Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Mana hilangnya Apek?

Posted: 25 Jan 2012 08:28 AM PST

KETIADAAN penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat pada sesi latihan pusat skuad Olimpik negara semalam membingungkan jurulatih, Ong Kim Swee.

Tanpa sebarang alasan, kelibat kapten negara itu tidak kelihatan bersama 24 pemain lain yang dipanggil bagi persiapan menentang Bahrain dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Manama 5 Februari depan.

Kim Swee yang terkejut dengan ketiadaan Khairul Fahmi bagaimanapun enggan berbicara mengenai tindakan yang akan diambil kerana mahu memberi peluang kepada pemain itu dan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi penjelasan.

"Khairul Fahmi tidak melaporkan diri dan saya tidak tahu kenapa dia tidak hadir. Dia dan Kafa tidak memaklumkan apa-apa kepada saya setakat ini.


"Saya pelik adakah pihak persatuan tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan surat mengenai latihan pusat sudah dihantar pada 18 Januari lalu.


"Saya akan tunggu penjelasan mereka esok (hari ini) sebelum memikirkan mengenai tindakan yang perlu diambil," katanya yang ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Aksi tambah sengit

Posted: 25 Jan 2012 08:19 AM PST

KEJOHANAN Futsal Antara Institusi Kewangan-Kumpulan AmBank Kelapan bakal disertai 55 pasukan sektor perbankan tempatan, Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan Bursa Malaysia di Sports Planet Ampang pada Sabtu dan Ahad ini.

Saingan dijangka lebih sengit dengan penampilan pasukan baru, antaranya Al Rajhi Bank Malaysia dan BNM bagi merebut piala pusingan dan hadiah utama bernilai RM2,000.


Presiden Majlis Sukan Bank-bank Malaysia (NBSC), Saliman Zainal berkata, kehadiran pasukan baru musim ini menjadi petanda baik bagi kejohanan itu di masa akan datang.

"Meskipun jumlah penyertaan menurun berbanding 65 pasukan musim sebelumnya, kejayaan kejohanan ini menarik minat pasukan baru menjadikan saingan lebih mencabar," katanya di majlis penyampaian cek RM25,000 Kumpulan AmBank selaku penaja utama kepada penganjur kejohanan, NBSC di ibu pejabat AmBank, petang semalam. Kumpulan AmBank diwakili Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.


Lebih menggalakkan, selaku penaja utama, Syed Anuar berkata, pihaknya bangga apabila kejohanan kali ini diiktiraf Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


"Jika sebelum ini kejohanan hanya diiktiraf Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), kini ia turut menerima pengiktirafan FAM sekali gus meningkatkan prestijnya.

"Kami terus menjadi penaja utama buat kali kelapan selari dengan misi membangunkan lagi sukan futsal tempatan dan kejohanan ini dilihat platform terbaik bagi mencapai sasaran itu," katanya.


Ketika ditanya mengenai sasaran pasukan Kumpulan Ambank, Syed Anuar optimis mereka mampu meraih gelaran juara meskipun mengaku saingan semakin sengit setiap tahun.

"Kami akan melakukan yang terbaik, sekiranya bergelar juara, itu adalah bonus buat kami. Apatah lagi ia bakal menjadi kemenangan sulung buat Ambank selepas sekadar ke final setakat ini," katanya.


Kejohanan musim 2011/2012 ini dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu terbuka lelaki, wanita dan veteran (40 tahun ke atas) yang mula diperkenal sejak 2008. Juara kategori lelaki musim lalu dimenangi Maybank manakala Bank Simpanan Nasional (BSN) mengungguli kategori wanita. Agrobank pula muncul juara kategori veteran.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen