Berita Harian: Sukan |
Posted: 26 Dec 2011 11:07 AM PST Sukan Status Safee bermain di liga haram tidak akan timbulKEMELUT melanda Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang turut memberi tempias kepada arena bola sepak negara kerana pembabitan penyerang kebangsaan, Safee Sali yang mewakili Pelita Jaya, mungkin akan menemui jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat. Majoriti ahli gabungan PSSI, bersepakat menuntut pengurusan badan induk bola sepak negara itu mengadakan Kongres Luar Biasa secepat mungkin bagi meleraikan beberapa isu mengenai kepimpinan dan dasar baru ditetapkan presiden barunya, Djohar Arifin. Antara masalah yang timbul sejak Djohar mengambil alih tampuk kepimpinan PSSI ialah liga utama - Liga Super Indonesia (ISL) - diharamkan dan liga yang sebelum ini dianggap sebagai liga haram - Liga Primer Indonesia (IPL) - diangkat menjadi liga utama.Pertukaran ini menimbulkan rasa tidak puas hati pengurusan 18 buah kelab utama yang menyertai ISL di mana 95 peratus pemain kebangsaan Indonesia menyertai liga berkenaan termasuk sejumlah besar pemain import berkualiti seperti Safee. "Sebelum ini FIFA hanya mendengar sebelah pihak saja (Djohar), tetapi pada 29 Disember ini, Jawatankuasa Penyelamat Bola Sepak Indonesia akan bertemu sendiri badan induk bola sepak dunia itu untuk mengemukakan tuntutan mereka kepada PSSI," kata pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim. "Pada 19 Disember lalu, 452 daripada 583 ahli PSSI berkumpul dan menyerahkan tuntutan kepada PSSI untuk mengadakan Kongres Luar Biasa secepat mungkin bagi membincangkan status liga utama Indonesia selain undi tidak percaya di atas kepimpinan Djohar.
"Dengan penerangan ini diharap isu mengenai status Safee beraksi di liga haram dan tidak dibenarkan oleh FIFA untuk mewakili Malaysia tidak timbul lagi. Buat masa sekarang, Safee fokus memikul tugasnya sebagai kapten Pelita Jaya dan jadual perlawanan sehingga Julai sudah dikeluarkan." Masalah penganjuran liga di Indonesia timbul apabila Djohar, yang dilantik menggantikan presiden sebelumnya, Nurdin Halid pada Kongres di Solo Julai lalu, menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk mengubah dasar penganjuran liga Indonesia. Djohar yang bertanggungjawab menganjurkan liga haram IPL ketika Nurdin berkuasa, bertindak mengangkat liga berkenaan sebagai liga utama sebaik dilantik menjadi presiden, sedangkan hasil kongres pertama di Bali tetap meletakkan ISL sebagai liga utama yang sah. Dengan penubuhan jawatankuasa baru dan kongres yang bakal diadakan nanti, majoriti kelab yang bernaung di bawah PSSI akan terus berpegang kepada keputusan penetapan awal - ISL sebagai liga utama dan hanya 18 kelab dibenarkan bertanding. |
Posted: 26 Dec 2011 10:59 AM PST Sukan MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta persatuan negeri dan kelab supaya mematuhi syarat ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung proses pendaftaran pemain import bagi memastikan kelicinan perjalanan perlawanan Liga M musim depan.Ahmad Shabery berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mahu campur tangan kerana ia sekadar menjadi pemerhati atau orang tengah saja dalam kemelut itu. "FAM berhak menguatkuasakan sebarang peraturan yang dibuatnya namun persatuan negeri dan kelab boleh kemukakan rayuan kepada FAM untuk didengar dan dipertimbangkan," katanya di Kemaman, Terengganu semalam. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin, FAM tidak akan melayan rayuan kelab dan persatuan negeri sebaliknya meminta persatuan membuat pendaftaran dalam jendela kedua yang akan dibuka pada April depan."KBS tidak boleh campur tangan sebarang masalah yang timbul antara persatuan negeri dan kelab dengan FAM. Secara peribadi saya harap sebarang isu berkaitan pemain import negeri dan kelab yang timbul mesti diselesaikan dengan baik bersama FAM," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan