi untuk pemainnya, beliau tidak gembira kalau pemainnya sekadar mampu memberi cabaran atau kejutan sekali sekala tetapi tidak membawa pulang kejuaraan.

"Saya tidak melatih pemain untuk hanya mencipta kejutan sekali sekala, saya mahu melahirkan pemain yang boleh muncul juara. Sebab itu saya kata perjalanan karier Arif masih terlalu jauh, dia belum berada di tahap juara, cuma ada peningkatan dan sesekali cipta kejutan.

"Baik Arif mahupun perseorangan negara yang lain, mereka kena letak satu sasaran yang tinggi kepada diri sendiri. Kalau mereka hendak jadi seperti Lee Chong Wei, mereka kena ada 'extra' dalam semua perkara. Kemahuan kena lebih, usaha kena lebih dan segala-galanya kena lebih,'' katanya lagi.

Menurut Hendrawan, dengan tempoh kelayakan Piala Thomas sudah terlalu singkat, dia berdepan cabaran besar untuk memastikan anak didiknya itu siap untuk memberi permainan terbaik di Macau, 14-19 Februari ini. Dan, jika layak pusingan akhir yang di Wuhan, China dari 20-27 Mei, Arif juga perlu dipersiapkan.

Arif juga sudah tidak punya banyak masa untuk berlatih kerana bakal berdepan jadual kejohanan yang padat. Dia akan bertanding pada Grand Prix Emas Terbuka India di Lucknow, 20-25 Disember ini, sebelum beraksi pada Terbuka Malaysia dari 10-15 Januari depan.

Full content generated by Get Full RSS.

ISN enggan campur tangan

Posted:

ISN enggan campur tangan

ISN enggan campur tangan

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) meminta Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memahami tugas badan itu dengan tidak campur tangan atau mengambil alih tugas Majlis Sukan Negara (MSN) dalam program pembangunan dan pengurusan atlet olahraga.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr. Ramlan Aziz berkata, pihaknya tidak mahu melihat adanya pertindihan dan percanggahan dari dua pihak yang boleh mengeruhkan keadaan suasana baik ISN dan MSN.

"Sepatutnya KOM faham apa itu peranan ISN dalam pembangunan sukan dan atlet. ISN hanya menjaga atlet pembangunan kepada atlet pelapis.

"Kita tidak mahu menjadi mangsa keadaan antara KOAM dengan MSN. Saya tidak akan benarkan ini berlaku sebab sebelum ini hubungan kerjasama antara ISN-MSN baik dan tidak pernah tergugat," katanya semalam.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim sudah tidak mahu berurusan dengan MSN berhubung program serta pembangunan atlet olahraga negara, sebaliknya memilih ISN sebagai pihak yang bertanggungjawab ke arah itu.

Namun, presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mempengerusikan mesyuarat Exco KOM di Kangar, kelmarin mengeluarkan arahan supaya semua kenyataan atau pengumuman daripada KOM hanya akan dilakukan oleh beliau sendiri.

Sehubungan itu, Dr. Ramlan berharap semua pihak jelas dengan keputusan itu kerana tidak mahu masalah berkenaan menjadi salah faham dan akan dimanipulasikan oleh mana-mana pihak untuk tujuan peribadi mahupun populariti.

"KOM perlu faham bahawa ISN sebagai badan kerajaan yang bergerak mengikut akta-akta yang ditetapkan dalam akta pembangunan sukan negara," katanya.

Bagaimanapun Dr. Ramlan berkata, jika KOM memerlukan bantuan program pembangunan atlet daripada ISN, pihaknya sedia memberi bantuan tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak di luar daripada akta.

"Kalau mahu dalam program pencarian atlet, KOM dan ISN dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (KPM) boleh diatur untuk kenalpasti bakat-bakat muda di seluruh negara," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen