Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Henti provokasi'

Posted: 02 Feb 2012 12:42 PM PST

zakaria putih

dengki tak habis2...itulah perangai ketam. betul la ulasan pak adi wibowo atas kekalahan indonesia kpd malaysia di sukan sea..indonesia berlawan dengan penuh kebencian dan dengki..semangat ini akan membawa 'energi' yg negatif, lalu tidak heran kami tewas..kata pak Adi Wibowo..

Full content generated by Get Full RSS.

Pendirian Chong Wei, Koo-Tan diuji

Posted: 02 Feb 2012 12:31 PM PST

Sukan

Utamakan emas Olimpik atau RM3j Piala Axiata

'KEPALA' pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus pening lagi selepas ini!

Selepas penyertaan Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam kejohanan antarabangsa menjelang Sukan Olimpik sudah diputuskan dalam usaha memastikan emas berada dalam genggaman, tetapi adakah mereka akan menghormati segala keputusan berkenaan?

Ya, kami sedar mengenai pertandingan itu tetapi kami belum membuat apa-apa keputusan. Lagi pun, kami tidak tahu apakah syarat dan kriteria kejohanan itu. - Kenny Goh, Pengurus Besar BAM

Ini kerana secara tiba-tiba terdapat Kejohanan Jemputan Piala Axiata, kejohanan berpasukan membabitkan rantau Asia Tenggara yang sama seperti format Piala Thomas akan dianjurkan Mac dan April ini yang memungkinkan Chong Wei dan pasangan emas diwajibkan menyertainya.

Apa lagi, kejohanan pertama kali dianjurkan ini difahamkan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) dengan Malaysia dan Indonesia diwakili dua pasukan, manakala Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura menghantar satu pasukan.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh bagaimanapun tidak mahu mengulas mengenai kejohanan itu dengan alasan pihaknya belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

"Ya, kami sedar mengenai pertandingan itu tetapi kami belum membuat apa-apa keputusan. Lagi pun, kami tidak tahu apakah syarat dan kriteria kejohanan itu," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa program BAM-Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Sementara itu, Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Mohd Ghani yang mempengerusikan mesyuarat berkata, pegawai BAM tidak membangkitkan mengenai kejohanan itu.

"Tapi saya harap kajian menyeluruh dilakukan sebelum sebarang keputusan mengenai penyertaan Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong dalam kejohanan jemputan itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan