Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei sudah pandai bersandiwara

Posted: 29 Dec 2011 12:53 PM PST

CHONG Wei buat kejutan   menyatakan keinginannya mahu berguru semula dengan  Misbun minggu lalu  tetapi langsung tidak menyentuh isu itu, semalam.

CHONG Wei buat kejutan menyatakan keinginannya mahu berguru semula dengan Misbun minggu lalu tetapi langsung tidak menyentuh isu itu, semalam.

ADAKAH jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei sudah pandai bersandiwara seperti musuh tradisinya, Lin Dan?

Selepas mengejutkan ramai dengan menyatakan keinginannya mahu berguru semula dengan bekas sifunya, Datuk Misbun Sidek minggu lalu, tetapi dalam pertemuan dengan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam, pemain nombor satu dunia itu langsung tidak menyentuh isu itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kapten skuad Tentera diumum Khamis depan: Sathianathan

Posted: 29 Dec 2011 12:50 PM PST

Sukan

SIAPA yang bakal menyarung lilitan lengan selaku ketua pasukan bola sepak liga perdana Angkatan Tentera musim 2012 hanya akan diketahui Khamis depan.

Ketua jurulatih pasukan, B Sathianathan, berkata walaupun beliau mempunyai beberapa nama yang layak dilantik memakai lilitan itu, namun dia perlu berunding terlebih dulu dengan pihak pengurusan pasukan.

Mereka yang akan membuat pilihan termasuk Presiden dan Naib Presiden Persatuan Bola sepak Angkatan Tentera (PBAT) dan penaja pasukan musim ini. "Saya mempunyai beberapa nama tetapi biarlah kita membuat pilihan setelah mendapat keputusan bersama," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemain yang bakal menyarung jersi pasukan dalam kempen bermula 9 Januari depan pula hanya akan ditentukan menjelang setiap kali perlawanan. Berdasarkan lawan yang bakal ditemui, dia akan menetapkan formasi yang akan digunakan.

"Sekurang-kurangnya ada tiga formasi yang saya akan gunakan sepanjang kempen musim 2012 antaranya 4-5-1, 4-4-2 dan 4-3-3. Setiap formasi menggunakan pemain yang berlainan," katanya.

Menurut Sathia dia berpuas hati persembahan pasukan selepas mengharungi empat perlawanan persahabatan yang mencabar iaitu tiga di Myanmar serta dengan Harimau Muda, dan akan bertemu Lion XII malam ini di Stadium MBPJ.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan