Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Dublin saksi nasib hoki

Posted: 19 Jan 2012 09:12 AM PST

DUBLIN, Ireland mungkin bakal mencatat sejarah terhapusnya badi skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik London sejak edisi 2000 di Sydney Australia, namun Dublin juga bakal menyaksikan kemungkinan impian itu terus tinggal impian saja.

Tinggal kurang tiga bulan sebelum bermulanya pusingan kelayakan Sukan Olimpik di negara itu, seolah-olah tiada sentuhan magis yang boleh meyakinkan peminat skuad negara sudah bersedia dalam erti kata sebenar bagi menghadapi tugasan paling besar tahun ini.


Terbaru, rekod tiga kemenangan dan dua kali tewas kepada China menerusi lima siri perlawanan persahabatan bersama negara Tembok Besar itu sebenarnya agak menggusarkan kerana tidak sepatutnya anak buah Tai Beng Hai kecundang dua kali meskipun ia sekadar perlawanan persahabatan.

Malah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga bekas Presiden Persekutuan Hoki Malaysia, hadir ke Stadium Hoki Bukit Jalil pada perlawanan keempat untuk menyaksikan aksi skuad negara sebelum meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pengurusan skuad negara selepas tamat perlawanan.


Beng Hai mungkin mempunyai penjelasan tersendiri, namun beliau juga perlu menerima hakikat bukan alasan yang mahu didengar peminat, sebaliknya keputusan memberangsangkan dicapai pada setiap perlawanan.


"Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, bagi saya pemain perlu ada sikap sentiasa mahu menang. Lihat bagaimana pasukan Eropah seperti Jerman yang tidaklah bermain 100 peratus ketika perlawanan persahabatan tapi dengan sikap positif seperti ini, mereka sentiasa mencatat kemenangan.

"Saya tidak tahu perancangan sebenar pengurusan tapi kalau keputusan perlawanan bertemu China sama seperti pusingan kelayakan Sukan Olimpik, kita mungkin tersingkir awal," kata bekas pemain negara, Mohamad Abdul Hadi.


Tanpa berselindung, Mohamad juga tidak mengetepikan rasa bimbang melihat perkembangan semasa skuad negara yang pada anggapannya belum mencapai prestasi terbaik untuk beraksi di pusingan kelayakan Sukan Olimpik.

"Beraksi di pusingan kelayakan bukan mudah. Di sana anda memerlukan tahap tumpuan dan keyakinan yang cukup tinggi. Saya fikir jurulatih perlu menerapkan rasa yakin dalam diri setiap pemain, bukan sekadar sentiasa berlatih di padang saja," katanya yang beraksi di Sukan Olimpik Barcelona 1992.


Sementara itu, bekas pakar pukulan sudut penalti negara, S Kuhan berpendapat, skuad negara tidak boleh melepaskan peluang terhidang untuk layak ke Sukan Olimpik London kerana selain Korea Selatan dan Ireland, Malaysia dijangka tidak berdepan cabaran lebih sukar.


"Saya seperti peminat hoki lain tentunya mahu melihat skuad kita layak ke Olimpik. Tetapi untuk beraksi di pusingan kelayakan, pemain perlu mempamerkan tahap keyakinan tinggi," katanya yang beraksi pada dua temasya Sukan Olimpik iaitu 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat dan edisi Sydney, Australia empat tahun selepas itu.



Full content generated by Get Full RSS.

Tekad Amri

Posted: 19 Jan 2012 09:08 AM PST

KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahyah yang memburu hadiah hari lahirnya pada perlawanan menentang Sarawak, menggesa rakan sepasukan memberikan sepenuh tumpuan terhadap kekuatan dimiliki mereka apabila melayan kunjungan skuad Ngap Sayot itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Walaupun sedar kehadiran penyerang import amat diperlukan Merah Kuning, pemain yang mewakili Selangor sejak 2001 itu percaya kemampuan rakan sepasukannya yang mempunyai pengalaman luas dalam kancah tempatan dan antarabangsa mampu membantu mereka mencatat kemenangan.


"Paling penting semua pemain yang bakal diturunkan tidak boleh leka seperti yang berlaku ketika menentang Felda United, Selasa lalu. Malah akibat melepaskan jaringan awal, kami gagal mencari gol penyamaan kerana setiap pemain lawan turun berkubu di gawang sendiri hingga memaksa kami pulang hampa.

"Setiap pasukan yang ditentang musim ini tidak boleh diambil mudah walaupun ia berstatus kelab mahupun yang baru menyertai Liga Super seperti Sarawak," katanya yang bakal menyambut hari lahir ke-31.


Pemain tengah yang diletakkan sebagai penyerang itu bagaimanapun menegaskan moral rakan sepasukan tidak terjejas berikutan kekalahan mengejut itu malah sudah kembali bersemangat mencipta kemenangan.


"Mungkin ia juga perlawanan pertama kami beraksi pada sebelah petang berbanding lawan yang sudah biasa. Namun ia bukanlah alasan dengan pemain kini bersemangat untuk mencipta kemenangan kedua," katanya.

Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim hanya mencatatkan satu kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan dan kini berada di pertengahan liga manakala Sarawak tewas pada dua perlawanan terakhir walaupun mempamerkan persembahan mantap menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi pembukaan Liga Super awal bulan ini.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan