Berita Harian: Sukan |
Posted: 24 Jan 2012 12:08 PM PST Sukan ZACHARIA Simukonda (kiri), Daniel Soares Neves (tengah) dan Lelo Mbele (kanan) SAINGAN Liga-M 2012 baru masuk minggu ketiga, namun beberapa 'awang import' dijangka mengucapkan selamat tinggal lebih awal menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain import baru yang dilanjutkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 13 Februari ini. Ini kerana pembelian yang boleh dianggap berbaloi dan menyerlah setakat ini, hanyalah Michal Kubala (Perak), Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan), Francis Forkey Doe (Terengganu), Ramez Dayoub (Selangor), Guy Bwele (Sarawak), Marlon Alex James (Tentera) dan Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby). Mengetuai senarai untuk ditamatkan kontrak lebih awal kerana prestasi hambar selepas empat perlawanan pastinya dua import Kedah dari Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves yang gagal menyumbang sebarang gol untuk membantu skuad kendalian Nizam Adzha Yusof itu selepas beraksi 360 minit.Turut buntu, penyerang import Perak dari Serbia, Lazar Popovic yang belum meledak sebarang gol sedangkan empat gol skuad kendalian Norizan Bakar setakat ini dihasilkan Akmal Rizal Rakhli (2), Shahrom Kalam dan pemain tengah dari Slovakia, Kubala. Nasib sama mungkin dialami dua penyerang yang tidak sempat pun diturunkan setakat ini - Lelo Mbele (Selangor) dan Kalle Sone (Sarawak), kerana masing-masing belum pulih daripada kecederaan. Tiga penyerang lain - Danny Antwi (Kelantan), Zacharia Simukonda (T-Team) dan Nana Yaw (Pahang), biarpun meledak satu gol pada aksi Liga Super dan Liga Perdana setakat ini, masih dianggap tidak memadai dengan status mereka.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenSAMSUL BIN ABDUL AZIZ (YEOP MANJOI) orang nak pemain import yop pon nak tapi pemain yang dapt indah kabar dari rupa. kita kena ingat setipa penuntun yang datang semuanya bebayor bukan murah pulak to harga tiket. kemenangan memanglah yop nak, kalah pon yop terima tapi biyorlah permainan to menarik. yang hairan nie skuad yop nie selalu buang pemain import yang kualiti yang datang pemilihan panel pemilihan tak nampak, bila yop import cuba tempat lain main untuk pasukan lain fulamak bagus gila, yeop juga gigit jari. sekarang kita nengok pemain import 2012 hampeh langsung tidak ada kualiti sebagai pemain import. teman sembang pasal teman pg nengok game perak lawan selangor YA ALLLAH sakitnya hati nengok dema main. jadi yeop harap pihak persatuan lepas nie perhalusi dengan baik ajak berbincangan dengan kelab penyokong yeop yang menjadi tulang belakang yeop selama ini. walau apapun yeop tetep sokong kejor yop kejor. ronin.tiger Pada pendapat saya, pengurus pasukan sepatutnya amik yang profesional dan merangkap jurulatih macam yang Sarawak pernah lakukan dengan Alan Vest dan kelab-kelab bolasepak Inggeris. Tapi untuk memilih pemain import ni jurulatih/pengurus ni perlu memilih pemain yang sesuai dengan corak permainan yang bakal diterapkan bukannya sebab dia menonjol je. Ada pasukan yang mempunyai pemain import yang bagus tapi tak sesuai dengan permainan pasukan pun akan buat 'spoiled' pasukan tersebut. pengurusan yang bijak akan memastikan poket pasukan tak akan kering. rizal 4 perlawanan tidak cukup untuk mereka menunjukkan bakat. mereka bukan bintang yang terus boleh menyerlah. Cristiano Ronaldo pun mengambil masa 2 tahun untuk serasi dengan pasukan Manchester United. mat yee sebagai satu pengajaran kepada kelab atau pasukan negeri.kerana mereka terlalu gahairah untuk mendapatkan pemain import. namuan yang pastinya pemain tempatan tidak dipinggirkan spt kecemerlangan mat yo yang telah meledakan 3 gol. Biarlah pemain import fast class yang di beli. Sepatutnya FAM mengekalkan format lama yang tidak memberi ruang kepada awang import.......ketiadaan awang import pun kita masih dapat menjuarai Aff suzuki cap....... manapayob Saya sangat bersetuju dengan saranan FAM agar persatuan bolesepak negeri berhati-hati dalam pemilohan pemain import.Kalau yang tidak menyerlah hantar saja mereka pulang.Duduk disini pun buang duit dan masa kadang-kadang mereka menimbulkan masaalah sosial yang lain terutama awang import dari Afrika.Utamakan anak watan terlebih dahulu. ahmad Kalau standard pasukan tak meningkat lupakan saja guna pemain import. kalau macam ini gayanya,maka akan berulangkan kisah lampau. lebih baik tingkatkan mutu dan pengurusan akademi bolasepak negeri-negeri dan sekolah-sekolah sukan melaui program pembangunan Majlis sukan negeri. Saya yang dah bersaa ini pun sanggup beri sumbangan idea dan ilmu kalau semua pihak bersikap terbuka dan professional Marlon Saya setuju dengan Ervin Boban...Pengurus kena main Football manager...Pengurus kita ni kadang2 lebih dari jurulatih pula dalam hal pilih pemain...Cuba berbincang pengurus dan jurulatih supaya dapt pemain yg berkualiti bukan main tangkap muat saja...macam Kedah dah test Marlon..tapi tak ambil...Konon cederalah...tapi tentera dah sambar ok pulak KHAIRUL AZWAH kepada semua pasukan negeri yang bermain dalam liga m berhati-hati lah bila membeli pemain import..cari yang bermutu dan ada kualiti jangan main tangkap muat saja. Khalid Memang swajarnya khidmat pemain import yang gsgal menyerlah ditaatkan kontraknya. Adalah lebih baik beri peluang kepada pemain tempatan yang masih muda mengisi kekosongan itu. Bukti nyata dan jelas, peningkatan prestasi pasukan Harimau Malaysia A dan B adalah berlaku semasa Liga Malaysia tidak disertai oleh awang import. Tunjukkan Malaysia BOLEH. Ervin Boban Sebelum amik player tu,scouting la dulu di negara asal mereka,lihat cara permainan mereka baru sign kontrak..nampaknya pengurus2 pasukan malaysia nk kena main football manager dulu..how to make money in merchandise,tickets,advertising etc..sudah2 la harapkan kerajaan je nk sponsor sukan ..cari la taicoon2 besar di malaysia to buy over club.. Full content generated by Get Full RSS. |
Selangor sasar akhiri badi diaib T-Team Posted: 24 Jan 2012 11:30 AM PST Sukan BADI empat kekalahan di tangan T-Team tahun lalu - dua dalam aksi Liga Super dan dua Piala Malaysia - perlu ditamatkan Selangor Sabtu ini dalam perlawanan kelima Liga Super musim ini."Kita tidak harus kalah kepada T-Team lagi," kata pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang mengakui ketiadaan penyerang import dalam empat perlawanan lalu sedikit merencatkan persembahan pasukannya. Selepas empat perlawanan, Selangor sekadar meraih satu kemenangan, 1-0 ke atas Perak selepas seri 2-2 dengan Negeri Sembilan, diikuti kekalahan 1-0 kepada FELDA United dan seri tanpa jaringan ketika bertemu Sarawak. Berdasarkan prestasi perlawanan terakhir bertemu skuad kendalian Robert Alberts itu, ternyata Selangor lambat panas dan terlalu berharap kepada percubaan jarak jauh Amri Yahyah dan Bunyamin Omar serta sepakan percuma Safiq Rahim dan Asrarudin Putra Omar untuk menjelmakan gol.Kegagalan jentera serangan Merah Kuning menembusi tembok pertahanan Sarawak malam itu, membuktikan betapa kehadiran penyerang berpengalaman, baik tempatan mahupun import, amat penting andai Gergasi Merah mahu mengekalkan reputasi sebagai pasukan pilihan. Selangor kini di tangga kelapan liga, mengumpul lima mata dan ketinggalan lima di belakang pendahulu, Kelantan. "Selepas perlawanan dengan T-Team, baru kita akan mempunyai penyerang import," kata Irfan yang menganggap tidak ada sebab untuknya merasa panik terlalu awal. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan