Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tak perlu panik!

Posted: 19 Jan 2012 03:38 PM PST

Sukan

Irfan Bakti

Irfan Bakti

Irfan Bakti anggap Selangor masih tercari-cari rentak "BELUM waktunya menekan butang panik." Itu kata pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang melihat Merah Kuning hanya mengumpul empat mata selepas tiga perlawanan, termasuk tewas mengejut 1-0 kepada FELDA United.
"Bagi saya masih terlalu awal untuk anggap Selangor dalam keadaan bahaya," kata Irfan. "Ini baru perlawanan ketiga dan saya rasa tidak ada sebab untuk panik. Lambat laun pasti kami akan menemui rentak kemenangan.

"Masalah utama ketika ini ialah ketumpulan barisan depan. Kami cipta banyak peluang tetapi gagal memanfaatkannya manakala lawan pula (FELDA) menggunakan satu-satunya peluang mereka sebaik mungkin.

"Masalah ini dijangka tidak berlanjutan kerana pengurusan kini dalam proses mendapatkan penyerang baru. Ia masih dalam proses perbincangan dan dijangka selesai dalam waktu terdekat."
Bagi Irfan, pertemuan dengan Sarawak di laman sendiri esok (Stadium Nasional Bukit Jalil) menjadi peluang terbaik kembali di landasan kemenangan dan meraih keyakinan penyokong tetapi dia tidak mahu pemain ambil mudah cabaran Sarawak yang menewaskan Kuala Lumpur 2-0, sebelum tewas tipis kepada Sabah (2-1) dan Terengganu (1-0).

"Saya belum berpeluang melihat corak permainan Sarawak musim ini, tetapi daripada maklumat Razip (Ismail - pengendali Kuala Lumpur), saya mendapat sedikit gambaran dan maklumat," kata Irfan.

"Biasanya setiap kali bertemu Selangor yang dianggap pasukan elit, lawan bermain 110 peratus. Jadi saya tidak mahu pemain mengambil mudah cabaran Sarawak Sabtu ini (esok)."

Sarawak yang dikendalikan Robert Alberts juga mengalami masalah sama apabila ketumpulan jentera serangannya - selepas penyerang import, Kalle Sone masih belum dapat beraksi akibat kecederaan - tetapi lebih awal mencari jawapan apabila import terbaru, Verdan Muratovic, tiba di Kuching, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Hukum lebih berat: Shahidan

Posted: 19 Jan 2012 03:37 PM PST

Sukan

Datuk Seri Shahidan Kassim

Datuk Seri Shahidan Kassim

TATKALA imej Liga Malaysia dan bola sepak negara menjadi pertaruhan, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mahu tindakan segera dibuat bagi membanteras gejala mengatur keputusan perlawanan yang dikesan masih berlaku.

"PFA minta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan perhatian serius dengan mengambil tindakan segera dan menyiasat setiap laporan yang mengaitkan pasukan atau pemain.

"Jika gejala ini tidak dibanteras, atau membiarkan bookie berleluasa, maka segala usaha yang kita lakukan untuk membina pasukan yang hebat tidak akan ke mana-mana, sebaliknya ia akan merosakkan imej bola sepak dan negara," kata Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurutnya, disebabkan tiada tindakan dianggap cukup tegas dan menyeluruh sebelum ini, gejala itu dipercayai masih wujud dan berleluasa.

Shahidan membuat kenyataan itu ekoran laporan seorang pemain Perlis disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu lalu kerana disyaki terbabit menjual permainan ketika tewas kepada MP Muar, 2-7, 9 Januari lalu.

Selain pemain berkenaan, sembilan daripada 11 pemain yang menggalas cabaran Perlis pada perlawanan pertama Liga Perdana dengan MP Muar didakwa bertemu ejen bookie berkenaan yang juga bekas pemain kebangsaan.

Menerusi maklumat, pemain Perlis termasuk pemain importnya, ditawarkan RM100,000 setiap seorang dan Shahidan percaya, ejen bookie terbabit tidak hanya bertemu pasukan yang tewas.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan